CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Tahanan ISA

[Copy link]
 Author| Post time 20-8-2009 08:17 AM | Show all posts
ISA dipinda Oktober ini

PUTRAJAYA 19 Ogos - Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebaliknya hanya meminda beberapa peruntukan tertentu akta itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan tersebut dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Oktober ini antaranya melibatkan pengurangan tempoh tahanan tanpa bicara yang kini berjumlah 60 hari.

Pada masa sama, kata beliau, pindaan beberapa akta membabitkan kebebasan dan hak asasi manusia seperti Akta Polis 1967 akan dilakukan serentak supaya ia lebih komprehensif.

''Apa yang penting ialah imbangan kuasa dan hak dalam apa juga tindakan, saya rasa tidak ada mana-mana pihak hendak menafikan bahawa hak majoriti juga penting dalam kita nak pastikan hak asasi manusia.

'Malah, kes yang ada kaitan dengan keganasan telah diterima pakai secara meluas di Amerika Syarikat (AS) dan undang-undang membabitkan soal ancaman kepada negara yang melaungkan demokrasi dan kebebasan bersuara," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Hadir sama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Hishammuddin, sekarang adalah masa yang sesuai bagi melakukan pindaan ke atas ISA agar ia terus relevan dengan tuntutan semasa dan ancaman yang ada pada hari ini.

''Kita nak pastikan berlakunya ketelusan dan proses periksa serta imbang wujud selain tidak ada peluang untuk menyalahgunakan ISA," katanya.

Mengenai pindaan ke atas Akta Polis, Hishammuddin berkata, kerajaan melihat tentang perlunya sesuatu perhimpunan yang terkawal dibenarkan di kawasan tertentu seperti stadium tanpa perlu permohonan permit.

''Tidak perlu minta permit, kalau nak himpun semata-mata dalam keadaan terkawal, polis tidak akan menolak, kita boleh lihat akta itu supaya tidak perlu meminta permit," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat itu juga akan menyelaraskan usaha mempercepatkan tindakan diambil ke atas pihak tertentu yang menggunakan Internet bagi menyebarkan pandangan berbau hasutan termasuk penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu dan agama.

''Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama rapat dengan polis, Peguam Negara dan mahkamah supaya hak untuk bebas bersuara tidak menjejaskan apa yang kita telah bina selama ini.

''Hari ini, saya gembira semua agensi dan kementerian terlibat dapat duduk bersama memikirkan pendekatan yang erat supaya perkara ini dapat ditangani dan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh masa yang efisien," katanya.

Katanya, kerajaan juga akan meneliti secara serius termasuk mengambil tindakan undang-undang serta menyekat capaian laman web dan blog yang melanggar peraturan sedia ada.

''Usaha ini termasuk mendakwa penulis-penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan mempersendakan agama," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2009 02:56 PM | Show all posts
Kem Kamunting bukan Guantanamo

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID


PEMERIKSAAN ketat dibuat ke atas pengunjung yang masuk melalui pintu utama tempat tahanan perlindungan ini.

SELEPAS telefon bimbit dan kamera diminta ditinggalkan di loker di ruang lobi, tanda tanya mula tersenarai dalam kepala tentang tempat ini.

Berjalan melewati ruang kepungan yang berpagar setinggi empat hingga lima meter serta berkawat duri, pergerakan sentiasa diawasi anggota pasukan petugas penjara.

Sering dirujuk sebagai Penjara Kamunting, Tempat Tahanan Perlindungan Taiping (Kemta) menempatkan tahanan yang telah melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 (Sek. 8(1)).

Pusat tahanan yang mula beroperasi pada tahun 1973 ini turut menempatkan banduan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah), dan banduan prabebas iaitu baki tempoh tahanan kurang daripada setahun.

“Di sini, tahanan dibenarkan berjumpa keluarga setiap minggu di bilik perjumpaan keluarga. Setiap sesi yang dipisahkan ruang ini berlangsung selama 30 minit.

“Kami juga memberi kelonggaran dalam kes kecemasan seperti kematian,” ujar Pengarah Komisioner (Pengurusan) Kemta, Ramli Osman.

Dalam lawatan ke kem itu, Ramli membawa kami melihat bangunan pentadbiran dan kemudahan lain seperti balai pengawal, klinik, perpustakaan serta lapangan kerja tani. Seterusnya, kami dibawa menyusuri laluan ke kawasan tahanan ISA.


LALUAN masuk ke kem tahanan.

