CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5129|Reply: 18

Kembara Lang Surya: Pendeta Gua Khayalan

[Copy link]
Post time 5-9-2009 01:30 AM | Show all posts |Read mode
Hi.. Saya nak promo sikit buku baru..

Tajuk: Kembara Lang Surya: Pendeta Gua Khayalan
Penulis : Masdalifadzlie M. Saaid.
Genre: Fantasy
Penerbit: PTS

BUku ini akan keluar tidak lama lagi. Insyaallah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Penulis ini mendapat sokongan dari Ahmad Patria Abdullah (salah seorang penulis yang saya sanjungi). Penulis ini juga merupakan pemenang Cereka Sains Kebangsaan 1996 (anjuran UKM) dan 2005 (anjuran Karyanet/DBP).

Oleh itu, saya amat berharap dapat membaca karya beliau. Cover buku ini juga cantik, hasil dari pereka grafik tersohor, saudara Roshfaizal. PTS juga mmg terkenal sebagai penerbit buku-buku genre fantasi yang kini semakin mendapat tempat di kalangan pembaca dan peminat saifai (bagus, xde lah kita disuap dengan bacaan saifai import sahaja).

Penulis juga mempunyai laman blog http://inderawangsa.blogspot.com/ .... check it out!

So, lepas baca nanti, saya bagi komen, ok?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2009 01:01 PM | Show all posts
cepat cepat baca dan review sket kt sini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 07:35 AM | Show all posts
Salam..
Terkejut juga bila di'google' tajuk novel saya, sudah ada yang membuat 'promo post' di cari.com.my.. Terima kasih kerana sudi mencatitkan sesuatu tentang novel saya di sini..  Untuk makluman, novel saya telah pun siap di cetak dan kini menunggu masa bagi dipasarkan.. Insya'Allah selewat-lewatnya pada akhir Oktober, novel tersebut boleh didapati di toko-toko buku utama tanahair..

Sementara itu, jemput berkunjung di http://inderawangsa.blogspot.com bagi mengetahui perkembangan terkini novel tersebut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 09:41 PM | Show all posts
3# jundak


Wow, penulis sendiri... apa kata saudara memberikan feedback di sini. Adapun saya ini sedang dalam mode membaca karya anda. Saya turut merasakan betapa anda dipengaruhi oleh penulis yang anda  minati. Pada perenggan pertama, terasa ke"Faizal Tehrani"nya. Pada sulaman-sulaman ayat, sekarar "Ahmad Patria".

Mode : masih lagi membaca. belum menamatkan lagi bacaan kerana masalah kesihatan.

Ulasan setakat ini: Bahasa yang digunakan  segar dan beliau menggunakn teknik naratif (saya panggil, dalm hati sebagai Pak Tua) yang menceritakan legenda Lang Surya. Dan penulis juga memahami "penderitaan" pembaca dan sentiasa berharap pembaca bersabar dan terus mendengar (membaca) ia bercerita apabila timbul sesuatu situasi dan watak yang tidak kita ketahui dari mana datangnya kerana ia akan diterangkan kemudian. Bagaikan mendengar cerita. SUngguh. Terasa nyaman dengan kesabaran.

Sinopsis: err.. masih lagi di level introduction.. huhuhu.. semoga saya segera sembuh untuk menamatkan pembacaaan saya.. amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2009 05:56 PM | Show all posts
Full Review: Kembara StellaSakuragi Membaca Lang Surya (Tajuk thread sesuka ati hehehe)

Pendeta Gua Khayalan - Kembara Lang Surya

Semasa memulakan pembacaan perenggan pertama sahaja sudah terasa ke"Faizal Tehrani"annya. SUlaman bait-bait ayat yang tersusun begitu terasa ke"Ahmad Patria"annya. Tetapi, lama-lama membacanya, saudara Masdalifadzlie begitu sabar mengajak kita sama-sama menekuni trilogi pertamanya. Lama kelamaannya, kita dapat merasakan perbezaan sentuhannya berbanding yang lain. Berkat kesabaran Pak Tua (nama gelaran yang saya beri untuk narator cerita ini) menceritakan kisah pengembaraan Lang Surya, saya terpesona dan terjerumus di dalam kembaranya.

Scene yang disusun rapi memperkenalkan watak-watak utama sebelum takdir mereka bersilang dengan Lang Surya lantas menjadikan haluan mereka sama menguatkan jalan cerita ini walaupun pada awalnya bermula agak perlahan. Tetapi aku dapat merasakan ketabahan dan kesabaran Pak Tua dalam menyampaikan kisah legenda tanah airnya kepada yang sudi mendengar(membaca)nya. Sesekali di dalam penceritaannya, Pak Tua meminta maaf kerana terpaksa mengganggu seperti untuk menerangkan keadaan sesuatu wilayah di dalam Indera Wangsa. Sesekali kesungguhannya menegaskan sesuatu itu amatlah umum, hinggakan aku yang nakal ini bersangka apa sahaja.

