CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: yaneng

maths dan sains dlm bhs malaysia, pendapat saya

[Copy link]
Post time 16-7-2009 10:11 AM | Show all posts
bang, kau dok cakap pasal bebudak lemah BI.  bagus, bab highlight isu, dah betul.  bab troubleshoot isu, ni yang aku pelik.  
cuba fikir secara waras, analitikal dan objektif, kalau nak perkasakan kemahiran BI bebudak, kau ajar BI kat bebudak ke tak?  
atau kau ajar Sc & Maths in BI?  
secara logiknya, tang mana boleh terer terer BI bila belajar Sc & Maths in BI sedangkan kelas BI sendiri tak mampu perkasakan kemahiran diorang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2009 10:13 AM | Show all posts
aku dulu belajar dalam bm je.  belajar bi dalam kelas bi je.  tu pun kengkadang cikgu ajar bi dalam bm jugak.
tapi aku berani jamin bi aku lagi berabuk dari ramai kat porem ni (boleh tanya la bebudak sini kalau tak percaya), malahan cikgu-cikgu bi geng puteri umno yang aku kenal kat ipoh ni lagi hancusss bi dari aku.  that's mean ke hulu, that's mean ke hilir, pung pang its me pung pang its me aje diorang tau...

dan bukan aku sorang je terer bi.  ramai lagi yang terer bi walaupun gunakan medium bm zaman sekolah dulu.  jadi aku rasakan komen diorang tu lebih bermakna dan relevan kerana mereka dah merasa semua ni.

ppsmi konon...  dah berapa tahun buat ppsmi, apsal aku tengok kualiti bi di kalangan students makin teruk?


salah students ke?
salah cikgu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 10:15 AM | Show all posts
bab graduan tak pandai bi, bukan salah orang lain.  tu salah sendiri.  zaman sekolah rendah, boleh salahkan cikgu.  zaman sekolah menengah, pun boleh salahkan cikgu.  atau salahkan sekolah dan kewangannya.  atau salahkan kewangan ibubapa yang tak seberapa.

zaman universiti dengan jadual kelas yang fleksibel dan kemudahan universiti, komputer dan bahan bacaan, memang salah graduan tu sendiri yang tak ambik peluang depan mata untuk perkasakan kemahiran diri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 11:16 AM | Show all posts
err, mmg ler masa blaja dulu semua BM

bila masuk U, semua BI

mmg amik masa nak adjust otak utk blaja BI, asik bukak kamus je dulu

tp bila kite dah meningkat dewasa, kite semakin matang utk adjust mende2 nih, cari maksud, study lebih

kesian kt budak2 la, dorang kt umah, kurang sumber ilmu, kalo yg mampu anto p tusyen tuh lain cite

cume beban nak belaja BI nih, bila kite masuk ipta nih lg mencabar, sbb semua buku rujukan dlm BI, dan masa nih la kite kene improve diri kite supaya masa keje takde ler terkial2 macam aku huhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2009 02:06 PM | Show all posts
24# dak_ker


Dak, sebagai bekas mahasiswa, apa pendapat Dak, adakah kerajaan sudah cukup beri ilmu masa di sekolah, atau adakah patut ditambah lagi "masa" utk pembelajaran BI? Akak tahu, bukan semua pelajar sekolah akan jadi mahasiswa, tapi kalau diberi peluang, apakah yang patut dilakukan, instead of teaching Science n Maths in English?

Lagi satu, macamana nak beri bakal mahasiswa paham bahawa BI ini penting, it doesn't mean kita membelakangkan Bahasa Ibunda kita, tapi demi utk masa depan sendiri sebenarnya. Ataupun tak perlu diubah minda mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 04:58 PM | Show all posts
sumer point kat sini best dgn kupasan yg berobjektif...


psl bwk kamus kat U, aku igt lg terhegeh2 aku bwk kmus tkut tak phm ms dlm kls, beli the star hari2 sbb nak membaca dlm BI walhal bc sports segmen je..haha... cuma aku nak kondem byk pun tak leh, budak2 melayu sendiri kalu nmpk kwn nak mahir BI dikeji2 plak..kt blgk la...lupa bhs ibunda la...jumud btoi la...

pd aku PPSMI kurang dari segi penyediaan n kemampuan untuk penyampaian yg lebih berkesan dari guru kpd murid2... murid2 kalu yg luo bandar tu mmg le agak kurang sikit terbukak hijab nak terima PPSMI dengan cpt n drastik..

cm yg pting suka tak suka BI bhs pting untuk memajukan Bangsa Melayu, tak plak mksud aku guna BM sj kita tak maju... kit akene terima hakikat nak meniaga dgn bangsa lain Japang, China, Brazil dll..hatta Kosovo pun kita kene ader BI.....

pemansuhan PPSMI aku taknak komen cuma alternatif utk tingkatkan credit hour BI di sekolah2 aku rasa itu langkah baik utk capai objektif PPSMI...


matlamat sama, cara berbeza ......berbaloi-baloi....


my 3 posen...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2009 02:27 PM | Show all posts
25# yaneng

Dak, sebagai bekas mahasiswa, apa pendapat Dak, adakah kerajaan sudahcukup beri ilmu masa di sekolah, atau adakah patut ditambah lagi "masa"utk pembelajaran BI?

sebenarnya, menurut pengalaman saya sebagai budak kampung yang mak pak tak reti cakap omputih, kalo kerajaan beril ilmu lebih masa pon, kalao kita tak praktikkan kat umah, tak kemana jugak pembelajaran BI tu. sebab bila melibatkan soal bahasa ni, kita kena bergaul dan bercakap bahasa tersebut dlm pergaulan seharian kitaa