Jurnal berpeluang meninjau kemudahan di dalam salah satu kem tahanan yang kosong. Dalam bangunan dengan keluasan kira-kira 120 meter persegi itu, maksimum sebanyak 10 buah katil boleh ditempatkan.

Lain daripada jangkaan sebuah sel tahanan sempit dan penghuninya tidur beralas lantai batu, kem ini seumpama sebuah dormitori. Tiada yang ketara jika bercakap tentang kekurangan di dalamnya selain daripada hakikat fizikal bangunan yang kelihatan sedikit usang.

Kami diberitahu, tahanan bebas bergerak dan bergaul sesama sendiri di dalam ruang berlantai simen polos dan berkipas itu.

Turut bersambung dengan ruang tersebut adalah bilik air yang mempunyai empat tandas berpintu (duduk dan cangkung), mandian pancuran serta kolah mandian kongsi.

Penulis sendiri telah cuba berbaring di atas salah sebuah katil yang tingginya kurang setengah meter dari lantai. Seseorang tahanan hanya perlu mencari keselesaan di atas tilam setebal tiga sentimeter itu, tidak ubah seperti mereka yang biasa tidur beralaskan cadar ‘toto’. Bantal dan selimut turut disediakan.

Lampu dipadam

Dengan peraturan lampu yang hanya akan dipadam selepas 12 tengah malam, rasanya tidak banyak yang boleh dikeluhkan oleh 12 orang tahanan ISA yang kini menguni kem tersebut.

“Kami menjalankan program berdasarkan modul Pelan Pembangunan Insan dalam usaha memupuk disiplin dan akhlak tahanan. Ia satu bentuk pemulihan yang dapat disertai tahanan tanpa membezakan tempoh hukuman dan jenis kesalahan mereka,” ujar Ramli.

Beliau juga menerangkan secara terperinci tentang pemberian hidangan seimbang lima kali sehari kepada tahanan serta rutin harian seperti solat berjemaah, tazkirah, kelas ketatanegaraan, kaunseling beriadah dan latihan dalam kumpulan.

“Tahanan juga diberikan hak-hak tertentu seperti hak membuat rayuan, mendapatkan peguam, bertemu keluarga, menulis surat, membuat aduan dan mendapatkan rawatan kesihatan,” terang Ramli.

Timbalan Komisioner Penjara, Datuk Hassan Sakimon memberitahu, dari semasa ke semasa, pihak penjara menerima kunjungan pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan hak asasi dan juga Majlis Peguam untuk bertemu para tahanan bagi mengetahui tentang kebajikan dan layanan yang mereka terima.

Bagi menjawab dakwaan penggunaan kekerasan dan deraan ke atas tahanan, Hassan menegaskan bahawa tiada sesi soal siasat yang menggunakan kaedah sebegitu di pusat tersebut kerana ia di luar bidang kuasa mereka. Para pegawai penjara juga menjalankan tugas mengikut etika yang ketat.

“Pusat tahanan ini hanya menumpukan usaha pemulihan. Ini bukan Guantanamo yang dilaporkan menyeksa tahanan. Kami bukan saja menawarkan kebebasan bergerak di dalam kawasan ini, malah layanan kami jauh lebih berperikemanusiaan,” jelas Hassan.

Hanya prasangka

Nyata, satu-satunya ‘kekejaman’ adalah prasangka mereka yang tidak berpeluang meninjau isi pusat tahanan ini. Sentimen yang diapi-apikan itu juga datang daripada golongan yang pernah menjadi penghuni kem ini, namun memburuk-burukkannya atas niat mencetus kekecohan dan memanipulasi tanggapan ramai.

“Selain mengakui kekurangan fizikal pada bangunan yang semakin usang, cabaran utama yang kami hadapi adalah mengenai sebarang tindakan pihak yang mencabar penahanan mereka. Bukan mudah sebenarnya hendak memuaskan orang tahanan di sini,” rumus beliau.


KONSEP pemulihan rohani dan jasmani serta modul kenegaraan berlangsung di sebalik pagar yang tinggi ini.

Menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, sesetengah masyarakat tidak menyedari betapa pentingnya pelaksanaan ISA di negara ini.

“Memang ada peruntukan dalam Perlembagaan mengenai undang-undang yang menghalang sebarang bentuk gerakan atau tindakan yang menjejaskan keselamatan negara, walaupun kerajaan menjamin kebebasan setiap rakyatnya,” jelas beliau.

