CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Bazar Ramadan @ kawasan ANDA

[Copy link]
 Author| Post time 26-8-2009 02:02 PM | Show all posts
hari nih, esok, lusa
baru nak kesempatan jenguk2 kat bazaar ramadhan neh.

tapi rasanya menu sama mcm biasa gak. tapi, blom pegi lom tahu kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2009 10:53 AM | Show all posts
Tarikan tersendiri Pau Power

SHAH ALAM 8 Sept. - Jika anda peminat kuih pau, jangan lupa singgah di bazar Ramadan Seksyen 13 di sini kerana terdapat sebuah gerai yang menyajikan pau istimewa yang dikenali dengan nama Pau Power.

Dengan menggunakan adunan tepung yang dibuat sendiri, pengusahanya, Ismail Zakaria, 47 tahun, berkata, pau jualannya mendapat sambutan menggalakkan sehingga boleh dijual sebanyak 300 biji sehari.

Menurutnya, pau jualannya diadun agak besar daripada pau biasa iaitu sebesar piring, selain mempunyai inti pelbagai perisa seperti sardin, ayam, daging serta kacang merah.

Ia juga dijual dengan harga yang berpatutan iaitu antara RM1.20 hingga RM1.80 sebiji mengikut jenis inti.

"Saya anggap bulan ini adalah bulan rezeki kerana jualan pau saya sangat menggalakkan.

"Sebelum ini, saya hanya menjalankan perniagaan di tepi rumah di Seksyen 18 di sini bagi menambah pendapatan keluarga," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di bazar Ramadan Seksyen 13 di sini, semalam.

Ismail berkata, resipi menghasilkan tepung untuk pau itu dihasilkannya sendiri hasil pembelajarannya dari empat orang tukang masak dan orang kampung.

Ujarnya, satu lagi keistimewaan pau itu ialah ia tidak akan melekat di gigi apabila dimakan selain mempunyai inti yang banyak dan rasanya yang sedap.

"Kadang kala ada pembeli yang datang pada hari pertama hanya membeli sebiji sahaja pau tetapi keesokannya datang semula membeli tiga atau empat biji lagi," katanya yang hanya dibantu oleh isterinya dan seorang pekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 11:06 AM | Show all posts
Untung ke orang jual-jual kat bazar Ramadan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 09:33 AM | Show all posts
dah pegi dah last week... aku pegi dlm pkl 4.. so tak sesak sgt dgn org. bila aku nak balik org dah mula ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:27 AM | Show all posts
taun ni bazaar kat seksyen 18 tak best langsung..

semlm terbeli air tembikai masam..:kant: sungguh aku tidak redha duit aku tu
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.880508 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list