View: 7053|Reply: 4
|
Mencetak dgn ink ori vs. ink refill dan Epson TX400 AIO
[Copy link]
|
|
Model All-in-One Epson TX400 ni skrg tgh ada promo, RM499 tolak RM50 voucher Parkson kalau beli dari certain delaer di Lowyat. masalahnya, nak ke lowyat tu punyalah payah, jam dan parking etc. So aku beli jek kat kedai lain tanpa voucher.
Aku dah ada Epson TX100, utk tujuan lain. Ni review TX100 aku:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=417386&extra=page%3D2
Aku beli TX400 ni utk pakai kat rumah pula.
Sebab mengapa pilih model ni?
1. Ink compatible mudah didapati (dengan chip).
2. Refillable cartridge denagn auto-reset chip sudah boleh didapati.
3. Boleh print tanpa PC (ada LCD 2.5 inci)
4. Dilengkapi memory card reader yg membaca semua jenis kad yg aku ada iaitu CF, XD, SDHC, SD, memory stick dan micro SD (dengan adapter).
5. USB 2.0
6. size lebih kurang sama dgn TX100, jadi tidaklah mengambil tempat yg lebih banyak berbanding dulu.
Sebab utama ialah ink compatible dan juga refillable dengan auto-reset-chip sudah boleh dibeli dan dipakai tanpa was was.
Ini sangat penting sebab kalau nak pakai ink original, mahal worrrrr!! Contohnya, cartridge ori satu biji RM30-Rm34. Let's pakai RM32 sebagai standard.
Satu set 4 cartridge lengkap (RM128), aku dapati boleh print lebih kurang 15 keping gambar A4 atau lebih kurang 60 keping photo 4R pada "best photo" quality setting. Kalau nak gambar yg cun dan berkualiti, kena pakai kertas ori Epson. 80 sen sekeping 4R. Bermakna kos untuk mencetak sekeping photo 4R adalah mahal, iaitu hampir RM3 sekeping (RM2.93). Gila tak?
Kalau pakai kertas murah yg 20 sen sekeping (ESYINK glossy photo paper), warna tak menarik dan lambat kering dgn ink ori.
Jadi mmg tak tahan kalau nak print dgn ink ori dan kertas ori. Jalan penyelesaiaannya ialah menggunakan ink compatible yg harganya lebih kurang RM75 utk set penuh 4 warna. Ink compatible adalah daripada jenis dye dan bukan jenis pigment (water proof) jadi boleh cetak pada kertas glossy biasa (kertas Epson nampak cantik sebab dirumus khas utk ink pigment Epson). Sekiranya anda menyimpan foto cetakan di dalam album atau dibalut dengan plastik, jangan risau, warna ink compatible akan tahan sgt lama. Namun, sekiranya anda suka letak foto pada peti sejuk tanpa berbalut, ink compatible akan mula pudar dlm masa sebulan (ink ori yg aku pakai dulu akan pudar dlm masa 1 tahun kalau foto tidak berbalut).
Mari kita tgk perbandingan kos ink ori, kertas ori dengan ink compatible dan kertas foto murah.
4R Ori牋- RM2.93
4R compatible -
Kertas ESYINK foto glossy 4R 20 sen sekeping
Ink G&G - RM75 satu set penuh 4 warna
jumlah cetakan - 60 keping 4R
maka kos sekeping 4R compatible ialah RM1.45
masih mahal bukan? Tapi sekarang dah jadi separuh harga yg ori. mcm mana nak turunkan lagi kosnya? Pakai ink refillable cartridge. Nasihat aku, elakkan CISS sebab aku dah baca banyak problem dgn CISS ni dan aku sendiri dah pakai dua set CISS utk Epson lama aku dan rosak (bocor selepas beberapa bulan etc).
Refillable cartridge yg aku beli ni RM100 jek dgn ink 100ml setiap warna.
Let's standardize jumlah ink utk diisi ke dalam cartridge menjadi 13ml (sama dgn ink ori).
Maka 100ml blh isi lebih kurang 7 kali (tolak ink yg mungkin kita terbazir).
Jadi utk tujuan mudah mengira, kita ambil kos satu set refillable = RM25/7 = RM3 satu cartridge penuh.
(RM25 utk satu warna termasuk cartridge refillable) bahagi dengan 7 kali isi semula.
Jadi, 4 warna = 3.50 darab 4 = RM14 satu set warna penuh.
kos mencetak foto 4R dgn kertas glossy ESYINK 20 sen sekeping:
RM14 bahagi 60 keping =牋23 sen
tambah kos kertas, 43 sen sekeping.
Utk cetakan selanjutnya akan menjadi lebih murah sebab kita dah tak perlu beli cartridge tu dah, beli ink refill yg harga lebih kurang RM18 sebotol jek.
Jadi mmg jauh lebih murah mencetak dgn ink compatible dan refillable catridge banding dgn ink ori mahupun compatible cartridge.
Peringatan:
Sila cuba set refillable dalam printer murah dahulu, jika anda rasa sesuai dgn penggunaan anda dan puas hati barulah boleh cuba dlm printer yg lebih mahal. Contohnya, cuba dlm Espon T10 yg harga RM120 utk suatu jangka masa dulu sebelum cuba dlm Epson TX400 yg harga RM500 ni. bukan apa, takut u all terbeli refillable cap ayam china mari dan rosakkan printer kalau dia bocor.