Peringatan tentang akta tersebut juga perlu difahami golongan yang melanggar beberapa perkara sensitif seperti mencabar kedaulatan raja, menimbulkan permusuhan antara rakyat berbilang kaum, mempertikaikan soal agama serta menjatuhkan kerajaan tanpa mengikut undang-undang.

Zainal mengalu-alukan usaha mengkaji semula pelaksanaan ISA agar ia relevan dengan keadaan yang sentiasa berubah.

Kalau dahulu ia lebih digunakan untuk menghalang kegiatan komunis dan keganasan, mungkin ia perlu diperinci bagi menilai lebih banyak sudut ancaman yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam.

“ISA bukan ciptaan kita. Ia digunakan untuk menjaga keamanan sejak zaman kolonial lagi. Maka kita boleh memindanya agar lebih sesuai dengan situasi dan permasalahan semasa,” jelas beliau.

Tambah beliau, baik di negara Amerika Latin, Afrika dan beberapa negara Asia, akta yang sama juga telah digunakan sejak zaman-berzaman bagi menjamin keamanan negara mereka.

Malah, kerajaan Thailand juga sudah menggerakkan kembali undang-undang ISA bagi mengawal kemelut sosiopolitik di negara itu.

“Jika kita fikirkan, ISA juga boleh diguna pakai untuk menghadapi ancaman kes influenza A (H1N1) jika situasi semakin memburuk hingga membawa kepada status darurat.

“Akta ini sebenarnya boleh digunakan bagi menyekat pergerakan mereka yang membawa virus ini daripada menyebarkan jangkitan yang seterusnya membahayakan masyarakat keseluruhannya,” terang Zainal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2009 10:25 AM | Show all posts
5 lagi tahanan ISA bebas

Oleh HASHNAN ABDULLAH
[email protected]

PUTRAJAYA 15 Sept. - Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kesemuanya anggota Jemaah Islamiah Malaysia, dibebaskan petang ini setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd. Satray, Ahmad Kamil Md. Hanapiah, Mohd. Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md. Hanapiah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri daripada empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Menurutnya, keputusan membebaskan lima tahanan ISA yang ditahan antara tempoh dua hingga tujuh tahun itu menjadikan jumlah yang dibebaskan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri adalah 34 orang.

''Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

''Ia dibuat setelah kita berpuas hati bahawa kesemuanya telah menunjukkan respons pemulihan yang positif dan melahirkan kesedaran serta keinsafan di atas tindakan mereka terdahulu.

''Ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai kajian pindaan ISA 1960 di sini hari ini.

Kesemua tahanan itu dibebaskan melalui Penggantungan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 10 Akta ISA 1960.

Menurut Hishammuddin, baki tahanan ISA terdiri daripada enam tahanan yang terlibat dengan kegiatan militan dan pengganas manakala tiga lagi dalam pemalsuan dokumen.

Ditanya nasib baki tahanan ISA sedia ada, Hishammuddin berkata, setiap tahanan diberikan pertimbangan yang sama tanpa mengira sama ada mereka warga negara tempatan atau asing.

''Sekiranya mereka menunjukkan pemulihan dan telah pun sedar serta insaf apa yang mereka lakukan itu salah, saya rasa tidak ada sebab kita lepaskan,'' katanya.

Mengulas sesi pertemuan dengan NGO itu, beliau berkata, rata-rata yang hadir memberi respons yang cukup bagus dan tidak beremosi mengenai ISA.

''Mereka memahami ancaman yang terpaksa kerajaan hadapi tetapi mereka mahu melihat usaha kita untuk menambah baik akta itu dan memastikan ia tidak disalahgunakan,'' katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2009 10:34 AM | Show all posts
Gembira dapat raya bersama famili


Bekas tahanan ISA, Mat Sah Satray (kanan) memeluk ayahnya, Satray Akri selepas dibebaskan di rumah keluarganya di Kampung Pandan, Ampang, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 15 Sept. - "Saya bersyukur kerana dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama keluarga. "Ini merupakan saat yang saya tunggu-tunggu setelah hampir lapan tahun berada di Kem Tahanan ISA Kamunting, Perak," kata Mat Sah Mohd. Satray, 46, salah seorang daripada lima tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibebaskan hari ini.

Mat Sah yang ditemui di rumah keluarganya di Kampung Pandan, Ampang di sini sangat gembira apabila diberitahu pegawai bertugas bahawa dia akan dibebaskan hari ini.

Katanya, dia dan empat orang lagi rakannya telah dibawa ke sebuah tahanan di Jalan Ipoh di sini kira-kira dua minggu lalu.

