CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: diananisa

Housing Loan - MRTA/ MLTA vs Morgage Life

[Copy link]
Post time 5-6-2013 02:44 PM | Show all posts
baby_pingu posted on 5-6-2013 01:29 PM
haritu nampak user mana ntah ada bg link website nih..
kat situ leh tgk rate2 standard each bank  ...


... thankssss .. nak pi terjah sat lagi ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2013 11:48 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 5-6-2013 02:44 PM
... thankssss .. nak pi terjah sat lagi ...

Blh...Blh dpt dr bank spt ocbc
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 01:38 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:43 PM | Show all posts
aku amek MLTA...
betul ke MLTA mahal sikit dari MRTA tapi if something happen to penghutang (Contohnya suami aku), nanti rumah tu free dan aku juga akan dpt pampasan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 10:42 AM | Show all posts
dah baca thread ni, sah persoalan ni tak berjawab. so izinkan aku tanya sekali lg  

kalau kita refinance loan rumah, apa akan jd dgn MRTA yg kita dah beli?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 06:31 PM | Show all posts
rabun posted on 18-12-2013 10:42 AM
dah baca thread ni, sah persoalan ni tak berjawab. so izinkan aku tanya sekali lg  

kala ...

Bagi pengetahuan kamu, MRTA adalah non- transferable, maknaya, ia tidak boleh ditukar kepada loan yang baru. Kalau kamu buat refinance, kamu perlulah beli MRTA yang baru untuk loan yang baru itu. Tapi MLTA adalah transferable, maknya kamu boleh pindahkannya untuk loan yang baru bila kamu buat refinance, mungkin kamu boleh baca artikel ini: http://loanstreet.com.my/ms/pusa ... -saya-memerlukannya
Ia mempunyai info tentang soalan kamu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2014 11:46 PM | Show all posts
Salam wbt. Ni posting yang saya ada buat di forum lain, berbahasa Inggeris. Maaf jika melanggar peraturan. Kalau nak saya alih-bahasa, minta je! Ada membezakan MRTA dan MLTA.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 12:04 AM | Show all posts
rabun posted on 18-12-2013 10:42 AM
dah baca thread ni, sah persoalan ni tak berjawab. so izinkan aku tanya sekali lg  

kala ...

Bila rumah di-refinance, di-jual, atau di-settlekan lebih awal dari tenure pinjaman loan rumah tersebut, MRTA akan di withdraw dan cash yang ada adalah amat sedikit.

Namun, MRTA selaluya dibayar lump-sum dan akan dimasukkan ke dalam bank loan, loan amount tersebut perlu sisettlekan semasam rumah di-refinance, dijual, dan di-settlekan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2014 02:16 AM | Show all posts
MRTA adalah lebih murah jika anda masih muda.......

MRTA akan menjadikan tanggungan bulanan lebih mahal

MLTA boleh sumbat dlm loan sekali........ jika ada cadangan nak jual rumah tu, jgn ambil lebih drpd 5 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 08:59 AM | Show all posts
Acong posted on 22-5-2014 02:16 AM
MRTA adalah lebih murah jika anda masih muda.......

MRTA akan menjadikan tanggungan bulanan le ...

1. Both MRTA dan MLTA adalah lebih murah bila masih muda. Semua polisi insurance yang protect kematian ada premium yang lebih murah untuk golongan yang lebih muda.

2. MRTA yang dimasukkan (financed) kedalam loan akan membuatkan pembayaran bulanan loan tersebut lebih mahal

3. Kebanyakan MLTA yang tidak dicouplekan dengan bank loan, obviously tidak boleh di "sumbat" ke dalam loan sekali. Most MLTA yang dijual adalah polisi life insurance/takaful melainkan produk seperti Maxi Home yg dijual oleh Great Eastern yang boleh difinance kan oleh OCBC (conventional sahaja)

MRTA memanglah boleh sumbat dalam loan sekali. Tidak recommend ambil minimum kalau nak invest pun because down the line, as an investor, anda mesti nak beli rumah dan jual lagi kan? By that time umur pun dah +5 years, MRTA pun akan semakin mahal. Might as well ambil MLTA dan lock-in the cheaper rates terus.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 08:31 PM | Show all posts
MRTA/MRTT adelah skim insurans utk mejamin pinjaman/hutang/loan terhadap pihak bank mase beli rumah...

MRTA ni konvensional manakla MRTT adelah takaful..biasanye ditawarkan oleh pihak bank mase nk buat loan beli rumah..

MRTA/MRTT boleh dikatekan insurans loan bukan insurans rumah...

Biasanye pihak bank akan mewajibkan MRTA/MRTT kalo loan bwh RM150k-RM200k...

Untuk RM200k ke atas pihak bank bagi kelonggaran utk peminjam memilih sama ada untuk mengambil MRTA/MRTT dengan bank atau pun MLTA/MLTT dengan pihak insurans luar...

Saya pilih MLTA/MLTT..

sebab:-

1.MRTA/MRTT hanya cover kematian atau hilang upaya kekal yg berlaku terhadap peminjam, manakala MLTA/MLTT cover kematian, HKU, dan juga penyakit kritikal terhadap peminjam...dah kena sakit kritikal xleh nak keje, xde pendapatan, nk bayar kos perubatan lpastu nak kene bayar loan..kan susah macam tu..

2. dengan MRTA/MRTT dah byr tiap2 bulan tinggi..last xde pulangan..sbb coverage sentiasa menurun mengikut baki pinjaman..bermaksud jikalau peminjam meninggal atau HKU, MRTA/MRTT dapat menyelesaikan baki pinjaman..

berbeza jika mengambil polisi MLTA/MLTT bersama pihak insurans luar, MLTA/MLTT merupakan life insurance yg coverage dia maintain je..bermaksud kalau peminjam meninggal/HKU atau kena penyakit kritikal..company insurance akan setelkan baki pinjaman kemudian duit lebih akan dibagi kepada waris yg dipersetujui tuan kepada polisi.

3. MLTA/MLTT boleh disertakan dgn faedah tambahan seperti medical card..alang2 dah amek polisi insurans utk cover loan rumah..jika mampu kita cover diri kita dengan medical benefit.

4.MLTA/MLTT juga merupakan satu skim perlindungan, pelaburan dan simpanan..so 3 dlm 1..

5. Bayar caruman yg lebih tnggi sedikit dari MRTA/MRTT..tetapi secara fleksibel..boleh pilih setahun ke, 6 bulan ke, 3 bulan ke atau bulanan..

6. Disebabkan fleksibel kite boleh berbincang dengan pengantara utk menetapkan manfaat tambahan yg kite perlukan dan yg sesuai dengan diri kite juga mengikut kadar kemampuan kite..so takde lah terus lump sum pastu tros bayar bulan2 tanpa mengetahui sesuai atau tidak bebanan terhadap diri kite..

inilah sedikit sebanyak yg boleh saya kongsikan kepada anda tentang MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT..

jika nak tahu lebih tentang MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT ni bolehla PM saya ok..

boleh jugak hubungi saya..kalo nak call, message/ whatsapp dulu

HAZIQ AHMAD
+60 17-461 5211
[email protected]
Consultant,
MTA Advisory Consultancy,
MAA Takaful Berhad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050773 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list