Sekali lagi, nasihat aku ialah elakkan CISS yg ada tube dan tangki di luar printer!
Lagi satu, cartridge refillable ni biasanya direka bentuk utk penggunaan kerap. Kalau print sekali sekala je mungkin lebih baik guna yg ori atau compatible (bukan refillable) sebab takut nanti bocor bila dibiarkan idle atau duduk terbiar dlm printer.
Wokey, cukuplah ttg ink ink ni.
Epson TX400 All in One
------
Kelajuan cetakan atau printing speed
------
Printer ni lebih laju daripada TX100 aku. Jangan percaya pada apa yg ditulis apda kotak iaitu 34 ppm, itu mmg penipuan besar dan semua company printer buat mcm ni. Itu adalah untuk draft mode dan utk beberapa baris tulisan saja setiap muka cetakan. Draft mode Epson tersangat pudar dan langsung tak boleh pakai walaupun hanya utk semakan draf!
Aku dapati photo 4R BEST QUALITY mengambil masa lebih kurang 3 minit 10 saat setiap satu dari masa kita tekan -Print- kat computer. Aku ambik purata masa utk 5 keping.
Untuk quality cetakan paling tinggi, iaitu PHOTO RPM (yg akan memberi resolusi maxima), masa ini dipanjangkan menjadi lebih kurang 7 minit setiap foto 4R.
TX100 pula, 4R best quality mengambil masa lebih kurang 5 minit, dan RPM mode pulak mengambil masa lebih kurang 11 minit.
------
Kualiti cetakan foto
------
Kualiti cetakan foto BEST QUALITY memuaskan namun boleh dikesan garis halus (very light banding) yg merentasi seluruh gambar terutamanya di background. Warna ink ori sangatlah menarik dan lebih menyerupai warna asal foto berbanding dgn warna ink ori Canon IP3680 aku (Canon ni langsung tak sama dgn warna asal gambar tapi secara amnya, agak kemas dan cantik. tapi ink Canon sgt mahal dan skrg masih belum ada auto reset chip!).
Pada mode RPM pulak, detail halus akan menjadi lebih jelas dan "banding" atau garis halus tadi lesap terus. Namun begitu, akan kelihatan "dithering dots" atau titik2 halus yg lebih ketara sebab cara cetakan RPM berlainan dengan cara cetakan biasa EPSON (teknikal dah ni, sila google sendiri yek Epson RPM technology).
Kualiti cetakan tip top kalau pakai kertas Epson Premium Glossy photo paper tapi kertas ni sgt mahal.
-------
Mencetak dari memory card dan camera:
-------
Aku dah try kad CF, XD, SDHC dan juga sony memory stick 2GB. Kad aku ada 1800+ gambar dan printer ni hanya boleh mengesan 999 gambar sahaja (maximum). Tetapi kita masih boleh access gambar2 lain jika pakai PC.
Kalau mencetak foto dari kad, quality yg ada hanya "Standard" iaitu sama dgn "Best photo" kalau pakai PC. Kita blh pilih gambar yg hendak dicetak pada LCD. LCD ni ada tiga mode display iaitu thumbnails (3x3), single dan single with info. Kita blh zoom in, zoom out dan memilih bahagian gambar yg dizoom in untuk dicetak contohnya center, side, top etc.
Sekiranya kita telah set "DPOF Print order" pada camera, hanya keluarkan kad daripada kamera, masukkan ke dlm printer kad slot, printer akan mengesan DPOF order ni secara automatic.
------
Copy atau salinan
------
Berbeza dgn TX100, kita boleh pilih jumlah salinan sehingga 99 keping tanpa PC. (TX100 hanya boleh membuat satu salinan setiap kali scan tanpa PC). Jenis kertas dan juga quality cetakan boleh dipilih sebelum membuat salinan (kalau TX100, yg ada cuma standard mode).
TX400 ni juga ada kebolehan menyalin gambar2 lama 4R dua keping serentak. Dalam mode ni, kita leh pilih nak "restore color of faded photos" atau tidak sebelum mencetak. Yg aku perasan, salinan photo tidaklah sama size dgn yg original. Printer ni sentiasa akan scan dan zoom sedikit pada bahagian tengah gambar yg kita nak salin jadi apa saja yg kat tepi2 dan pinggiran gambar ori tidak akan disalin.
------
Scanning
------
Scanning ni aku belum lagi nak test sgt, kalau dah test nanti aku update.
Harap review ni bermanfaat kepada yg tgh usha printer AIO Epson ni dan harap jgn copy paste review aku ni kat mana mana yek.
sambung lagi lepas aku test scanner dia lak... ada apa apa soalan sila tanya.
[ Last edited by Paradox11 at 19-5-2009 15:50 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
scanner dah ada tu, tepek la gambar yg di print tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 bzzts's post
belum ada masa lagi, next week je aku buat part scan tu. tapi aku tak pakai refillable pada tx400 dulu, hanya pada tx100 yg murah tu. kalau long term tada masalah baru aku pakai kat tx400. |
|
|
|
|
|
|
| |
|