Tambah Mat Sah, Sabtu lalu, dia telah dimaklumkan akan dibebaskan dalam beberapa hari lagi.

"Ini merupakan kegembiraan Syarie dan saya bersyukur dapat menyambut Aidilfitri bersama isteri dan anak serta sanak saudara," katanya yang sebelum ini hanya menyambut Aidilfitri di dalam kem tahanan.

Mat Sah bersama empat lagi tahanan ISA yang dibebaskan hari ini, telah dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Mat Sah yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Tiga lagi yang turut dibebaskan ialah Abdullah Daud, Mohd. Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md. Hanapiah dan Muhammad Amir Md. Hanapiah.

Mat Sah memberitahu, dia bagaimanapun hanya boleh keluar rumah di sekitar kawasan Ampang selain perlu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya seminggu sekali.

Ditanya perancangannya selepas ini, Mat Sah memberitahu, dia belum merancang apa-apa lagi dan apa yang penting dia ingin bertemu dengan isteri serta anaknya.

Difahamkan, isteri dan anaknya berada di Sabah atas urusan kerja dan tidak dimaklumkan Mat Sah akan dibebaskan hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2009 07:17 PM | Show all posts
HARAPKAN ISA  tak dihapuskan coz cuba lihat negara lain tak akta ISA but ada penganas but in negara kita ada ISA, itu sebab pertama penganas takut attack malaysia...harap ini dapat direnung oleh semua orang...kerajan kekalkan akta atas sebab keselamatan negara...jangan kita ikut cakap ahli politik pembankang, mereka memang suka hentam kerajaan, sebab itu tugas untuk memburuk kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 10:51 AM | Show all posts
HARAPKAN ISA  tak dihapuskan coz cuba lihat negara lain tak akta ISA but ada penganas but in negara kita ada ISA, itu sebab pertama penganas takut attack malaysia...harap ini dapat direnung oleh semua ...
mohdmus Post at 22-9-2009 07:17 PM


bagus la cam tuh....mmg bagus kan nk hukum org sesuka hati...tak yah bicara..tanpa bukti...kalau betul bersalah, apsal tak bicarakan dulu...kalau puak2 die, kalau betul membunuh org pon boleh terlepas lepas dibicarakan

ko bace la cite aku kat posting kat atas2 tuh...ini cerita sebenar dr mulut keluarga mangsa ISA..bukan aku dengar dr mulut orang lain...betapa kejamnye derang...

walaupon pengganas tak attack mesia nih, aku rase pemimpin kerajaan lebih dr pengganas sebenarnye..rampas hak kite dlm keadaan kite tak sedar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2009 03:52 PM | Show all posts
apa yang saya faham dari kes itu adalah pegawai kerajaan menyalah guna kuasanya dengan mengunakan akta ISA, saya pun sokong dengan saudara...maksud saya disini adalah Akta ISA perlu dikekalkan...pegawai salah guna kuasa mesti dihadapkan kemuka pengadilan dengan melaporkan kepada pihak SPRM (BPR)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2009 02:07 PM | Show all posts
Tempoh Tahanan ISA Mungkin Dikurangkan - Hishammuddin

PUTRAJAYA, 22 Okt (Bernama) -- Tempoh tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkemungkinan akan dikurangkan daripada 60 hari kepada 30 hari, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perkara itu antara cadangan bakal dikemukakan dalam pindaan mengenai ISA untuk dibentangkan ke Parlimen dalam waktu terdekat.

"Sebenarnya banyak cadangan yang diterima...ada juga yang minta ia dipanjangkan...tapi setakat ini banyak cadangan 30 hari. Saya juga harap ia akan dapat dibentangkan pada sesi tahun ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata pihaknya masih belum memutuskan lagi tempoh sebenar kerana masih berbaki dua lagi pertemuan yang akan diadakan bagi membincangkan mengenai pindaan itu.

