CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: medangmru

NASI LEMAK ANTARABANGSA -MAHAL KE? SERVIS LEMBAB!!

[Copy link]
Post time 2-6-2012 11:34 PM | Show all posts
takper...Moy tak salah...yg salah tuan punya pelaris tu...tanggunglah kat sana nanti..
medangmru Post at 2-6-2012 21:31


td ptg ada g kg baru,, mola2 nk mkn gaks nasik lemak antarabangsa tue...rgok kena Q.. kensel nk mkn.. pastu g mkn soto plak... mkn sedap...tp org x ramai... xpakai pelaris gaks nya tue..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2012 11:37 PM | Show all posts
pernah berborak dgn tokey kedai mkn. katanya.. setiap kedai musti ada pelaris. samaada dr sumber yg busuk @ guna ayat2 suci al-quran..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 12:26 PM | Show all posts
Rahsia Nasi Lemak Antarabangsa


TIDAK lengkap pemburuan peminat tegar nasi lemak andai tidak pernah menikmati Nasi Lemak Antarabangsa yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Popularitinya sejak awal 1990-an tidak dapat disangkal hingga berjaya memancing pelanggan datang dari jauh malah ramai juga dari luar negara.

Namun, kepopularan warung nasi lemak daun pisang yang beroperasi dari pukul 5 petang ini tidak akan timbul andai ia tiada sesuatu yang istimewa membuatkan ia menjadi buah mulut orang.

Secara rendah diri, pengurus Nasi Lemak Antarabangsa, Roshidah Ahmad yang juga merupakan anak kepada pengasas warung tersebut, Normi Tandoh tidak mengelaskan hidangan mereka sebagai nasi lemak yang terlazat di sini.

"Nasi Lemak Antarabangsa mungkin antara yang paling popular tetapi kami tidak pernah mengakui ia terlazat kerana setiap orang ada cita-rasa yang berlainan.

"Resipi dan rasanya masih sama sejak ibu saya mula menjualnya di pejabat-pejabat pada tahun 1973 sehinggalah sekarang.

"Mungkin kelainan kami pada kuah sambal yang dimasak hari-hari. Ia dimasak lama sehingga lebih empat jam.

"Kami turut menambah ikan bilis goreng yang dikisar halus bagi melengkap rasanya," ujarnya yang kini menguruskan warung tersebut bersama-sama suaminya, Abdul Halim Jamaludin.

Antara lauk yang disediakan ialah rendang ayam, daging, hati ayam dan pedal, sambal kerang dan sotong serta ayam goreng.

Nasi Lemak Antarabangsa turut menyediakan hidangan sampingan seperti soto, nasi impit kuah kacang dan bihun goreng.

Menyingkap sejarah Nasi Lemak Antarabangsa, selepas mendapat sambutan ramai, Normi berniaga nasi lemak menggunakan kereta tolak yang bertapak di depan rumah mereka lalu membuat keputusan membina warung di situ sekitar 1980-an.

Nama nasi Lemak Antarabangsa mula meletus pada tahun 1993 apabila mereka mula beroperasi pada waktu malam dimana ketika itu nasi lemak biasanya hanya dihidangkan pada waktu pagi saja.

Menurut Abdul Halim, mereka merancang untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan dalam bentuk gerai yang akan dibuka di kompleks perniagaan atau lot-lot kedai, gerai tersebut bukan gerai biasa tetapi ia adalah kereta tolak elektronik (EPC).

"Melalui cara itu, pemilik akan mengetahui perkembangan jualan sebanyak tiga kali sehari walaupun tidak berada di gerai kerana maklumatnya boleh diperoleh melalui telefon bimbit atau e-mel.

"Selain itu, EPC juga memudahkan kita memantau gerai melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV)," ujarnya sambil menambah gerai tersebut turut akan dilengkapi kemudahan wifi.

Bernaung di bawah Shaha Resources Sdn. Bhd, pihaknya menggalakkan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) dan golongan pesara menceburi bidang yang berkonsepkan perkongsian perniagaan itu.

Ujarnya, orang ramai yang berminat boleh menghubungi pihaknya melalui emel [email protected]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.045138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list