CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ailin

[Aduan] Sikap Penyewa Rumah~PENDAPAT KORANG

[Copy link]
Post time 15-2-2016 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah nak bakor je rumah sewa kat rumah aku!! Sebab bising!! Aku dah nasihat secara halus lembut2 n sopan santun,tapi sia2 juga..
Last2 aku gi terajang laju2 atas perut yg aku dah cam sangat kaki buat bising. Pastu baru la xbising..
Tuan2 rumah yg comel yg kacak dan yg dihormati,Sila nasihat skit kat penyewa tu yee...duk rumah sewa kat kampong/tempat orang..Jangan buat bising.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
shin ada 2 umah.. 1 jenis Double Storey .. mak janda yak duduk.. dia dok sendiri.. bila xde wakpe agaknya.. mode rajin dia dtg.. mmg dia suka gardening.. umah shin dah jd mcm kebun bunga + kebun sayur.. keliling umah dia dok becucuk tanam.. lemas kalo byk sgt pokok.. payment asalnya 1hb.. tp dah beberapa bulan dia mintak bayar setiap 15hb.. x tau naper.. pasang aircond sampai 3.. all time bukak sbb dia ckp dia x suka panas.. x tau la baper bill tetiap bulan.. so far akak ni ok je.. x penah x bayar

umah ke2 umah flat.. wat hostel utk 1 company ni.. bayaran bulanan ok je.. tp maintenance x ok.. kalo rosak apa apa dorang xmo betulkan.. dlm pejanjian.. kalo dah wat hostel.. company tu kena uruskan maintenance.. bila meeting.. shin timbulkan pasal benda ni.. HR tu wat muka.. pastu dan dan ckp x nk sambung contract guna umah shin tu.. but till now company tu still bayar la..

kalo ada jodoh tetiba shin kawen nnt.. x tau la nk duduk mana hahaha.. takkan nk suruh org yak menyewa tu keluar.. hmmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2020 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
oni313 replied at 15-6-2013 06:01 AM
tetibe naik plak benang ni, teringin nak tahu kesudahan citer alin,

sesudah 3 tahun, apa endi ...

Haha ade lagi ekk bengang ni.. Sorry tak tertengok forum cari ni... Dorg dh pindah x tau pi mane
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 03:07 PM | Show all posts
Cerita tentang penyewa ni memang kadang2 tak terlampau dek akal..

Member aku baru menyuarakan rasa sedih sebab rumah sewa dia hancur kat tangan Penyewa. Dia tanya macam mana nak take legal action against the Tenat.

Al-kisah, mula-mula nak sewa bukan main tunjuk muka sedih sebab nak report duty dan bawa anak isteri tinggal sekali. Susah cari rumah sewa dengan harga ikut kemampuan bla bla bla..

Beberapa bulan bayar sewa cantik, masuk tahun kedua start kena mintak baru bayar. Belum lagi complaint rosak sana-sini. Gigih la datang betulkan dengan niat supaya Penyewa selesa.

Masuk tahun ketiga, duit sewa tak masuk. Text tak balas, call x jawab. Dia pergi laa jenguk rumah terus terduduk sebab tombol rumah rosak, rumah tak berkunci, Penyewa cabut lari ditinggalkan segala macam sampah, toilet bowl & sinki pecah. Dia kata rumah dia rosak 80%..

Tak sangka ada juga Penyewa perangai macam monyet.. Manalah sifat kemanusiaan yang ditunjukkan sifat kebinatangan ..   
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak dulu sewakan rumah. Tiap2 bulan gi ziarah tenant sebab tenant tu pun kawan. Xde masalah bayar ke apa. Semua dia jaga. Lepas setahun dia minta nak belu rumah tu sebab kami dah pindah negeri lain. So, ok. Rupanya husband akak jual harga up 10K je dari harga asal.. Tp semua urusan ex tenant tu yg uruskan. Akak geram juga. Tahun seterusnya suami dapat bonus dan bagi akak 10K sebab katanya utk akak sebab marah kejap je pasal harga jualan. Dan kami masih lagi baik mcm dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami pernah menyewa dua kali. Benda yg kami buat tiap bulan ialah:
1. Sebaik gaji keluar, terus gi hantar duit kat tuan rumah. Kalau suami akak kerja dan tuan rumah kebetulan ada urusan dekat rumah sewaan dia, akak minta dia singgah ambil duit sewa.

