View: 9510|Reply: 0
|
Hidrosele - cecair dalam kelenjar zakar kanak2
[Copy link]
|
|
Hidrosele, hernia landa lelaki
Bersama Dr Syed Nazir Syed Kadir (Perunding Paediatrik Pusat Perubatan Kelana Jaya)
HIDROSELE ialah pengumpulan cecair yang tidak menyakitkan di dalam kelenjar zakar kanak-kanak. Perkara ini kerap terjadi kepada bayi yang baru lahir dan biasanya akan hilang secara perlahan-lahan dalam masa setahun.
Manakala hernia atau lebih dikenali sebagai angin pasang berlaku apabila organ dalam abdomen tertonjol ke dalam saluran inguinal atau buah zakar. Hidrosele dan hernia boleh terjadi serentak dengan sebab yang sama.
Sebelum seseorang bayi lelaki dilahirkan, zakarnya terletak tinggi di belakang perut. Ia kemudiannya perlahan-lahan bergerak melalui satu tiub yang dipanggil saluran inguinal dan akhirnya sampai ke kantung buah zakar.
Proses perpindahan ini lazimnya berakhir pada minggu ke-29 kehamilan. Selepas itu, saluran inguinal yang licin ini akan tertutup sepenuhnya - dinding tercantum dalam masa beberapa minggu sebelum kelahiran.
Jadi buah zakar tidak lagi bersambung dengan bahagian abdomen. Tanpa sambungan ini, tiada organ dalam abdomen atau cecair yang boleh masuk ke dalam buah zakar atau saluran inguinal. Namun ada juga cantuman tidak sempurna dan keadaan seperti ini dipanggil patent processus vaginalis (PPV).
Jika lubang PPV sangat kecil, tetapi cecair masih boleh melaluinya, ia dirujuk sebagai hidrosele bersambung. Sebaliknya jika lubang PPV besar dan membolehkan usus atau lain-lain organ dalam abdomen memasukinya, ia dikenali sebagai hernia.
Hidrosele berlaku jika ada ada cecair yang terperangkap dalam saluran ini ketika dindingnya bercantum. Walaupun zakar anak kelihatan bengkak dan menakutkan, tetapi ibu bapa tidak perlu bimbang kerana ia tidak menyakitkan atau mendatangkan masalah.
Bengkak pada pangkal paha atau buah zakar adalah tanda klasik kepada kehadiran hernia atau hidrosele bersambung. Biasanya ia tidak menyebabkan rasa sakit kecuali jika hidrosele itu mengalami jangkitan atau hernia berbelit.
Malah ibu bapa juga kerap mengadu anak mereka mengalami masalah ini berulang kali. Bengkak mungkin mengecil pada waktu malam ketika anak (terlentang). Jika bayi mengalami hernia berbelit, ia mungkin menyebabkan bayi muntah, sakit perut atau sembelit yang menandakan ada halangan pada usus.
Siapa yang akan dapat?
Hidrosele adalah gejala yang sangat biasa. Dianggarkan setengah daripada bayi lelaki yang baru dilahirkan akan mengalaminya.
Gejala
Ibu bapa biasanya mendapati ada bengkak pada pangkal paha atau buah zakar. Saiz bengkak biasanya sama sepanjang hari tetapi akan berkurang secara perlahan-lahan.
Bagaimana ia dikenal pasti?
Hidrosele dikenal pasti berdasarkan sejarah bengkak dan pemeriksaan fizikal. Kadangkala agak sukar untuk membezakan antara hernia dan hidrosele. Jika saiz bengkak berubah dengan ketara dari masa ke semasa, ia adalah hernia. Jika tidak (saiznya sama), bengkak akan surut apabila bayi semakin membesar. Bagaimanapun jika bengkak masih ada pada hari jadi pertama, bayi berkenaan dianggap memang mempunyai hernia anguinal kecil.
Kesan
Risiko paling besar yang mungkin boleh berlaku akibat hernia ialah apabila usus terperangkap atau terpenjara di dalam kantung buah zakar. Jika dibiarkan, usus boleh membengkak dan menyebabkan peningkatan tekanan dalam saluran ini.
Peningkatan tekanan ini lama kelamaan akan menjejaskan proses perkumuhan dan bengkak bertambah besar yang mengganggu aliran darah ke usus atau zakar. Hernia berbelit boleh menyebabkan usus berlubang, peritonitis (keradangan pada dinding abdomen), sepsis (pereputan tisu) dan kematian.
Justeru itu, hernia berbelit perlu dirawat segera melalui pembedahan. Jika dilakukan pada peringkat awal, pemotongan usus mungkin dapat dielakkan.
Pada kanak-kanak perempuan, ovari atau tiub fallopian boleh memasuki hernia dan terperangkap atau berbelit di dalamnya. Ovari yang terperangkap sangat serius kerana ia boleh menyebabkan ovari gagal berfungsi dan sakit. Bagaimanapun ia tidak mendatangkan risiko usus bocor atau sepsis.
Penjagaan pembedahan
Hernia dan hidrosele seakan-akan sama. Bayi pramatang (dilahirkan tidak cukup bulan) lebih berisiko mengalami hernia terperangkap. Dianggarkan 60 peratus hernia pada bayi pramatang berlaku dalam enam bulan pertama hidup mereka. Atas sebab ini, pembedahan pemulihan dianggap rawatan paling sesuai untuk mereka.
Manakala untuk hidrosele yang terpisah (cecair yang terperangkap ketika dinding saluran anguinal melekat sepenuhnya) tidak memerlukan rawatan. Cecair ini tidak perlu dikeluarkan atau dikeringkan. Ia akan hilang sendiri.
Adakah ia boleh dicegah? Oleh kerana hidrosele dianggap perkara normal dalam perkembangan seseorang bayi, maka ia tidak boleh dicegah.
Hernia berlaku enam kali lebih kerap pada bayi atau kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Usus yang terperangkap dalam hernia lebih kerap dialami kanak-kanak lelaki. Manakala bagi kanak-kanak perempuan, masalah yang lebih lazim membabitkan ovari atau tiub fallopian.
Bagi kes hidrosele yang memerlukan rawatan, jarang berlaku masalah berbangkit. Bagi kebanyakan kes, ia akan hilang sendiri. Namun segera berjumpa doktor jika anda dapati:
Bengkak hidrosele bertambah besar
Bayi menangis lebih daripada biasa dan sukar ditenteramkan
Bayi menangis atau meragam setiap kali anda menyentuh bengkak berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|