View: 83984|Reply: 2
|
◎Peraturan CARI Forum◎
[Copy link]
|
|
Peraturan CARI Forum:
●1)Tidak dibenarkan menghebah iklan di forum:
Demi menjaga forum, ahli forum tidak dibenarkan membuka thread yang mengiklankan sesuatu perniagaan atau meletakkan LINK di dalam thread tidak kira secara langsung atau tidak langsung.
Ini termasuk tidak dibenar meletak Link forum yang lain atau blog yang berunsur perniagaan diforum ini.
Perkara yang mengenai jual beli juga tidak dibernarkan kecuali di Board yang diizinkan, sebarang pengiklanan atau jual beli sila ke Board CARI Classifieds atau Board Jual Beli.
Jika ahli ingin membuat iklan yang lebih berkesan, sila ke link http://banner.cari.com.my/untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Walau bagaimanapun, mengiklan sesuatu perniagaan atau pemberitahuan sesuatu produk melalui PM atau signature juga tidak di benarkan. Jika ahli menerima PM yang berunsur iklan atau sesuatu perniagaan, sila PRINT SCREEN dan PM kepada admin atau super moderator. Ahli sebegini akan dikena tindakan atau terus menjadi Banhammer.
●2)Tidak dibenarkan membuat aduan atau melepaskan perasaan ketidak puas hati anda di forum:
Sedia dimaklumkan, ramai ahli suka melepaskan ketidak puas hati mereka di forum, tidak kira tidak puas hati dengan perkhidmatan sesebuah organisasi, kedai atau terhadap seseorang. Mereka semata-mata untuk melepaskan geram, tanpa menghiraukan keadaan ini akan mengugatkan keadaan forum di mana forum ini mungkin perlu menghadapi pendakwaan satu hari nanti.
Kita sedia dimaklum,seseorang ahli forum ingin melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu organisasi atau seseorang di thread, jika pihak berkenaan ternampak therad ini, mereka akan mengeluarkan surat kedakwaan kepada forum ini. Akhirnya ahli berkenaan juga akan dikenakan tindakan yang tidak dapat didugakan.
Perkara di atas akan menyebabkan forum menghadapi masalah yang tidak dapat didugakan.
●3)Avatar:
Ahli forum tidak dibenarkan meletak gambar bogel, iklan, tidak senonoh atau gambar yang boleh mengugut ketenteraman publik sebagai avatar. Jika pihak kami mendapati ahli meletak gambar sebegini, jika arahan sudah diberi, tetapi ahli masih enggan mematuhi, admin berhak menukar avatar tersebut tanpa pemberitahuan.
●4)Signature:
Signature tidak dibenarkan untuk membuat iklan sesuatu perkidmatan atau produk, malahan juga tidak boleh meletak link forum yang lain.
Ini disebabkan kebanyakan ahli forum suka menggunakan kemudahan signature untuk meletakan Link website lain, semata-mata untuk mengiklan sesuatu produk/ perkidmatan.
Walau bagaimanapun, ahli forum juga tidak dibenarkan memaki seseorang,persatuan, parti dan sebagainya melalui kemudahan ini.
Blog atau facebook yang tidak berunsur ikan atau sesuatu perniagaan adalah digalakkan.
●5)Puak/ kelompok tidak dibenarkan:
Puak atau kelompok yang boleh mendatangkan masalah kepada forum tidak dibenarkan. Jika ahli forum ternampak keadaan sebegini boleh lapor kepada moderator, super moderator atau admin untuk tindakan lanjut.
●6)Thread yang sama tidak dibenar buka di merata board:
Pihak kami mendapati banyak ahli forum suka membuka thread yang sama di banyak board, semata-mata agar ramai ahli nampak informasi yang mereka ingin sampaikan. Keadaan sebegini kebanyakan mengenai pengiklan sesuatu perkidmatan/ produk dan fitnah terhadap seseorang.
Dengan ini ahli forum tidak boleh membuka thread yang sama di banyak board. Jika ternampak kedaan sebegini, kesemua thread akan padam tanpa diberitahu. Jika ahli yang sama berulang kali melakukan kesalahan yang sama, serta engan mematuhui peraturan ini akan dikenakan tindakan berat.
Akan tetapi, thread yang mengenai perkara yang penting atau cemas boleh dikecualikan, tetapi harus mengikut keadaan. Seelok-eloknya ahli seharusnya minta keizinan daripada admin atau super moderator terlebih dahulu.
Harap moderator ternampak ahli membuka thread yang menglanggar peraturan ini, sila periksa sama ada ahli berkenaan juga buka thread yang sama dimerata board, jika ya, sila lapor kepada admin atau super moderator untuk padamkan thread tersebut.
●7)Kata-kata yang boleh merosak hubungan kaum, lucah, mencarut dan ugutan adalah diharamkan:
Sebarang kata-kata di atas adalah tidak dibenarkan sama sekali, jika terlibat dengan perkara diatas, kemungkinan ahli berkenaan akan dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan lanjut jika melibatkan kepada kes serius. Jika ahli terbukti salah, ID ahli tersebut akan terus menjadi Banhammer.
●8)Fitnah, maki, serangan peribadi, mengungkit perkara sensitif dan berbahasa kasar juga tidak dibenarkan:
Bagi mengawasi forum sentiasa dalam suasana yang mesra tanpa kacau-bilau, perkara seperti di atas tidak dibenarkan timbul di forum ini. Jika ahli forum terlibat kesalahan diatas, pihak admin, moderator atau super moderator akan mengambil tindakan berat ke atas ahli berkenaan. Jika kesalahan berat, ID ahli tersebut akan menjadi Bamhammer.
