|
Sentral: Tanam pokok cipta sejarah
Oleh Mohd Hamizar Hamid
[email protected]
Taktik MPS Sepang tarik minat ramai sayangi alam sekitar
SEPANG: Orang ramai kini berpeluang mengabadikan kenangan ulangtahun perkahwinan dengan menanam pokok di Taman Kenangan kendalian Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) yang dijadualkan siap sebelum akhir tahun ini.
Yang Dipertuanya, Azizan Mohd Sidin, berkata orang ramai yang berminat juga boleh menanam pokok yang disediakan bersempena tarikh bermakna mereka termasuk tarikh pertunangan dan kelahiran anak.
"Selain membantu kempen menghijaukan bumi, kami yakin pemilik pokok akan sentiasa menziarahi pokok kenangan masing-masingsekali gus menyemai sifat lebih bertanggungjawab," katanya pada sidang media selepas gotong-royong sempena kempen Cintai Sungai Cintai Alam disini semalam.
Majlis anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Persatuan Pencinta Alam itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Bukit Gasing, Edward Lee Poh Lin.
Menerusi cadangannya itu, Azizan berkata, orang ramai yang berminat memiliki pokok kenangan mereka mungkin diminta mengisi dana khas dengan jumlah paling minimum bagi tujuan penyelenggaraan.
"Jenis pokok akan kita tentukan dan setiap peserta dikenakan bayaran minimum anggaran RM50 setahun bagi pembelian baja dan penyelenggaraan,"katanya sambil menambah setiap pokok akan ditandakan dengan nama pemilik, kenangan serta tarikh ditanam.
Azizan berkata, cadangan itu kini berada pada peringkat perbincangan dan besar kemungkinan dilaksanakan di Sepang Gold Coastdekat sini, jika mendapat persetujuan.
"Ini berikutan Sepang Gold Coast mempunyai kawasan yang luas, lebih-lebih lagi taman yang akan dibina perlu terletak di kawasan yang senang dikunjungi dan menjadi tarikan pelancong," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
waaaa...dekat umah aku...hehe.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|