Quote : Bab 12, Perenggan 1

Maafkan aku kerana menghentikan cerita begitu sahaja pada bab terdahulu, wahai insan. Bukan niatku bagi meninggalkanmu keseorangan tertanya-tanya akan nasib yang menimpa Lang Surya. Juga bukan atas niat mempersendakan bacaanmu tatkala keasyikan mengulit dirimu. Aku punya urusan, dan urusan itu itu tidak perlu kau ketahui. Maafkan aku sekali lagi.


Entah apa saja urusannya, hanya tuhan sahaja yang tahu.Percayalah, aku yang nakal ini mula menyangka, Pak Tua rupanya ada urusan tandas tadi ye....hehehehehe...

Aku begitu asyik membayangkan adegan perlawanan Rimau Seru. Di dalam trilogi pertama ini, kehebatan Lang Surya berlawan tidak secemerlang Rimau Seru. Lang SUrya bagaikan terkena nasib malang apabila bersua dengan Cempaka Suri. Pertama, memisahkan dia dengan keluarganya. KEdua, menyebabkannya ditangkap polis. Tetapi aku akui takdir yang malang itu mengubah arus norma hidupnya dan di atas dua musibah yang dilaluinya, dia beroleh kebaikan darinya.

Kerana 10 hari di gua pendeta, usianya bertambah 10 tahun dan ini menyebabkan tiada siapa sangka bahawa ia adalah anak Lang MErah dan perkara ini menyelamatkan dia daripada musuh-musuh ayahnya. Tetapi ibunya tidak mengaku dia adalah Lang SUrya, dan ini menjerumuskan Lang Surya dalam kembara mencari ayahnya. Disebabkan dia dikurung polis dan dibicarakan, dia bertemu dengan sahabat ayahnya yang menjadi hakim semasa perbicaraannya. Hasilnya, dia mendapat maklumat tentang bagaimana hendak menjejaki ayahnya.

Rimau Seru dan Cempaka Suri? hehehe.. kisah mereka juga menarik. Terutama Rimau Seru. Pertembungan mereka bertiga menyebabkan pengakhiran yang tergantung tetapi aku pasti akan tunggu naskhah seterusnya.

Begitu sahaja? Oh ianya lebih dari itu dan tidak perlu untuk aku tuturkan (taip) di sini. (sekarang aku rasa dah bercakap macam Pak Tua, huhuhuhu). Ketika Pak Tua mengundurkan dirinya,

Quote: Bab 19 Perenggan 2

"... . Seperti dirimu, aku juga terikat degan urusan peribadiku. Maafkan aku"

aku menjerit kerana tidak puas membacanya. Aku juga berfikiran nakal, Pak Tua cirit agaknya, huhuhuhu, asyik dengan urusan peribadi laa.. urusan-urusan... Aku terbayang bagaikan cerita 3 Abdul, di mana S. Shamsudin menjadi Pak Aji yang menjadi narator di dalam cerita itu, samalah dengan Pak Tua dalam cerita ini. Dalam serius dan lembut ayatnya, terselit jua kelucuan di sana sini.

Seumur hidup aku membaca buku cerita, tidak pernah ada penulis yang menyediakan bloopers yang berupa lawak 1 mukasurat. Setelah menamatkan cerita, penulis membuat beberapa bloopers yang berkait dengan adegan di dalam cerita ini. Lawak dan kelakar. tidak sia-sia aku membacanya. Bagaikan cleansing the soul, selepas kita dibawa ke alamnya, hanya kelucuan yang membawa kita kembali ke nyata. inipendapat aku saja lah.. hehehe.. tetapi, bloopers tu mmg kelakar. Nak bagi clue ker? kang marah lak penulis.. but, takper lah yer kan.. bayangkan kalo dalam filem2, masa dah abis, ada scene2 yang x jadik.. Haaaa.. camtulah bloopersnya.. tapi dalam bentuk cerita lah.. hahahahaha.. kelakar.. mmg kelakar..


Komen negatif.. ada 1 jer.. masa adegan kena sumpit tu.. rasa mcm x best.. ada mcm x kena.. err, tu ajer ker? yup.. it is..

saya juga suka konsep yang digunakan oleh penulis yang menggunakan teknik ala2 hikayat yang mengisahkan tentang kawasan  di dalam negerinya, bagaikan membaca naskhah lama tapi dengan bahasa yang segar dan tidak membosankan... (bahasa hikayat lama banyak ayat pasif dan menyebabkan ia agak berbelit, tetapi kisah ini tidak.)

