|
salam semua..
sye nak tanya la kalau2 ade yang tau mane nak cari buku2 tentang Ibnu Battuta dalam bahasa melayu.
kalau dalam english banyak jumpe..
klau ade dalam bentuk e-book lagi ok...
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Nice nick... |
|
|
|
|
|
|
|
Meh nak cari... |
|
|
|
|
|
|
|
The result is
I didn't find any...
Sorry... |
|
|
|
|
|
|
|
ada bahasa melayu buku ni..aku beli kat mph kaler coklat..tebal giler...hard cover. tapi kertasnya nipis sangat so kena berhati2 la...
lagi 1...ngantuk oo baca..aku tak khatam pon sampai skrg.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada dalam BM terbitan IKIM harga dalam 250 kulit keras
menjad Post at 19-11-2009 12:03
mane eh nak cari?
ade order on9 tak? |
|
|
|
|
|
|
|
5# menjad
syed nurul aqla penterjemahnya kan? |
|
|
|
|
|
|
|
sorry, aku ada english version huhuhhu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by arisa_imamura at 11-2-2010 16:24
10# gegulagetah
dalam buku ni, ada tak catatan ibn battuta travel sampai ke kelantan? sebab ai penah baca dlm sejarah yg dia ada berjumpa dgn cik siti wan kembang.. |
|
|
|
|
|
|
|
11# arisa_imamura
Dalam perjalanan IB ke Southeast Asia, dia singgah di Samudra di pulau Sumutrah (Sumatera). Dia jumpa dengan orang Al Juwah (Mungkin Jawa) dan lepas tu teruskan perjalanan ke China. Dalam perjalanan tu dia ada singgah beberapa tempat termasuk Brunei.
Dalam catatan, IB ada kata dia jumpa dengan seorang puteri raja. Tapi, dia tak tulis nama puteri itu, jadi tak tahulah samada puteri yang dimaksudkan tu Che Siti Wan Kembang. Tapi, dia cakaplah puteri tu pandai bahasa Turki dan sangatlah bijaksana. Dia tanya IB datang dari mana, IB kata India. Puteri jawab 'tanah yang kaya dengan lada? (peppers). IB jawab ya. Puteri kata dia nak takluk tanah India, IB jawab 'silalah'. Puteri bagi sepersalinan pakaian pada IB (ini memang kebiasaan kesultanan melayu kan?). Nakhoda kapal IB bagitau yang puteri ini bukan setakat bijaksana tapi memang hebat dalam peperangan. Batalion dia bukan setakat lelaki, perempuan pun ada. Tak pernah menyerah kalah walaupun ada dalam satu peperangan, mereka hampir gagal, tapi puteri ni teruskan jugak sampai dia dapat bunuh raja (musuh dia) dengan senjata dia sendiri. Ada gak anak raja yg nak kawen dengan dia tapi puteri tu kata dia cuma akan kawen dengan lelaki yg dapat kalahkan dia.. so tak de lelaki yang berani huhuhuhu
Itulah antara perenggan yg IB tulis pasal puteri misteri ini. Tak tahulah samada ini kisah Che Siti Wan Kembang atau tidak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by arisa_imamura at 15-2-2010 01:30
12# gegulagetah
tima kasih sbb susah payah bagi summary yg detail..maybe itu adalah cik siti wan kembang..wajib beli buku ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf saya terlepas pandang
IB ada sebut nama puteri ini Urduja di negeri Kailukari
Susah juga nak pastikan samada IB masuk ke Semenanjung ke tidak. Saya baca dia balik dari pengembaraan tu dia terus ke Cordoba dan waktu itu sekitar tahun 1350. Melaka dibuka pada tahun 1400 kan? Che Siti Wan Kembang memerintah tahun berapa ye? Sejarah saya memang out. Dia meninggal 1368/9
Apa yang pasti catatan perjalanan beliau membantu untuk perjalanan haji ke Makkah. Lagi satu perkara yang menarik. Malaga di Selatan Sepanyol (Andalusia) sebenarnya dikenali sebagai Maalaqa.
Untuk berkongsi bersama
Nama IB sebenar adalah :
Shams al-Din Abu Abdallah Muhammad ibn Abdallah ibn Muhammad ibn Ibrahim Ibn Battutah al-Lawati al_Tanji |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# gegulagetah
kalau malaaqa tu kemungkinan besar diberi nama oleh orang arab..yg bermaksud 'pasar'...sama la mcm melaka..tp ini teori saya saja..tak tau betul atau tak..wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu..cik wan kembang yg diketahui ramai yg bela kijang tu hidup sekitar abad ke-17..sedangkan dlm buku ibn battuta tu diorg berjumpa sekitar abad ke-14..kat bod sejarah, ada forumer nyatakan yg kedua2 cik wan kembang ni adalah dua manusia yg berbeza.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# arisa_imamura
Rasanya la mungkin dua manusia yang berbeza. Sayang kalau sejarah kita tak digali dengan betul.
Pasal Maalaqa tu ada yang kata 'pasar' atau juga 'port' (pelabuhan). Teori saya pun sama yang Melaka mungkin synonym dengan Maalaqa sebab pedagang Arab kenal Asia Tenggara kerana mereka berdagang hingga ke China. Maalaqa di Andalus merupakan sebuah pelabuhan sama juga dengan Melaka yang juga sebuah pelabuhan. Orang berdagang biasanya akan bawa nama tempat lama mereka ke tempat baru. Contoh York di UK jadi New York di USA, England -> New England. Perth UK -> Perth Australia etc.
Lagi satu kerajaan Pasai bermula beratus-ratus tahun sebelum Melaka. Kenapa? Sedangkan Pasai dengan Melaka itu tak jauh. Susah nak terima kisah mitos Parameswara yang kerajaan Melaka bermula sekitar tahun 1400. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|