View: 3440|Reply: 13
|
Memperindahkan Sungai Klang
[Copy link]
|
|
Tiga Negara Setuju Bersih, Perindah Sungai Klang
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Tiga negara Eropah sehingga ini telah menyatakan kesanggupan masing-masing untuk membersih dan memperindahkan Sungai Klang di Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kos membersih dan memperindahkan sungai itu akan ditanggung syarikat yang diberi hak untuk melaksanakan projek berkenaan.
Katanya, projek itu tiada kaitan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Kos untuk membersih dan memperindahkan sungai sepanjang 120kilometer itu dianggarkan berjumlah RM10 bilion dan projek dijangkasiap dalam tempoh lima tahun, katanya tanpa mendedahkan nama negara dan syarikat yang akan menjalankan projek terbabit.
"Menjelang Jun, kita seharusnya sudah mempunyai tim pengurusan projek dan menjelang Ogos akan ada dana swasta dan menjelang hujung tahun kerja-kerja fizikal akan bermula," kata Abdul Khalid pada sidang akhbar selepas merasmikan program sehari bersama SYABAS sempena Hari Air Sedunia di sini, Ahad.
Menteri Besar itu tidak pula menyatakan ganjaran yang akan diterima syarikat berkenaan kerana melaksanakan projek tersebut.
Apabila projek itu siap kelak adalah dijangka bahawa nilai aset hartanah sepanjang sungai berkenaan akan bernilai RM50 bilion, kata Menteri Besar itu.
Mengenai tarif air di Selangor, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mampu mengekalkan tarif air sekarang.
"Tarif air boleh dikurangkan 10 hingga 15 peratus tetapi untuk itu, SYABAS perlu melakukan tugas besar-besaran termasuk mempercepatkan kerja membaiki dan menukar paip lama yang bocor dan rosak," katanya.
Sejak 2008 selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, kerajaan negeri menghapuskan bayaran air kepada setiap isi rumah yangmenggunakan kurang 20 meter padu air sebulan dengan kos RM11.40.
-- BERNAMA
[ Last edited by Syd at 24-3-2009 00:09 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
akhirnya...........
kalu ikot kepala dulu tu, jgn mimpi la...... |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada bc tok khalid kata one day nanti org boleh naik bot dari klang ke KL ... rasa aku bukanlah mustahil tu ... |
|
|
|
|
|
|
|
hhehe... anon der dgr.. pasal project ni sebelum pilihan raya lg.. dorng nk perindahkan sugai klang.. dan akan wat mcm veinice... so.. sapa2 nk makan n naik bos.. still leh menyusuri sepanjang sg klang ni.. walaupun x smua tmpat ler.. myabe di tgah2 bndar atau pun sekitar jaringan utama bandar di spjnag sg klangg... |
|
|
|
|
|
|
|
Sentral: Selangor, DBKL bersih Sungai Klang
Oleh Hanisah Selamat
[email protected]
3 negara Eropah bantu projek sumber air tambahan
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan projek memperindah dan membersih Sungai Klang sebagai sumber air tambahan menerusi bantuan tiga negara Eropah yang dijangka bermula akhir tahun ini.
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya sudah berjumpa dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi membincangkan pelaksanaan projek yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua wilayah bagi jangka panjang, bukan sekadar untuk sumber air malah ekosistem dan pelancongan.
Beliau berkata, projek yang menggunakan peruntukan sebanyak RM10 bilion serta kepakaran luar itu dijadualkan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan dan bakal memberikan pulangan bernilai RM50 bilion kepada nilai hartanah serta pembangunan di sekitarnya.
"Sungai Klang sepanjang 120 kilometer yang turut merentangi bandar raya ini dan tentu saja kita memerlukan tempoh untuk memastikan projek ini dapat disempurnakan mengikut jadual sekali gus berfungsi sepenuhnya seperti di negara maju.
