CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: PerKasa

Ada Berapa Peragut 1+1=2 atau 1+1=3

[Copy link]
 Author| Post time 2-12-2009 10:07 PM | Show all posts
Peragut maut dibelasah
Oleh Rosliza Mohamed
[email protected]Suspek dipukul penduduk kampung, sebelum dihantar ke hospital

KOTA BHARU: Selepas bertarung nyawa kira-kira dua jam akibat dibelasah penduduk kampung kerana meragut, seorang lelaki akhirnya menemui ajal, ketika sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), dekat sini, malam kelmarin.

Suspek berusia 30 tahun, dari Tumpat, mengalami patah tangan dan cedera di badan, meninggal dunia kira-kira jam 7.45 malam.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum kejadian, suspek bersama rakannya, cuba meragut rantai leher seorang kanak-kanak di Kampung Belimbing, Pendek, Kedai Mulong, dekat sini, kira-kira jam 5.15 petang kelmarin.

Katanya, rakan mangsa, yang berusia 28 tahun, juga cedera parah akibat dipukul penduduk kampung dan menerima rawatan di hospital sama bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil.

"Dalam kejadian petang kelmarin, dua peragut berjaya ditangkap penduduk kampung ketika cuba meragut rantai leher seorang kanak-kanak yang sedang bermain di halaman rumahnya.
"Seorang daripada peragut ditangkap oleh bapa kanak-kanak itu manakala rakannya ditahan oleh penduduk kampung ketika cuba melarikan diri.

"Sebaik ditahan, kedua-dua suspek dibelasah penduduk kampung sebelum dikejarkan ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat cedera di badan," katanya, semalam.

Abdul Rahim berkata, polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu yang menyebabkan seorang daripada suspek terbabit meninggal dunia.

Katanya, mayat suspek sudah diserahkan kepada keluarganya dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum sampai mati.
"Sepanjang tahun ini, kes ini adalah yang pertama membabitkan seorang peragut maut selepas dipukul oleh orang ramai," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak di luar batasan ketika menangkap suspek yang terbabit dengan kejadian jenayah.

"Saya meminta orang ramai supaya terus menghubungi polis apabila berjaya menangkap penjenayah dan jangan bertindak di luar batasan sehingga menyebaban kematian. Serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2009 10:16 PM | Show all posts
14# katakpuruz

Dua peragut dibelasah terukOleh AZRAN FITRI RAHIM
[email protected]


Salah seorang daripada dua peragut yang berj ...
PerKasa Post at 30-11-2009 14:50

maksud si pembuka topik ni, berapa orang peragut?
1 + 1 = 2 , dua-dua peragut ni dah kena cekup dan dibelasah lalu dibogelkan(salah seorang)
1 + 1 = 3 , ada seorang lagi peragut merangkap 'pelari baton' yang dah bawak lari barang kemas ke kampung lain??!! yang ni aku rasa peragut yang sama, naik LC. dia terlepas(pembonceng) tapi kena tangkap dengan penduduk kampung sebelah...kot?!

Ya Betul tu
tujuan ialah nak tau berapa peragut?
sbb wartawan tulis dua kena tangkap
tapi ada saorang  lari ke Kg lain.

adakah ia bermakna tiga peragut?

tu yg aku konfius.

wbmpun jwpan nya ialah 2 peragut je.
satu mati katak.

saorang lagi cederaparah katak.
1+1= 2 peragut.

sesiapa yg tulis 3 peragut =Failed dan kena ambek Exam lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 10:44 PM | Show all posts
tp lg kesian mangsa ragut yg koma, ada yg mengandung kene seret..takkan nak kesian kat peragut?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 03:48 PM | Show all posts
mek x sampai hati nak pukul sepak terajang orang neh :cry::cry::cry::cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 09:17 AM | Show all posts
1# PerKasa

2 la.. kan ada statement sementara itu.. hehehe.. cerita berbelit.. yang perenggan 2 terakhir tu diceritakan semula oleh bapa mangsa..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.314164 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list