CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2736|Reply: 19

a story wrote by experience~

 Close [Copy link]
Post time 31-1-2009 04:19 PM | Show all posts |Read mode
okies...
ju nk psmbhkn 1 citer...
sbb cam ske je tgk org lain tulis citer...
nak try(wlpn bkn first time)
urk...
seblom ni ju surf forum ni dgn id lain tp tlupa apa id tu n passwordnya skali....
taperlah...bcer jer...x puas hti takyah bce...kritik pun taper...klu ske...bacer jela...
kalau lmbt post n3 bru jgn mare...
ju sorang budak yg c-buk oohhh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hariza menatap kad jemputan kahwin yang berwarna krim lembut berbau harum.Alhamdulillah,ucapnya di dalam hati.Akhirnya sahabat baiknya itu akan berkahwin dengan seorang lelaki yang boleh menjamin kebahagiaannya.

Syahri Nizam bin Syahrul Nazmi
&
Tengku Natasha Atiqa binti Tengku Azmi Nurilham
17.7.2007
揙key tak,Iza?擳asha berpaling meminta pendapat temannya.
Hariza tersenyum.
揂pa je yang kau pakai mesti nampak cantik dengan kau,攖enang.
Tasha tersenyum kelat.Matanya berkaca.
揔enapa ni?Janganlah menangis.Hari ni kan hari perkahwinan kau!Once in your life!攑ujuk Hariza walaupun dia tidak tahu apa yang bermain di hati Tasha.
揝empat ke aku pergi?擺/color]
Hariza tersengih.
揓omlah!攄ia menarik lengan Tasha.
揘aik kereta dengan Iza ke,Tasha?擳engku Rokiah bertanya.
Tasha mengangguk.
揅epatlah!擺/color]
揓adi runaway bride boleh tak?攇urau Tasha.
Muka Hariza jadi merah.Aik,budak ni!Karang kena hempuk dengan baby dalam perut ni baru tau!Main-main pulak waktu tengah urgent tahap gila ni!
揙key,sorry...擳asha menekup mulut menahan ketawa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2009 04:21 PM | Show all posts

揟asha tak mungkin mati.Tak mungkin,攏afi Nizam.Penafian ini hanyalah untuk memujuk hatinya sendiri.Yang terluka.
Puan Mariani menangis.Hatinya luluh melihat keadaan Nizam yang tidak terurus dan menyedihkan.Tengku Rokiah pula hanya membisu melihat Nizam tersedu-sedan sedangkan pipinya basah lecun kerana air mata yang tidak henti mengalir melihat pusara anak kandung sendiri yang masih merah.
揟asha.Kenapa Tasha mungkiri janji Tasha untuk jadi isteri Nizam yang setia sepanjang hayat?Tasha kata Tasha akan lahirkan anak kita berdua tapi Tasha tinggalkan Nizam seorang diri atas muka bumi ini.Kenapa mesti Tasha berjanji kalau Tasha tahu akan jadi begini?Hati Nizam terluka.Nizam takkan maafkan Tasha.擺/color]
Hariza menggeleng.Dia menepuk bahu Nizam.
揓anganlah macam itu,Nizam.Ajal maut di tangan Tuhan.Bukan Tasha se...擺/color]
揔au diam!Kau punya pasal!Kau punya pasallah Tasha tinggalkan aku!Kenapa bukan kau yang berada di sini tapi Tasha?Kau sengajakan?Nak balas dendam sebab aku pernah main-mainkan kau?攖engking Nizam.
Hariza sedikit kesal.Bukan salah dia.Bukan dia sengaja melnggar van.Bukan dia sengaja membiarkan Tasha tersepit di dalam kereta.Bukan dia sengaja membiarkan Tasha meninggal pada hari perkahwinannya.Dia tidak sengaja!Tetapi kenapa mesti Nizam mesti mengungkit kisah lalu?Mereka sudah besar.Dia pun sudah bersuami dan beranak dua.Hariza geram.
揧a!Padan muka kau!Main-mainkan aku lagi!Baru tahu padahnya?擺/color]
Merah padam muka Nizam menahan marah.
Hariza menyeka air matanya.
揔enapa kau bodoh,Zam?Kenapa mesti salahkan aku?Kau tahu tak,kau sudah mula tidak menerima takdir-Nya?Tasha juga kawan baik aku,Zam.Tiada dia,macam mana aku nak lalui hari-hari payah aku?攔intih Hariza.
Nizam berlalu.Matanya berapi walaupun mutiara jernih berjuraian.Puan Mariani memanggil-manggil namanya tetapi dibiarkan.Kakinya melangkah laju ke kereta Toyota Vios.Dia memandu dengan perasaan yang sebal dan tertekan.Emosinya sedikit sebanyak mempengaruhi pemanduannya.Matanya jadi kabur dengan air mata.Terdengar letupan yang kuat.Kepalanya jadi pedih dan pandangannya menggelap.Keadaan menjadi hingar-bingar tetapi dia tidak sedar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 04:22 PM | Show all posts
surie sbb pendek...
ada masa nnt ju smbg
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 04:32 PM | Show all posts
alaa...mana lg ni?
ingatkan panjang..huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 04:48 PM | Show all posts
tu je ke?
cepat sambung..
aku baru syok baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 05:00 PM | Show all posts

