|
> Bahaya Minyak Angin! Parents Please Read!
>
> Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau
> pesan
> kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku
> kepada anak
> saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga
> umat manusia
> seluruhnya.
>
> Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang
> kelima) 3 tahun.
>
> 17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
> 18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera
> makan kerana
> sakit tekak (bengkak)
> 19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan
> bawa dia
> berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama
> yang doktor
> tanya kepada saya serta isteri saya ialah??ada sapu apa-apa
> minyak di
> perut? bererti sebagai doktor dengan ilmu
> kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan
> minyak angin.
>
> Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa
> membuka mata,
> berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan
> alat penafasan
> oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.
>
> Keputusan pemeriksaan :
>
> Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah
> menyerap
> masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga
> mengandungi minyak
> tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran
> akibat minyak itu.
> Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke
> wad ICU dan
> dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2
> darinya adalah
> dari Jerman.
>
> Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan
> oksigen dengan
> mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan
> glukos dan
> darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan
> cecair ubat.
>
> Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir
> 7 keping
> document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan
> apa jua risiko
> tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju.
>
> AlhamdullilAllah. . Anak dapat diselamatkan akhirnya
> dengan izin Allah
> dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah
> pulih hampir 80%
> dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya
> disisi.
>
> Iklas? Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta,
> motor besar,
> kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai
> lagi.
> hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata
> sentiasa
> berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.
>
> Azah, tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol
> minyak-minyak yang
> dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke
> rumah,
> pemberian dari jiran dan sebagainya, kerana mungkin ianya
> akan membunuh
> anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi
> kandungannya.
>
> Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan
> pengajaran ini
> dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK
> seperti anak
> saya.
>
> Terima kasih
>
> Basri Abdullah
> Warehouse Coordinator
> Expeditors ( Malaysia ), Penang .
> Tel : 604-6329433, Fax : 604-6307023
> Email : basri.abdullah@ expeditors. com |
|
|
|
|
|
|
|
2# liyamariska
my pleasure! ;) |
|
|
|
|
|
|
|
tidak dilupa barangan lotion baby seperti johnson & johnson tu ada kandungan paraben...
ish....kecik2 lagi baby dah disapu paraben yg leh sebabkan canser...
STOP USING PARABEN..... ![](static/image/smiley/grapeman/24.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ni minyak angin camne ni? Kalau jenis yang dah established tu OK la....
Tapi kalau jenis beli tepi jalan tu...memang kena hati2 la.....macam cite Do Re Mi tu lawak..lawak jugak tapi kengkadang yang buat ni pakai entah apa-apa..... |
|
|
|
|
|
|
|
klulusan KKM je ? |
|
|
|
|
|
|
|
bb wipe pun ada paraben gak .. camna la kan? hurm ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|