Akak tahu, bukan semua pelajar sekolah akan jadimahasiswa, tapi kalau diberi peluang, apakah yang patut dilakukan,instead of teaching Science n Maths in English?

sebenarnya, Bi nih dah jadi 2nd language yang penting kat negara ni, so pada pendapat saya, org tu sendiri kena ada inisiatif sendiri untuk improve diri sendiri, sbb sedikit sebyk kerja dia pon ada jugak gunakan BI, cthnya, isi borang ke, baca arahan pada manual ke. so dia kena amik tau jugak,jgn mengharapkan usaha kerajaan semata2

Lagi satu, macamana nak beri bakal mahasiswa paham bahawa BI inipenting, it doesn't mean kita membelakangkan Bahasa Ibunda kita, tapidemi utk masa depan sendiri sebenarnya. Ataupun tak perlu diubah mindamereka?
hihihi, ini kan, no komen sebenarnya, bila kita dah terjun dunia pekerjaan baru ler memasing nak insap, dulu2 tak blaja betul2, peh tuh asik bace novel cintan cintun ommelayu je, buku omputih tak baca, paper pon baca ommelayu je, omputih tuh baca utk cari keja kosong je<<pengalaman diri sendiri wakakakaka!


Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 09:37 PM | Show all posts
hebat3....

dak_ker mmg hbt seyhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2009 02:46 PM | Show all posts
27# dak_ker


terima kasih Dak! at least ada gak reality check di sini.

Ini semua atas inisiatif masing2 dan kalau seseorang itu pandai cakap inggeris tak bermakna dia tu lupa bahasa ibunda.

Case in point: Mak saya sekolah darjah 6 ajer, Arwah Bapak mmg dulu ex MCKK tapi kat rumah kami tak cakap English pun. adik beradik semua cakap melayu je, tapi mmg kami digalakkan membaca di rumah.dan  saya suka baca buku. dan saya suka torture family saya, ie , saya bila baca buku bahasa inggeris, (buku sekolah) saya baca kuat2 supaya kakak saya tolong betulkan pronounciation. saya baca buku2 kakak saya sebab kami dulu orang susah, takde duit nak beli buku ladybird tu bagai...so, mmg sendiri kena ingatlah kan, dan keluarga saya pulak supportive, bila saya baca tu semua, dorang just betulkan, and tak gelakkan saya bila saya cakap salah. sampai sekolah menengah pulak, saya muka tak malu jugak, sebab, mula lah speaking london, walau grammar macam harammmm...hahhahaha....kakak2 senior semua tlg betulkan...

well, sebenarnya, kalau kita tak buat silap, kita tak tahu nak betulkan diri sendiri kan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 12:08 AM | Show all posts
wah hebat perbincangan kat sini. mcm nk menyampuk jugak.

realiti sains dan maths jika diajar dlm bahasa apa pun, pada akhirnya 1+1 jawapannya tetap 2, unsur air ie tetap H2O. Cuma yg penting adakah perkara yg cuba kita ajar itu difahami oleh pelajar. Medium bahasa apakah yg sesuai utk memahamkan mereka bahawa 1+1=2(adakah satu campur satu bersamaan dua, one plus one equals to two, siji telu papat limo, neng shong sam, ?)

Aku percaya jika anak2 itu hanya fasih berbahasa satu bahasa shj samada hokkien, bhs melayu, tamil, english etc mereka akan lebih cepat faham jika diajar dlm bahasa ibunda mereka. Jika di ajar dlm bahasa yg mereka kurang mahir maka kadar pemahaman akan menjadi perlahan atau kadang-kala gagal terus memahaminya.

realiti masa aku bersekolah kampung dulu, ramai anak2 melayu yg lemah dlm matematik dan sains wpn diajar dlm bahasa melayu. Apatah lg jika diajar dlm bahasa yg mereka pn lemah utk memahaminya.

tambah2 cikgu yg nak ajar maths dan science dlm BI pn lemah gak penguasaan BInya. Pernah dgr cerita cikgu ajar maths two push one (dua tolak satu) kat bebudak...entah betui ke idak ceritanye...ekek
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 12:28 AM | Show all posts
walaupun mase kat U , mmg fully lecture dalam BI
tapi sebagai mahasiswa/siswi seharusnya kita berTANYA kalau tak faham.
PPSMI nie hanya cenderung kpd pelajar bandar,
sian kat pelajar luar bandar , miskin serba kekurangan ..
kenapa kat bandar boleh pulak??
byk faktor lah .. sosio ekonomi, kemudahan, ...
kalau babitkan politik, sila ketepikan sebentar sebab nie babitkan anak2 sekolah dan pelajar!!
kalau runtuh tiang rumah , manekan dapat dibina bumbungnya
kalau runtuh tiang negara, tumbanglah negara pincanglah kerajaannya ...

* emosi jap *
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 12:34 AM | Show all posts
yg buat gerakan mansuhkan PPSMI sebab nampak sgt bahasa Melayu dipinggirkan,
udahlar nk diajar subjek kritikal;  Math dan Sains, dalam bahasa asing lak tue..
kemane lagi nak mem'bahasa'kan bangsa Malaysia nie yg byk kaum,
pergi ke pasar cina ckap cina, india ckp india , melayu ckp melayu
kalau jumpa 3 kaum , sorang2 ckp rojak dgn yg melayu2 sendiri ikut
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.089802 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list