|
Aku baru je beli printer/scanner/copier ni, model "entry level" terbaru daripada Epson. Aku dah test dan print gambar2, boleh tgk yg aku scan kat sini dan baca review kat Flickr aku:
http://www.flickr.com/photos/sarawaklens/sets/72157617779618156/
Semua gambar dlm set flickr aku tu aku scan dgn Epson ni.
So far aku puas hati lah sebab murah. Harga lebih mahal daripada model yg serupa daripada HP dan Canon tapi Epson ni mudah nak cari compatible ink dia dan chip pada cartridge pun dah ada jenis auto reset.
Epson ni juga print dengan ke-empat empat warna utk photo pada kertas glossy berbanding Canon 145 yg hanya campur 3 warna iaitu CYM utk hasilkan composite black yg nampak agak "kotor" atau "muddy".
Pro:
- Mampu milik (cari yg ada offer, tadi bnyk yg nak jual utk RM299 tak blh kurang - WALK AWAY!
- Aku jumpa satu kedai jual RM259 display unit tapi masih serba baru mcm tak disentuh lagi, semua selotape asal masih kekal. Then bagi free voucher Parkson so tolak semua dpt Rm219. Kat lowyat murah lagi kot. Di hypermart pulak Rm265 dgn voucher Rm20.
- warna cetakan photo agak tepat dan hampir sama dgn file original.
- blh pilih nak guna compatible ink atau refillable cartridge yg dah ada di dlm pasaran.
- cetakan photo kalis air dan fingerprint.
- garis-garis (banding) halus pada photo tidaklah ketara sgt wlupun menggunakan kertas glossy cap ayam (Esyink, 20 sen je sekeping 4R). banding dgn Canon 3680 aku, cetakan hanya nampak perfect kalau guna kertas Canon sendiri tapi tak lawa sgt dgn kertas cap lain.
- kertas Epson original tak semahal kertas jenama lain. A4 20 keping, less than RM20 blh dpt. Canon pulak, kertas original 4R 20 keping pun dah belasan ringgit. dkt lowyat maybe murah lagi kot?
- cetakan photo pada kertas biasa (plain paper) cantik dan kemas.
- software Easy Print etc Epson lagi bagus, kita blh pilih manual print dan adjust sendiri dlm driver sebelum cetak. Canon punya Easy print tak blh, kena pakai setting yg program tu pilih utk kita. Kita kena guna Easy print software kalau nak cepat dan senang tapi Epson punya lagi bagus pada pendapat aku.
Kontra:
- Tinta hitam ialah jenis pigment. Tak sesuai utk glossy photo paper sebenarnya. Menjadikan photo nampak "matte" wlupun guna glossy paper. Detail dlm bahagian yg bnyk guna tinta hitam mmg lenyap terus. Utk warna lain okay. Kalau guna photo paper Epson yg ori mungkin tada masalah ini.
- Tinta pigment black juga lebih lambak kering pada glossy photo paper. Jgn sentuh terus lepas cetak, kalau tak, mmg nampak ada kesan jari nanti.
- SLOW! lebihkurang 5.5 minit utk cetakan photo 4R best quality. Cetakan dokumen pun slow. Epson tulis 26ppm, tu dlm mimpi CEO dia je...牋
- draft mode laju tapi langsung tak blh pakai sebab terlalu "light" atau halus dan tak jelas.
- bila start up dan juga bila nak feed paper, agak bising.
- Kalau paper tray door tak buka, printer masih akan print tanpa warning dan kemudian menyebabkan paper jam. Kalau Canon, akan keluar warning suruh buka paper tray dulu.
- besar, makan banyak space atas meja.
- Beberapa bahagian diperbuat daripada plastik yg nipis, mcm senang patah atau pecah.
- Tiada PictBridge port utk direct print daripada camera.
- masih boleh nampak kesan "banding" pada photo jika diteliti. banding blh merosakkan photo berbanding dgn titik-titik (dithering dots) daripada titisan halus ink. tapi kalau tgk secara normal dan pada jarak normal, mmg tak nampak pun dan photo nampak kemas dan cantik, warna pun lebih menarik daripada warna Canon 145.
- driver canon lagi bagus sebab ada setting utk sleep mode. TX100 mcm tada, ke aku yg belum jumpa setting dia?
- printer Epson mmg kuat minum ink, terutamanya bila kita off on off on sebab dia nak buat head cleaning. jadi kalau blh biarkan printer on saja sepanjang masa, sebab printer tu ada sleep mode sendiri utk jimat lektrik.
- manual dlm CDROM tidak lengkap. tiada manual bercetak.
- Tiada butang utk tambah bilangan copy, bermaksud kalau nak copy document dan print 4 keping, kena tekan butang "copy" 4 kali, tiap kali scanner akan scan lagi document yg sama. stupid ler... benda basic mcm ni pun drg tak include.
jgn lupa tgk dan download gambar2 yg aku scan utk tgk sendiri perbandingan antara C59, R310 and TX400 kat flickr aku:
http://www.flickr.com/photos/sarawaklens/sets/72157617779618156/
Harap post ni dpt membantu lah sapa sapa yg tgh research nak beli Canon 145 ke Epson TX100.
[ Last edited by Paradox11 at 7-5-2009 00:27 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|