CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2179|Reply: 4

the best 2009!!!

[Copy link]
Post time 31-1-2009 07:35 AM | Show all posts |Read mode
Tokyo Auto Salon 2009]

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR

Di sebalik kelembapan industri automotif dunia, Tokyo Auto Salon membuka tirai pameran automotif dunia untuk menyuntik semangat baru.






TOKYO Auto Salon (TAS) 2009 adalah satu acara ikonik yang disifatkan berjaya dalam sekelip mata. Dengan pengunjung yang menakjubkan dan hiburan secara langsung, seluruh inci ruang dihidangkan dengan kereta telah memberikan satu keseronokan tidak terhingga kepada semua yang hadir.

Pertunjukan itu berlangsung pada 9 hingga 11 Januari lalu di dewan Makuhari Messe di Chiba City, Jepun (lebih kurang 40 minit berkereta dan 30 minit menaiki tren dari tengah Bandar Tokyo). Ia dikatakan antara pameran kereta terbesar di dunia selepas Sema.

Hampir semua pengeluar kereta melaporkan kemerosotan dan kerugian pada tahun 2008.



HONDA tampil menerusi tuner terkemukanya, Mugen
yang mengetengahkan Super GT-Esque Aerokit.



Sebagai pertunjukan pertama pada tahun ini, adakah TAS memberi bayangan bagaimana keadaan 2009 ini?

Sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan kerana TAS telah memulakan tahun baru ini dengan satu lagi deretan kereta berprestasi yang terbaik.



JENTERA berprestasi tinggi Nissan 370z yang mendapat perhatian ramai.



Ruang khemah yang besar di pintu masuk pada asalnya telah ditempah oleh Veilside yang kemudiannya diambil alih oleh HKS pada tahun lepas.

Apabila HKS menarik diri pada tahun ini demi untuk menjimatkan kos, kawasan itu hanya menjadi ruang legar. Syarikat pembuat audio Eclipse pula membatalkan penyertaan pada saat-saat akhir. Begitu juga Trust/Greddy yang berdepan dengan situasi bankrap pada tahun 2008.

Penganjur TAS dari Sanei mengumumkan seramai 230,000 pengunjung hadir pada tahun ini berbanding 250,000 pada tahun lepas.

Dengan menggabungkan pertunjukan bersama Import Auto Salon yang berlangsung di dewan di seberang jalan dari dewan utama Makuhari Messe, mereka melaporkan bahawa jumlah semua pengunjung, kereta dan gerai meningkat berbanding 2008.



TAS menjadi pentas buat pengeluar produk after market
menunjukkan kreativiti dan kemajuan teknologi yang mereka miliki.

Pada tahun ini walaupun Honda muncul dengan bilangan tuner yang agak besar di Tokyo Auto Salon, Mugen yang juga di bawah Honda mengambil keputusan untuk menghasilkan hanya sebilangan kecil tuner yang lebih mantap.

Antara yang perlu diberi perhatian adalah Mugen NSX-RR Concept yang muncul pada pameran dengan Super GT-esque Aero Kit yang mengejutkan pengunjung.

Walaupun kereta konsep itu muncul tanpa enjin, itu tidak menjejaskan hasil Mugen yang menakjubkan. Maka modifikasi prestasi dan output kuasa bagi NSX-RR Concept tersebut masih lagi diselubungi misteri.

Sebuah lagi konsep NSX yang kurang diketahui tetapi agak gila adalah NSX-R hasil Spoon Sports yang dipandu di sebelah kiri. Kami difahamkan bahawa Spoon merancang untuk membina sebuah Type R yang dipandu di sebelah kiri untuk pasaran Amerika tetapi sebenarnya ia adalah pertama kali kereta ini dipertontonkan kepada umum.



KONSEP Sports Modulo Fit daripada Honda.

Pameran tahun lepas lebih mengenai R35 GT-R. Pada tahun lepas Nissan mengumumkan Spec V beberapa hari sebelum TAS tetapi malangnya Spec V tidak kelihatan.

Saya berpendapat pendirian rasmi Nissan adalah untuk menyimpan model R35 daripada berada di pasaran tuner. Walaupun kami percaya pasaran tuner aftermarket boleh memberi populariti kepada GT-R pada masa ini, tiada pembuat yang mampu untuk membahagikan pasaran penggemar kepada tuner dan bukan tuner.

"TAS sentiasa menjadi pameran di mana kami akan mengumumkan projek atau produk terbaru kami," kata Michizo Niikura, Presiden Mine's.

Mine's adalah antara tuner terawal yang datang dengan pelbagai produk untuk Nissan 370Z yang baru dilancarkan.

"ameran ini bukan hanya untuk pasaran domestik tetapi juga sebagai tempat di mana kita boleh mendapat ramai pelanggan di peringkat antarabangsa," sambung beliau, mengulas tentang R35 dan 370Z sebagai produk hangat di pasaran luar negara.


NISSAN Elgrand memenangi sesi modifikasi yang agak ekstrem.



Pada acara tahun ini, dua buah kereta mewah kristal Mercedes Benz SL600's yang diselaputi 300,000 kristal Swarovski dari Garson/D.A.D ditampilkan di ruang pameran utama. Penampilan di setiap inci tubuhnya diperoleh dengan kemahuan untuk melangkah sempadan kreativiti.

Honda menunjukkan konsep Sports Modulo Fit dan S2000. Sementara itu, pemenang lain adalah permainan video Xbox Rockstar 360. Midnight Club Los Angeles menarik perhatian ramai penggemar permainan video dan spektator dengan persembahan interaktifnya.

Nissan GT-R kini menjadi yang terbaik sejak dikilangkan. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk mempertingkatkannya lagi atau bolehkah ia diubah dengan sistem pacuan sepenuh masa?

Blitz, sebuah firma kereta berprestasi tinggi telah menanggalkan sistem pacuan empat roda dan kotak gear bagi ditukarkan ke kotak gear manual dan dipasangkan ke bahagian belakang kereta.

Gayanya seperti cuba untuk melakukan siri sesi drift secara serius. Sebenarnya memang tujuan atau matlamat projek itu iaitu untuk meluncur di D1GP, siri drift di Jepun.



nissan 370z tu mmg cun... yg GTR tu mmg ler dah selalu tgk dah....   apa2 pung  aku go for HONDA...tu mmg feveret aku dari dolu2 laei!!!  :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 07:51 AM | Show all posts
just want to share


ada dua major auto show ni.  Yg pertama Tokyo Auto Show di mana pengeluar2 kete akan mempamirkan model2 terbaru mereka, prototype dan juga memperkenalkan teknologi2 terbaru dan masa depan yg mereka sedang lakukan. Manakala Tokyo Auto Salon pulak fokus kepada after market modification and body kits. Mungkin dengan kelembapan ekonomi dunia, permintaan terhadap kereta baru (spt yg telah ditunjukkan melalui statistik jualan) telah merosot. Sebagai alternatif tak pakai kereta baru, pemilik berkemungkinan besar beralih kepada after market acc bagi menimbulkan kelainan pada kereta mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:00 AM | Show all posts
laa.. awat toyota passo (klon myvi) tak masuk... kata hot cakes kat sana .. asik2 honda fit/jazz gak yg masuk..
tu la beza citarasa org negara maju dgn negara dunia ketiga
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 12:04 PM | Show all posts

Balas #3 peYno\ catat

tak abes2
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 05:43 PM | Show all posts

Balas #1 amazed\ catat



lawo r kete nih.. akuh minat giler...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 1.178366 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list