2. Kami jaga rumah tu mcm rumah kami sebab tu macamanapun tetap hak orang. Kita menyewa sahaja so kena la jaga elok2. Mcm kita pinjam barang orang, kena ada rasa tanggungjawab kat barang tu. Kami masuk x de complaint walau rumah x bersih. Kami keluar siap cuci rumah dan pastikantakde kesan minyak atau kesan karat ke apa. Kalau sendiri rasa sakit mata tengok dinding, kitorng catkan dulu.

3. Apa2 yg rosak, kalau setakat mentol, tombol pintu atau sinki toilet sumbat tu semua, kitorng baiki sendiri. Just inform kepada tuan rumah saja supaya dia alert aje. Kalau besar, baru kami bincang dgn tuan rumah. Pernah longkang pecah belakang pecah sebab ada mangga tepi tu. Tuan rumah datang dan bawa org utk baiki longkang tu dan tebang pokok sekali tarik akar..

4. Kami nak keluar dari rumah, bagi notis kat tuan rumah ikut perjanjian awal. Dua2 kali keluar sebab nak masuk rumah sendiri. So notify la dulu. Then lepas kitorng keluar, dia datang tgk rumah dan dua2 tuan rumah hanya tolak deposit air dan api je. Tu oun ada lebih. So dpt la balik dua bulan deposit dan baki dari bil bulan tu.

Skrg ni pun kami menyewa. Rumah sendiri jauh di Pahang. Rumah di sini belum jumpa yg kena dgn benchmark rumah di Kuantan dan harga mak datuk!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2020 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah sewa ketiga ni kami masih amalkan benda yg sama. Masuk rumah ni selepas ditinggalkan tanpa penyewa selam 3 tahun sebab tuan rumah serik dgn penyewa lama tu. Tp abang angkat dia yg bawa kami tengok rumah cakap kami ok. Cuma dia perlukan masa utk nak bersihkan rumah dan cat. Tapi sebab kami urgently nak masuk, kami kata x apa. Biar kami uruskan hal tu sebab akak dan anak2 masih dok Pahang sementara suami je pindah Johor dulu. So suami la yg kena cuci semua sorang2. Cat sampai tergolek tangga. Kebetulan kami pun baru selesai renovate rumah sendiri so cat tu banyak lebih.

Lantai memang hitam. Suami cuci tiga kali baru cantik lantainya. Malam2 suami bacakan Yaasiin dan siap pagar rumah semua.

Perjanjian kami, 2 bulan deposit serta 400 deposit api dan air. Stamping kami bayar x sampai 200. Tapi hardcopy perjanjian x pernah tuan rumah serahkan.

Cuma nak tebuk satu lubang utk satu frame gambar pun kami minta izin tuan rumah.

Upgrade plugs dan tambah plug pun kami inform tuan rumah.

Lampu kekejap mati, kami inform tuan rumah dan buat wiring balik. Yg tu dia sendiri kata tolak dari sewa.

Masa start MCO dia WA tanya samada pendapatan terjejas atau tidak. Kalau ya, dia akan tolak sikit utk sepjg MCO ni. Terang2 kami inform, Alhamdulillah kilang suami essential so gaji dapat penuh.

Baru ni kami ganti pipe dapur dari yg asal developer bagi hat murah kpd yg RM250 punya. Suami kata x yah inform. Penat je inform sebab kita yg nak guna. Yg lama tu ada leakage.

