CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6070|Reply: 18

mercu tanda baru di shah alam!!

[Copy link]
Post time 12-8-2009 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Mercu tanda baru Shah Alam

Pusat Konvensyen SACC atau SACC Convec kini menjadi satu mercu tanda baru di Shah Alam.

SHAH ALAM 11 Ogos - Satu lagi mercu tanda bandar raya Shah Alam iaitu Pusat Konvensyen SACC mula dibuka kepada orang ramai.


Pusat konvensyen yang pertama dibina di Selangor itu berkeluasan 19,417 meter persegi atau 209,000 kaki persegi dan boleh memuatkan sehingga 30,000 orang.

Mula dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada tahun 2008, pusat konvensyen berharga RM48 juta itu siap sebulan lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, ruang utama pusat konvensyen itu sahaja berkeluasan 2,192.5 meter persegi (23,600 kaki persegi) dan boleh memuatkan lebih 2,000 tempat duduk.

Beliau berkata, ia juga mempunyai empat bilik seminar di tingkat satu dan empat lagi di tingkat dua dengan saiz antara 69 hingga 133 meter persegi.

"Banyak kemudahan yang ditawarkan seperti Internet tanpa wayar atau WiFi yang pantas secara percuma, kawasan rehat di luar bangunan, kafe serta restoran.

"Selain itu, kawasan ini juga dilengkapi klinik yang beroperasi 24 jam," kata beliau pada majlis prapelancaran Pusat Konvensyen SACC di sini semalam.

Menurut beliau, lokasi pusat konvensyen itu juga sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam serta berhampiran dengan pintu masuk pusat beli-belah SACC dan laluan keluar masuk yang mudah.

Jalan keluar masuknya sangat mudah untuk ke Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP).

Jelas Othman, reka bentuk pusat konvensyen itu juga sangat menarik apabila mengetengahkan konsep kontemporari terbuka dan mengambil bunga orkid sebagai logo.

Ujarnya lagi, untuk permulaan, mereka akan mengadakan bufet berbuka puasa yang boleh memuatkan 2,000 tetamu setiap hari pada Ramadan ini.

" Pusat konvensyen ini juga akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk mengadakan Rumah Terbuka Selangor pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri nanti dan kira-kira seramai 30,000 rakyat dijangka hadir," katanya.




buka posa nanti... harus aku book kat sini... nak rasa gak camner....  hah!! bley buat majlis kawen gak ni, ekkkk....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2009 07:28 AM | Show all posts
bukan Plaza Masallam ke? mercu tanda baru gak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 08:24 AM | Show all posts
baru ke?iskk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 08:51 AM | Show all posts
makin ramai la yg kena h1n1
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 08:51 AM | Show all posts
erk....... plaza masallam baru ke........?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 09:20 AM | Show all posts
hahah !!! boley panggil mercu ke tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2009 09:30 AM | Show all posts
mercu kontot jer.........
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 09:35 AM | Show all posts
tak nampak mcm mercu pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2009 03:57 PM | Show all posts
makin terpinggir la kompleks PKNS...

tapi yg still x happening..Anggerik Mall la....sunyi je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 07:33 AM | Show all posts
ha'ah kesian dgn peniaga kt Anggerik Mall..
pelanggan boleh bilang ngan jari je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 07:38 AM | Show all posts
Plaza Masalam dah lama dah...
dulu sy keje kt area sek 9 thn 1998-2000 pun dah ada bangunan tu...
tiap2 ari jln kaki kt situ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2009 01:32 PM | Show all posts
makin terpinggir la kompleks PKNS...

tapi yg still x happening..Anggerik Mall la....sunyi je...
nazijo Post at 12-8-2009 15:57



tadak aper pun kat anggerik mall sinun..... aku lagik suka masalam ngan pkns...
lagi pun dekat ajer ngan sek 11 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 09:24 AM | Show all posts
hari tu aku makan mee kungfu kat anggerik mall, tingkat 2 dekat askalator tu...
sodap...... tak caya pegi la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 02:48 AM | Show all posts
kedai takzim (kedai kain) pun dah pindah dari anggerik mall..
takzim ni pindah kat dgn kwsp
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 02:51 AM | Show all posts
hari tu aku makan mee kungfu kat anggerik mall, tingkat 2 dekat askalator tu...
sodap...... tak caya pegi la...
naninana Post at 14-8-2009 09:24


byk kedai kt situ..yg mana satu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 11:59 AM | Show all posts
12# amazed

Plaza Masalam lain...Shah Alam Mall Lain....ramai org confuse tu...even satu banggunan tapi ramai yang ingat Plaza Masalam je...

Shah Alam Mall dah berubah..banyak bahagian kedai dah renovate.

Restoran Thai pun dah pindah ke depan...btul2 depan ngan Nyonya Kitchen...good competition.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2009 12:25 PM | Show all posts
mercu ker..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 03:16 PM | Show all posts
16# nazijo


oh dh pindah ekk.. dh lame ku tak terjah kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 04:10 PM | Show all posts
boleh la juga dianggap mercu tanda sebab lokasinya yg kat tepi jalan.. dan senang nak cari kalau ada kawan2 atau sedara mara yg tersesat kat Shah Alam...tapi gbr bawah ni...memang trademark Shah Alam kan....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.099764 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list