CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapaksulaiman

APAKAH PANDANGAN UOLSSS KALAU NAMPAK ORANG PAKAI BAJU MELAYU DI PASARAYA?????

[Copy link]
 Author| Post time 3-6-2011 10:22 PM | Show all posts
hey tunggu! jangan pergi dulu.. sebentar! perlihat gerakmu.. tunjukkan kegilaan tarimu... :lovelines ...
freekey Post at 1-6-2011 11:58


huuu.....yeahhhh.....aaaaaa (whistle 10 harkat)

tak mungkin dia cantik sepertiku.....rasai kehangatan aku
ooo ooooooooo......soraklah ooooo.......
oooo oooooo..oooooo oooo... (whistle angsa versi ponen nobhan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2011 10:26 PM | Show all posts
btw.. sejak bila uols tukar gender eh? bukan dulu masa AF6 gender uols pompuan ke?
freekey Post at 1-6-2011 11:59


mana hada noks dgn yakeeen ai nk canang ni yg ai memang pengkid tapi berjiwa ponen voleh

jadi gender ai tak tetap ikot situasi gituh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 10:32 PM | Show all posts
Org zaman dulu klu tengok masa zaman nak menuntut kemerdekaan dia org semua ni sentiasa mengenakan p ...
zuraida8177 Post at 1-6-2011 20:47


betul tuh noks ai pun rasa baju melayu semakin terpinggir sekarang neh

therad ni dah 2 taon hokey, sadisnya sekarang nih semayang jomahat pon berapa ketol jah yg nak drag baju melayu nih

songkok pon nan hado jah, seronok hagaknya gi mesjid tonjok rambut berfesyen tuh

kat pasaraya nan hado jah haus gersang, drag baju melayu katanya urusetia majlis kot tak pon artis buat pelancaran nurkasih the movie gituh

entah ai pon pelik situasi yg berlaku neh, gomen pon diam jah tak hada pon nak martabat bagai

sekarang neh baju melayu layak diguna untuk acara rasmi jah dan perayaan, hari lain jadi perhiasan jah

kan bagos kalau hero remaja ke hapa tuh drag baju melayu, barulah taste kennnn nih sepentot segala tapi ai tetap soka jugek sundell ken
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 10:41 PM | Show all posts
i suke jerk...seksi nokssss..
adamis Post at 2-6-2011 23:46


tak seksi pon noks, kalau kain satin lagi seksa panas berpoluh bagai

jijik noks tapi kalau uols jenis yang kinki suka bau peluh segala itu adalah nikmat syorga mungkin

ai pon setuju jah kalau ponen2 designer tuh buat kelainan baju melayu nih

buat hala kebaya ke, lengan pendek kew, corak variasi tak hada la plain semata

tak moh nama cekak mosang tak vazz kurang glam gituh, patot namakan cekik vee bowat bentuk V neck

cadangan jah dari baju melayo di telan zaman ken
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 10:52 PM | Show all posts
tp harap2 jgn le pakai baju Melayu siap bersamping pergi kedai camni ye...
medangmru Post at 30-4-2011 13:45


ai pernah nampak situasi neh kat banting noks

sian heols sebeb heols hanya driver sajork, bos dia yg suruh beli noks

padahal baru sembayang jomahat nih, kluar terus beli nombor ken

tak pon horang gomen baru masyuarat bagai, bos suruh beli sebab masa mesyuarat dapat wahyu angka karipap campur jomlah pinggan bahagi kakitangan darab pegawai tolak pembantu pegawai dapatlah hasil
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 01:59 PM | Show all posts
kadang2 klau lalu kt masjid tgk org pegi semayang jumaat pkai baju melayu,nmpak hensem okeh...i pn ala2 tergode gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2011 01:42 PM | Show all posts
comel aper......

senang nak cilok kuar kalau ada masalah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 05:28 PM | Show all posts
Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adap)



1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer).. Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..

2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..

3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini..

4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan.. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’ lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya..

5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga ’.. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja..

6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘Gunting Aceh’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘Gunting Cina’..

7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana.. di luar istana pula adalah ‘optional’.. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain).. Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat.. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:

a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)

Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian..










Credit : Muhammad Farul Azri Kuala Lumpur

http://blog.farulazri.com/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.184882 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list