Reply #4 K.I.M's post

mlm ni boleh?
heh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2009 05:12 PM | Show all posts

Reply #6 mean_naju's post

adeh..penat menunggu..
punyala excited nak baca u nyer citer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 08:52 PM | Show all posts
Adni meneguk air kelapa di dalam gelasnya.Angin pantai yang bertiup membuai rambutnya.Hanim menggeleng melihat temannya meneguk rakus air kelapa.Tak sopan langsung!
揂dni!Sedarlah oi!Kau anak tok penghulu,tunang orang dah pun.Senonohlah sikit,攖egur Hanim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2009 09:14 PM | Show all posts
揃aru balik?Anak dara apalah kau ni?Dah nak dekat maghrib baru nak balik!Mak kau dulu tak ajar ke?Dahlah melepak dengan budak Hanim tu jugak.Kau tahu tak?Pedih dah telinga aku kena ejek tak reti besarkan anak sampai anak jadi lesbian.Eh,sedarlah sikit!Kau tu dah besar panjang,anak tok penghulu,tau?Malu bapak kau nanti kalau...擺/color]
Adni melangkah ke dapur.Aku lesbian?Putus fius betul mak cik kampung sekarang.Kena kejutan elektrik apa diorang?
揟engoklah tu!Orang menegur,dia lari.Pergi minum air kat peti bukannya nak pergi bersiap pergi solat kat masjid!擺/color]
Adni meletakkan gelas air sejuk di atas meja di hadapannya.Mak cik ini memang mencabar iman dan kesabaran aku betullah.Iman?Adni,kau masih ada iman lagi ke?Entahlah...Tiang agama pun kau tinggalkan...Nak ada iman pekebendenya?Jadi...Jadi aku tak payahlah nak bersabar dengan mak cik ni,tak?Aku bagi penampar-berpusing-kepala-otak pun kira halal je sebab aku tak ada agama?Err...Aku masih ada perasaan hormat.Aku dibesarkan dengan suasana yang ada benda 慼ormat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 09:41 PM | Show all posts
Nizam membuka matanya perlahan-lahan.Di...Mana?Dia meraba-raba katil tempat dia baring sekiranya ada kaca matanya.Tiada.
揌ello!Hello!攖empiknya berkali-kali.
揈ncik dah sedar?擱ubiah bertanya.Dia yang tenang lena di bilik hadapan tersedar apabila Nizam menempik.
揝iapa tu?擭izam cuba fokus.Tak jelas.
揝aya isteri ketua kampung ni.Encik eksiden tadi.Suami saya pun bawa encik ke sini.Nasib baik encik tiada apa-apa.Cuma pengsan je.Kereta pun tak teruk mana.Encik nak apa-apa ke?擺/color]
Adni yang mencuri dengar mendengus.Haih,Cik Biah ni...Lembutnya lidah!Dengan aku...Asam!Itulah!Asal nampak peta harta karun je,terus cari tempat dan gali!Bijak punya taktik!
揔ampung?Macam mana boleh saya tersadai dekat kampung pula?Ada nampak kaca mata saya tak?擺/color]
Amboi,mengarah!Rubiah menenangkan dirinya.Duit,Biah!Duit!Mana tahu nanti dia terhutang budi,pastu dia bagi duit!Nampak macam anak orang kaya.Pakai kereta.Baju pun lawa.
揂da,ada.擱ubiah mengambil kaca mata yang terletak di atas meja sudut.Dia ingat pesan suaminya,擭anti dia dah sedar...Kalau dia minta kaca mata,bagi ni kat dia.Saya jumpa dalam kereta dia.Yang dia pakai tu dah pecah.Yang ni spare kot!擺/color]
揂h,terima kasih...擺/color]
揂da lagi?擺/color]
揝ekarang pukul berapa?擺/color]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 09:42 PM | Show all posts
hehe...
nnt ju post lagi...
not so sure bila but...
tunggu je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 02:10 AM | Show all posts
Originally posted by mean_naju at 31-1-2009 09:42 PM
hehe...
nnt ju post lagi...
not so sure bila but...
tunggu je lah...


