CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3545|Reply: 8

Bukit Gasing

[Copy link]
Post time 12-5-2009 04:09 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 8-2-2010 11:43

Wartakan hutan Bukit Gasing
Oleh ARDYHANSAH AMAT
[email protected]


PETALING JAYA 11 Mei
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2009 04:13 AM | Show all posts
lama giler tak p bukit gasing..
wpun dekat giler dgn umah



last time, tpt nih pot orang beromen nih..
now dah takde ye?

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 09:40 AM | Show all posts
mak PP selalu g jogging kat cni..kalu mak rajin, mak ikut kawan2 dia g jungle tracking kat dalam hutan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 02:20 PM | Show all posts
dulu sll jg jogging naik bkt gasing ni..mmg mencabar betul     





Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 03:05 PM | Show all posts
dulu sll jg jogging naik bkt gasing ni..mmg mencabar betul     http://smileys.smileycentral.com/ca ...
MeeSai Post at 31-12-2009 02:20 PM


     lawa le plak ikon2 ni, dari cari guna ikon besar gedabak duit 20sen ni..
1. :kant: vs n

2. :pompom: vs rasa no 2 ni lagi matching kalau nak guna ikon bersama..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 03:06 PM | Show all posts
     lawa le plak ikon2 ni, dari cari guna i ...
princebrunei Post at 31-12-2009 03:05 PM


Motif offtopik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2009 03:06 PM | Show all posts
     lawa le plak ikon2 ni, dari cari guna i ...
princebrunei Post at 31-12-2009 15:05



motip
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 03:11 PM | Show all posts
motip
nanie Post at 31-12-2009 03:06 PM


Ko lambat sesaat je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2010 11:43 AM | Show all posts
Bukit Gasing jadi lokasi riadah

Oleh WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY
[email protected]

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kawasan Bukit Gasing akan dibangunkan sebagai lokasi riadah khususnya kepada penduduk sekitar Pantai Dalam selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kawasan itu bakal menjadi lokasi riadah yang baru dan juga alternatif kepada penduduk Lembah Pantai yang kini terpaksa 'berjalan jauh' untuk bersenam.

Katanya, projek itu dilaksanakan selepas pihaknya menerima banyak rungutan daripada penduduk beberapa Projek Perumahan Rakyat (PPR) berhampiran yang terpaksa pergi jauh untuk melakukan kegiatan riadah.

"Saya sudah mencadangkan satu kawasan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan riadah termasuk trek joging diwujudkan memandangkan pada masa ini, tempat sebegitu yang berhampiran dengan Lembah Pantai hanya ada di Bangsar.

"Mengikut perancangan, kawasan yang sudah dikenal pasti di Bukit Gasing itu akan dibangunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama-sama dengan pihak pemaju swasta dan tapaknya yang luas dijangka mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Gempak Sihat 2010 (KGS2010) anjuran pelajar Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di PPR Kampung Limau, di sini semalam.

Turut hadir, Dekan Fakulti Perubatan UiTM, Profesor Datuk Dr. Khalid Yusoff; Ketua Koordinator Populasi Kesihatan dan Perubatan Pencegahan Fakulti Perubatan UiTM, Profesor Madya Dr. Noraini Mohd. Nor; Pengerusi Penduduk PPR Kampung Limau, Ahmad Long dan Pengarah Projek KGS2010, Mohd. Faizal Nizam Mohd. Sofi.

Semasa karnival itu, kaunter pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah dan khidmat nasihat perubatan turut disediakan kepada penduduk.

Tambah Nong Chik, kawasan Bukit Gasing dipilih selepas melihat kedudukannya yang strategik dan tidak jauh daripada Lembah Pantai.

Katanya lagi, kemudahan itu akan memudahkan masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan tersebut, selain mampu membantu mewujudkan warga kota yang sihat.

"Apabila dibangunkan kelak, ia pasti akan memberi dimensi serta semangat baru kepada warga Lembah Pantai bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat," ujarnya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Raja Nong Chik mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada kesemua pelajar perubatan UiTM yang mengambil inisiatif bagi memberi kesedaran kesihatan kepada warga PPR Kampung Limau.

"Kadangkala, apabila menetap di kawasan padat sebegini, soal kesihatan kurang diberi keutamaan dan ia menyebabkan masalah kesihatan mula menyerang selepas seseorang itu mencecah lebih 30 tahun.

"Pemerhatian saya sendiri mendapati senario masa kini menyaksikan ramai yang berusia antara 40 sehingga 50 tahun yang meninggal dunia disebabkan pelbagai penyakit sedangkan peringkat umur itu belum dikategorikan sebagai terlalu tua," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.181185 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list