●9)Menghebah maklumat peribadi atau mengubah gambar orang lain adalah diharamkan:
Maklumat seperti nombor telefon, alamat, nombor IC, maklumat lain atau mengubah gambar orang lain ATAU gambar ahli forum adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk menghebah gambar peribadi orang popular atau politik atau sebaliknya yang boleh mencacatkan nama baik mereka juga tidak dibenarkan. ID ahli yang melakukan kesalahan ini akan menjadi Bamhammer.
●10)Private Message (PM):
Ahli forum yang menggunakan PM untuk pengiklanan, memaki, menfinah, menghebah maklumat peribadi orang lain,kata-kata lucah/ kasar juga adalah satu kesalahan. Jika ahli terima PM sebegini, sila PRINT SCREEN dan hantar kepada super moderator atau admin.
●11)Thread bunuh diri:
Thread bunuh diri, mengajak ahli bunuh diri atau perbincangan mengenai bunuh diri tidak dibenarkan.
●12)SPAM:
Ahli yang membuat SPAM semasa berforum atau membalas thread dengan ICON sahaja adalah satu kesalahan. Ahli yang terlibat dengan kesalahan ini akan dikenakan tindakan. Moderator berhak padam thread berkenaan. jika ahli masih mengulangi kesalahan tersebut, moderator berhak menolak kredit ahli berkenaan.
Moderator berkuasa untuk menilai dan membuat keputusan akhir sama ada ahli tersebut melakukan SPAM atau tidak.
●13)Mengutip derma atau menyeru ahli menderma adalah diharamkan:
Bagi mengelakkan masalah yang tidak elok berlaku, forum ini tidak membenarkan ahli mengutip derma atau menyeru ahli menderma untuk sesuatu persatuan kebajikan atau untuk seseorang. Ini kerana kita susah hendak mengenal pasti sama ada persatuan kebajikan yang dikatakan oleh ahli tersebut adalah benar-benar wujud atau tidak. Pihak kami tidak mahu sebarang penipuan berlaku di forum ini.
Ini bermakna ahli juga tidak dibenarkan meninggalkan nombor akuan bank di forum ini.
●14)Bahasa:
Kalau boleh Ahli forum digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahami semasa berinteraksi di forum ini.
Selain Peraturan CARI Forum di atas, setiapboard juga terdapat peraturan tambahan mengikut board masing-masing, tetapi peraturan board tidak akan bercanggah dengan peraturan CARI Forum ini. Ahli forum diminta memberi kerjasama, dan mematuhi Peraturan CARI Forum atau PeraturanBoard.
Selain itu, jika moderator, super moderator atau admin memberi nasihat atas kesalahan yang dilakukan oleh ahli, harap ahli berkenaan mamatuhi. Jika tidak pihak kami akan mengambil tindakan seterusnya.
Jika ahli forum mempunyai cadangan sila nyatakan di sini.
Walau bagaimanapun admin atau super moderator berhak mengubah peraturan CARI Forum atau peraturan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian, tanpa pemberitahuan.
Last Edit Date: 14 DIS 2009
|
|
|
|
|
|
|
|
IMPORTANT!!!
FREEDOM TOSPEAK & THE RESPONSIBILITYTHE FREEDOM TO SPEAK COMES WITH A RESPONSIBILITY; youare responsible for what you say!
The freedom to speak is NOT TO BE ABUSED; youmust not use it to harass or defame
others,or to spread any untruths.
If you use this forum for the wrong purpose and the person files a policereport, CARI
CANNOT AND WILL NOT PROTECT YOU.
If required by the law and the authorities, YOURINFORMATION WILL BE SENT TO
THE AUTHORITIES.Please USETHIS FORUM WISELY. Thank you.
Important Notice:
The views and opinions expressed on the forum or the related pagesare of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsiblefor them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI doesnot, and can not censor any submission, but asks that each user use discretionand respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful,harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar,obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially,ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withholdand/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or groupridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reservesthe right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriatein any way. |
|
|
|
|
|
|
|
Rule of The Media Files Link "Please Read"
Dear All Forumers,
Recently there are many questions regarding the music and movie
link in this forum.
The following are the few impotents notes, that we would like to
announce to all forumers to ensure that none of the forumers will
be liable for the infringement of the copyright of those music or
video owners.
1) We do not allow any download or upload of music or movie files
in this forum. No music, movie or other media files are allows to
upload or download in this forum or any of CARI servers.
2) It is our responsibility to ensure this forum do not infringe anyone
copyright. However, music, movie and any other media files that
are reside or host in other servers on the internet, are beyond
our responsibility.
3) Due to the volume of posting on this forum. We can not monitor this
forum on the hourly or even daily basis. It is impossible for CARI to
stop any posting of music and movie links in this forum, However we
will take actions to remove the links and other illegal media files
sharing info when we received complaints from anyone or any
party involved.
4) Any links in this forum to any media files in other servers are not
encouraged. We strongly advise all forumers to avoid posting such
links because you may be responsible for infringing others people
copyright. If you see any infringements of copyright by the forumers,
please inform us immediately. We will remove those links upon receiving
of those complaints.
Hope we have makes this clear.
Best regards,
Admin
|
|
|
|
|
|
|
| |
|