ish.. ni yg x sedap nie...
dh syok2 bace kene tgu plak..
jgn lame2 eh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 02:37 PM | Show all posts

Reply #11 mean_naju's post

adeh...
kena tunggu lg...
sambungan plzzz...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 06:47 PM | Show all posts
mana tuan umah ni...
penat den tunggu ni haa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 02:14 PM | Show all posts
ni yang malas ni..
bile nak sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 02:39 PM | Show all posts

Reply #15 lili_haryani's post

2la psl..
dah baerhari2 tunggu ni..adeh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 03:12 PM | Show all posts
best!

menarik!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 01:28 PM | Show all posts
ermmmmmmmmm....
minta tolong ckit bole?
tolong besarkan ckit font nie..
sakit mata la baca..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 02:25 PM | Show all posts
best la ju...stuju2..bley tlg bsrkan font x? jenuh nak membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 10:34 AM | Show all posts
Adam menguap.Mengantuk pula.Movie yang dipasang di komputer ditutup dan menuju ke sofa.Tubuhnya direbahkan ke atas sofa.Matanya terkatup erat.Berat untuk dibuka.
Telefon rumah yang terletak di sisi sofa berdering.Tanpa membuka mata,tangannya mengangkat gagang dan diletakkan di telinganya.
揌ello?擺/color]
揂dam,ni mama.擺/color]
揈mm...擜dam menjawab malas.
揟idur ke?Ish...Apa anak muda tidur siang-siang hari ni?攂ebel Hajah Kartina.
Adam menggaru kepala.Siang?Matanya dibuka secara paksa dan mengarah ke arah tingkap yang ditutupi langsir.Patutlah gelap je...Matanya kembali ditutup.
揂dam bukan anak dara yang kena bangun awal,masak untuk suami.Adam lelaki ma...擳angannya menutup mulut yang terbuka luas kerana menguap.
揂dam,Adam dah janji nak jumpa Auntie Rubiah,kan?Hari ni...Pukul 2 petang.Mama nak ingatkan tu je.擺/color]
Adam meraup mukanya.Terlupa janji.Mujur mama ingatkan.Gagang telefon diletakkan kembali.Tuala yang tersangkut di kepala katil ditarik dan langkah diatur ke bilik mandi.
Selepas mandi,Rambutnya yang basah dikeringkan dengan tuala.Telefon bimbitnya berdering.Butang hijau ditekan.
揌i,darling...You ingat lagi tak,kita ada date hari ni...Pukul dua?擺/color]
Main serbu orang je reti...Ni siapa ni?Matanya menatap skrin.Juita...Juita?Oh ya.
揫i]I ada janji ke?Sorrylah I tak dapat datang sebab I dah janji dengan mak tunang I nak bawak dia gi jalan-jalan kat KL.Jangan buat kerja gila nak follow I pula!擺/color]
Juita di hujung talian menarik muka.Muncungnya panjang.
揝ayang,you dah janji.I tak kira!I tunggu!擺/color]
Talian diputuskan.
Ingat aku kisah?Dia terhegeh-hegeh,aku pula kena ikut telunjuk dia.Ni yang aku benci perempuan zaman sekarang.Takde maruah semua.Agaknya,kalau aku tanya setiap perempuan mesti semua jawab dah hilang dara.Sembahyang pun mesti berterabur.
Azan Zohor menyapa telinganya.Sejadah dihampar mengarah kiblat.Sekelip mata,Adam sudah tahiyyat akhir.
Adam mengerling jam yang dipakai di tangan kanannya.51 saat,rekod baru.Komputer riba di atas meja belajar dibuka.Dia membuka jadual sembahyangnya.Betullah,rekod baru.18 Julai,sembahyang Zohor,51 saat.Matanya merenung masa untuk sembahyang Subuh.5 minit.Ni gara-gara terlampau ingatkan malam semalamlah...Dengan model tu...Nama apa?Angelique?
Dia menggeleng-geleng.Kalau aku khusyuk dalam sembahyang mesti aku tak buat benda bawa perempuan masuk bilik semua ni.Patutlah ustaz kat masjid tu kata khusyuk dalam sembahyang tu penting.Ni yang buat aku stop berjemaah kat masjid.Aku jenis tak khusyuk,tak memasal imam pula dapat dosa.Kesian imam yang tak bersalah pula kena tanggung.


[ Last edited by  mean_naju at 21-2-2009 09:36 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064088 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list