Perkara lain yang terkandung dalam pindaan antaranya ialah hak dan layanan terhadap tahanan, kuasa menteri tidak akan disalahgunakan, persepsi benar atau tidak ISA digunakan untuk kepentingan politik dan penahanan tanpa bicara.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2009 08:54 PM | Show all posts
ISA takder bicara? ISA merupakan tahanan tanpa bicara?
tahukah anda ISA ada satu lembaga Penasihat yg mana pengerusinya setaraf hakim mahkamah tinggi yang mana keputusannya TIDAK BOLEH DICABAR oleh mana2 mahkamah... dan tahukah anda setiap tahanan ISA mempunyai hak mutlak untuk membuat rayuan pada lembaga penasihat di hari pertama seseorg itu ditahan ISA?.. dan tahukah anda ada ahli PAS baru2 ini pun menang kes mengenai kesnya semasa ditahan ISA, maknanya proses mahkamah masih juga berfungsi.  
politik is one side... takkan semuanya nak dipolitikkan. sudah2 laaa.
sesuatu komen itu mmg membina tapi adakah adil bagi sesorang yg tak pernah fahami atau tgk undang2 ISA sebelum ini, nak komen lebih2 pasal ISA, hanya berdasarkan komen org lain sahaja? ..... adakah adil jika seseorang itu komen bagai nak gila tukang masak kalau dia sendiri tak pernah rasa masakan tukang masak tersebut tapi hanya dengar cakap org lain sahaja.

ISA merupakan undang2 induk, ISA mempunyai beberapa org anak iaitu Akta Kediaman Terhad, Langkah2 Pencegahan Khas, Ordinan Darurat.
ISA masih diperlukan cuma ianya perlu dikemaskini terutama kuasa menteri untuk menahan sesorg bawah ISA.  

my 2 cent -peace-.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2010 03:25 PM | Show all posts
NGO Hantar Memorandum Minta Tahanan ISA Dibenar Jumpa Keluarga, Peguam

KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini meminta polis membenarkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berjumpa dengan ahli keluarga dan peguam mereka.

Permintaan itu terkandung dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Cif Inspektor Mohd Zaki Abu Bakar.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh yang mengetuai kira-kira 10 wakil GMI dan Suaram yang menyerahkan memorandum itu berkata, pihaknya mahukan tahanan ISA diberikan ruang untuk mendapat bantuan guaman.

Syed Ibrahim berkata, ada di antara tahanan ISA termasuk warga asing tidak diberikan kebenaran untuk bertemu keluarga masing-masing atau diberikan hak untuk mendapatkan bantuan guaman walaupun sudah ditahan selama 31 hari.

Seorang peguam, Syahredzan Johan berkata, satu permohonan habeas corpus telah difailkan di Mahkamah Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan tahanan dan permohonan itu dijadualkan didengar pada 10 Mac ini.

"Permohonan itu dibuat kerana apa yang kami maklum, ada rancangan untuk menghantar pulang tahanan warga asing ke negara asal mereka sedangkan hak mereka untuk bertemu dengan peguam belum lagi diberikan."

"Ini termasuk untuk kami pastikan supaya keadaan tahanan termasuk kesihatan dan kebajikan (makan dan minum) mereka," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 12:39 PM | Show all posts
Suhakam Minta Pindaan ISA Patuhi Prinsip Hak Asasi Manusia

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam meminta kerajaan memastikan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mematuhi prinsip hak asasi manusia berhubung hak orang tahanan untuk kebebasan peribadi dan hak mendapat perbicaraan adil.

Orang tahanan juga berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3, 10 dan 11(1) Deklarasi Hak Asasi Universal 1948, katanya dalam satu kenyataan Khamis.

"Suhakam telah secara konsisten menggesa pembubaran ISA dan digantikan dengan akta baru, penggubalan undang-undang baru yang menyeluruh dan tegas mengenai ancaman terhadap keselamatan negara yang sepatutnya selaras dengan pinsip hak asasi manusia," katanya sambil menambah bahawa Suhakam mengalu-alukan langkah kerajaan meminda ISA.

Beliau berkata Suhakam bersetuju dengan penemuan awal dan saranan Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Tahanan Timbang Tara yang melawat Malaysia baru-baru ini.

Kumpulan itu, antara lain, menyarankan supaya kerajaan membubarkan atau meminda ISA dan tiga lagi undang-undang pencegahan iaitu Ordinan Darurat, Akta Dadah Berbahaya dan Akta Kediaman Terhad.

Panel itu turut mengadakan pertemuan dengan Suhakam.

Hasmy berkata Suhakam mengalu-alukan saranan panel itu yang mahu kerajaan memperkukuh Suhakam selaras dengan Prinsip Paris dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan status "A" Suhakam yang diterima daripada Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa (ICC) Institusi Pemupukan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia yang berpejabat di Geneva, dikekalkan.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai..ade tak sape2 yg tahu mcm mane nak tolong org yg kne thanan ISA nie?bantu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ade sapa ke yg sudi tolong sy..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ade sapa ke yg sudi tolong sy..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.192297 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list