View: 3783|Reply: 7
|
muzium pulau besar dan muzium kapal selam di melaka!!
[Copy link]
|
|
2 lagi muzium baru di Melaka
MELAKA 20 Ogos - Kerajaan Melaka bakal memperkenalkan dua buah lagi muzium barunya di negeri ini sebagai tarikan pelancong pada masa depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dua muzium baru tersebut adalah Muzium Pulau Besar dan Muzium Kapal Selam.
Beliau memberitahu, peruntukan bagi penubuhan muzium itu disediakan melalui Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bersama Kementerian Pertahanan yang mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
''Dengan kelulusan itu, Melaka dapat menambah dua buah lagi muzium, sekali gus menjadikan 23 buah muzium di negeri ini," katanya di sini hari ini.
Katanya, kapal selam milik TLDM yang berpengkalan di Cherboug, Perancis sebelum ini digunakan oleh anggota pasukan keselamatan negara bagi tujuan latihan akan ditempatkan di Pulau Besar pada tahun depan.
Tambahnya, kapal selam jenis Augusta sepanjang 67.6 meter dan lebar 6.8 meter itu digunakan sebagai tempat latihan anak-anak kapal selam pertama negara, Scorpene atau KD Tunku Abdul Rahman.
Kapal tersebut, katanya, dijadual tiba di Selat Melaka pada 16 Disember ini dari limbungannya di Brest, Perancis.
''Kapal selam ini akan ditempatkan berhampiran Muzium Pulau Besar dan bakal menjadi muzium ke-22 di Melaka.
''Muzium ini sudah tentu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaru di negeri ini dalam bidang pelancongan," kata beliau.
Mohd. Ali memberitahu, kos pembiayaan bagi membawa pulang kapal selam berkuasa diesel itu akan dibiayai oleh Kementerian Pertahanan manakala kerajaan negeri akan menanggung kos penempatan di Pulau Besar.
Katanya, dengan kehadiran kapal selam itu, Melaka kini sebaris dengan Rusia, Jerman, India, Australia, Perancis dan Indonesia yang mengubah suai kapal selam lama sebagai muzium.
''Kita akan mengambil contoh Muzium Kapal Selam di Jakarta, Indonesia untuk dibina di sini dan saya yakin ia mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Melaka," katanya.
Tambahnya, semua kerja mengubahsuai ruang dalaman kapal selam itu mengambil masa tiga bulan dan dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya menjelang April 2010. |
|
|
|
|
|
|
|
muzium kapal selam? letak bawah laut gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pesal nak buat kat tempat lain plak.....? kalau besarkan muzium tldm kat bandar hilir tuhh tak leh ker........? kat situ pun ada ditempatkan kapal tldm...... menyusahkan org nak gi 2 tempat........ |
|
|
|
|
|
|
|
ai pernah pergi muzium kapal jer. sejarah kapal dan lautan sejak dari kerajaan melayu melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak2 muzium nak masuk kena RM lg.
kalo centralizedkan semua sekali kan senang.
bayar sekali semua bleh masuk.
hehe..
anyway kat melaka mg ada bnyk muzium. |
|
|
|
|
|
|
|
Semasa saya ke Pulau Besar baru ni, ada dengar juga cerita ni dari driver ven.Tempat nak buat muzium tu katanya bekas resort kerajaan yg telah d tutup. Betoi ka?. |
|
|
|
|
|
|
|
seronok pegi melaka sbb pegi muzium je
bleh jadi leka..sehari suntuk kat muzium je pun takpe |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat camna.. tu ler sumber pendapatan utama melaka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|