"Jika negara maju seperti Jerman mampu menggunakan air sungai mereka sebagai sumber utama, saya yakin usaha bersepadu ini dapat dilaksanakan malah kumpulan pengurusan projek akan memulakan tugas Jun ini manakala pada Ogos kemasukan dana swasta," katanya selepas sambutan Hari Air Sedunia, di sini semalam.
Sementara itu, mengulas mengenai tarif air percuma bagi penggunaan kurang 20 meter padu pada nilai RM11.40 yang dikatakan berakhir hujung bulan ini, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri mampu mengekalkan kadar itu jika masih berpeluang mengambil alih Syabas. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Syd's post
Boleh la buat pengangkutan menggunakan sunggai plak pasnih, mesti sronokkan.. tambang pon harap2 lagi la murah, pastu buat lah cam kat thailand tu, niga sayur atas perahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus laaa...ade gak perubahan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 nanie's post
Lom ada apa2 lagi kan, baru perancangan bermula akhit taun ni.. maklumlah 3 taun lagi nak pilhanraya, so lambat sikit pon x pe asalkan hasilnya nampal masa election nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Projek Sungai Klang: Selangor masih buka peluang
KLANG 10 Ogos - Kerajaan negeri masih membuka peluang kepada syarikat swasta yang berminat untuk menghantar cadangan bagi projek pemuliharaan dan pengindahan Sungai Klang.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya menerima cadangan daripada tujuh syarikat yang berminat dengan projek tersebut.
''Tapi kita akan iklankan lagi pada hujung bulan ini untuk membuka peluang dan melihat cadangan daripada syarikat lain," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemuliharaan dan Pengindahan Sungai Klang di sini, hari ini.
Projek pemuliharaan dan pengindahan Sungai Klang merupakan salah satu daripada pakej yang telah diumumkan kerajaan negeri melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri.
Antara objektif projek ialah untuk meningkatkan kebersihan air sungai, mengenal pasti punca pencemaran serta menguatkuasakan peraturan pelepasan enfluen ke sungai.
Rezab Sungai Klang pula akan digunakan sebagai alternatif pengangkutan awam dan menjadikan sungai sebagai sumber baru untuk menjana ekonomi negeri.
Sungai Klang merupakan lembangan keempat terbesar di selepas Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Bernam.
Jajaran Sungai Klang adalah kira-kira 120 kilometer (km) iaitu 80 km. di dalam Selangor dan 40 km. di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Mengenai bengkel tersebut, beliau berkata, ia untuk memberi pendedahan awal berkaitan aktiviti dan program yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri kepada badan kerajaan dan jabatan kerajaan di negeri ini.
''Kita juga berharap untuk mendapat input dan pandangan berkenaan projek ini daripada mereka," ujar beliau. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah lepas ni mesti mata teruja tengok sg klang |
|
|
|
|
|
|
|
Program penerangan usaha bersihkan Sungai Klang bulan depan
SHAH ALAM: Usaha sedang dibuat untuk membersihkan Sungai Klang di Selangor dan sehubungan itu kerajaan negeri akan mengadakan program penerangan kepada orang ramai mengenai langkah tersebut pada penghujung bulan depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata, menerusi program penerangan itu, nama syarikat yang bakal mengendalikan projek pembersihan dan pemulihan sungai tersebut turut bakal diumumkan.
Projek Pembersihan dan Pemulihan Sungai Klang terletak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kerajaan Negeri bernilai RM50 bilion yang diumumkan tahun lalu.
Abdul Khalid juga berkata, laporan kedudukan aset dan dana yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) akan dikeluarkan pada penghujung bulan ini. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Wah...rumah ku betul2 depan Sungai Klang kat Padang Jawa nun...
Harus kena buat jeti dan invest beli bot @ sampan....
Nanti g kerja leh naik bot tu..
smpai je kat sungai2 yg dekat opis ...
smbung naik beskal je...
Sebelum tu kena beli beskal letak kat port tu
plak..jimat duit minyak ku..
Body pun cantik sbb hari2 duk exercise
kayuh smpan ngan basikal..
Nanie,PB,Kaeri...ok tak cadangan cengitu???
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|