So, kepada peminat kisah sebegini, enjoy yourself!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 02:41 AM | Show all posts
Salam keeper. saya rasa nama yang sesuai untuk narator bukan pak tua, selayaknya dia di beri nama 'Pendeta'. Bukan kah begitu? blooper yang ada dalam buku itu merupakan idea yang timbul semasa saya dan penulis sedang minum petang. kelakar kan? itu sebenarnya hendak di jadikan rujukan andai saya terpilih untuk masuk rancanngan raja lawak. say bercita-cita menjadi penulis seperti Eyman Haykal, Masdalifazlie, Suri Mawarne (mereka rakan2 saya tau?) tapi apakan daya, jadi penulis source code pon menulis juga kan?

saya dah menamatkan pembacaan buku ni pada hari kedua berada dalam genggaman. sungguh menarik! gaya penceritaan naratif seolah-olah ada orang sedang menceritakan dan kita sebagai pendengar (pembaca). walau hubungan hanya satu hala, tapi penuh dengan emosi. itu hanya pandangan. pada yang lain yang belum mendapatkan buku ini, sila cari di kedai buku berhampiran anda!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2009 09:55 PM | Show all posts
dua respon yg positif.. alhamdulillah..
harap2nya akan ada lebih byk respon di sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 09:54 AM | Show all posts
Jundak,
seperti biasa...aku sentiasa menyokong hasil kerja ko. Hehehehe!
Gaya bahasa dan naratif msh sama mcm cerpen Rahsia Bendahara.
Mestilah sama kan, dah buah tangan ko. hehehe!

Aku dah abes baca dlm masa 3 jam sahaja. Komen?
Ermm...ermm...x puas baca dan xsabar nak baca. Bak dtg la buku hikayat yg ko cetak sendiri tu. Aku jadi proof reader..hahahaha!

Apapun, tahniah la bro! Duit royalti bole buat belanja kawen! muahahahaha!

Stela,
Lama x jumpa. hutang pun blom byr lagi. hehehe!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 10:44 PM | Show all posts
Terima kasih attokz dan lain-lain atas sokongan.

Pendeta Gua Khayalan sudah berada di pasaran sejak awal November. MPH, Kinokuniya dan Popular Bookstore antara yang menjualnya. Bagi yang berada di selatan semenanjung, kedai buku Badan Cemerlang di Plaza Angsana ada menjualnya.

Setakat ini sambutan memberansangkan. Stok di MPH Alamanda (20 naskah) telah pun sold out! Mereka menanti stok Disember pula.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 07:54 PM | Show all posts
bgaimna ngan pembca2 len...ada apa2 komen psl buku nie...
aku plan nak membeli gak..tp takut keciwa lak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by attokz at 11-11-2011 03:54

Reply 10# chaoyunjie

Beli la.
Sudah ada sambungan pun. Tapi dalam bentuk ebook.
hehehehe! Duyung Pulau Kencana : Mimpi Cempaka Suri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 10:30 PM | Show all posts
Duyung Pulau Kenchana sudah ada versi cetakan. Boleh cuba dapatkan di www.gapuraloka.com. Manakala review awal tentang Duyung Pulau Kenchana boleh dibaca di sini http://khutubpingu.blogspot.com/2012/01/5-hari-3-buku.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 07:57 PM | Show all posts
rsanya nak borong time Pesta Buku tahun nie ke2-2 nya sekali
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 08:05 PM | Show all posts
Reply 14# chaoyunjie
Bro,
Duyung Pulau Kenchana cetakan limitasi oleh Jundak sendiri.
Aku tengah baca sekarang. Diserah sendiri masa kitaorang jumpa di rumah Abg Pat.

Try tanya Jundak, sama ada masih berbaki lagi ke tak. Dia cetak 100pcs je tu.
Kalau Pendeta Gua Khayalan memang masih ada. Terbitan PTS.

Tapi, bila kau beli Duyung Pulau Kenchana ~ kau rasa puas hati amat. Sangat berbaloi dengan duit yang kau laburkan.
Itu belum lagi baca tu.
Bukan sebab Jundak kawan aku, jadi promote lebih. Tapi kualiti yang ada menyebabkan dia memang layak mendapat pujian.

*Kalau kau suka Abg Pat, pasti kau suka karya Jundak!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 08:16 PM | Show all posts
Reply 15# attokz

dh pm Mr.Jundak...hrp2 ada lg copy kat dia...


dr segi ko cite...mmg buat aku tertarik...
thanks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 03:28 PM | Show all posts
Reply 16# chaoyunjie

Salam,

Masih ada lagi (hanya tinggal 8 naskah). Senaskah DPK dijual dengan harga RM35 termasuk pos. Kalau nak beli Pendeta Gua Khayalan sekali pun boleh. Saya jual PGK dengan harga RM14 senaskah termasuk pos. Boleh layari www.gapuraloka.com untuk maklumat lanjut.

*chaoyunjie* saya sudah pun balas pm saudara.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 04:43 PM | Show all posts
Reply 16# chaoyunjie

Bro,
aku dah bagitau jundak secara peribadi. Jadi harap ko jgn lepaskan peluang untuk dapatkan DPK dan PGK daripada penulis sendiri.
Boleh dapat sign lagi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 09:50 PM | Show all posts
thanks attokz..sudi menjdi orang tgh...
& thanks to mr.jundak juga...


autograph tu mmg la nak gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.097215 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list