Siling garage ada leakage air dari pipe laluan bilik mandi. Dan siling kapur garage tu dah runtuh. Tu memang masalah semua rumah deret akak ni. Kami inform kat tuan rumah. Dia kata baiki dan tolak je sewa rumah. Akak informed, banyak jugak tu kosnya. Nnt ganggu bayaran rumah kat bank pulak. Dia kata x apa. Tp akak minta dia hantar abang angkat dia dan uruskan dgn tukang aje dan deal harga terus sebab akak x nak esok lusa jadi isu. Dia kata x apa. Bila2 baiki, inform dia dan emailkan bil aje mcm biasa kalau ada kerosakan yg besar. Kami still hold lagi pembaikan tu.

Bil air dan api akak memang bayar lebih setiap bulan sebab kalau apa2 hal, senang bagi akak dan bagi pihak dia juga. Cukai pintu majlis perbandaran kami bayarkan dan tolak dari sewa.

Dia offer utk jual rumah kat kami pada bawah harga market. Memang bawah sangat! Akak masih berfikir lagi sebab rumah ni intermediate. Akak suka rumah tepi. Dan nak rumah ada 5 bilik yg selesa utk letak katil queen, almari dan selesa nak solat. Rumah ni bilik kecil bila dah letak katil queen dan almari. Dan dapur pun biasa je size ya. Akak ni suka dapur besar sebab banyak habiskan masa kat dapur. Rumah kami di Kuantan tu dapurnya empat kali ganda lusnya dan bilik ada 6. Hall dan foyer pun sangat selesa bila buat kenduri atau gathering family besar kami. Tp suami akak tgh nak lembutkan hati akak lgi.

Conclusion dia, tuan rumah dan penyewa kena hormati hak masing2 dan jaga hak masing2. Ikut perjanjian yg dah kita persetujui dari awal sebab itu adalah perjanjian. Bukan benda kecil dalam agama kita, x kira apapun agama kita tu. Kita jaga hal orang, orang oun akan jaga hak kita.

Gitu le kisah akak sebagai penyewa.

Btw, tuan rumah dan kami x pernah lagi bertemu muka sejak mula menyewa 6 tahun lepas! Dan abang angkat dia pun x pernah jengah rumah. Kami jemput dia ke majlis kahwin anak 4 tahun lepas tapi dia x dpt hadir pulak.. Akak yg frust! Bukan apa.. Nak ucap terima kasih kat dia sebab dia percaya kat kami.

Kelebihan rumah ni, terletak di depan taman permainan dan kawasan jogging serta agak lapang. Jalan depan rumah oun consider lebar juga. Sebesar khemah Arabian tu dan ada lagi ruang utk laluan motosikal.  Surau, sekolah2, masjid, pasar awal, public library, mall & lain2 tu dekat sangat. Mudah bagi akak dan anak2.

Mudah2an tuan2 rumah dalam ni dapat penyewa yg bertimbang rasa dna berpegang pada perjanjian.

pengalaman2 tuan2 rumah dlm ni juga yg buatkan akak x sewakan rumah di Pahang kat sesiapa.. Jiran tetangga je sewa ikut hari kalau ada majlis kenduri kahwin atau apa. Selain tu masjid atau Krt bebas menggunakan rumah akak utk tujuan mesyuarat atau nak buat usrah dan kelas agama. Dan ada jiran yg willingny nak jaga rumah tu. Dia jenguk2 dan bila free dia cuci cadar bagai. Kami x pernah minta dia buat macam tu tapi dia kata sebab kami dah mcm keluarga. Dia buat apa yg dia mampu. So, akak akan bank-inkan  dia saguhati dua tiga bulan sekali. Dan jiran setaman pun rajin jugak tengok2 rumah kami. Kalau ada benda yg pelik, macam ada motor parked tepi rumah, akan ada yg call dan inform kami melalui WA atau call terus. Diaorg akan report kat pengawal dan sama2 diaorg check kalau ada kemasukan ke apa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.080466 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list