CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11880|Reply: 3

Bahaya penyakit kuku dan mulut

[Copy link]
Post time 29-12-2009 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak dijangkiti wabak setiap dua jam

SETIAP dua jam, kanak-kanak di Malaysia dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Tahun lalu saja, sebanyak 155,664 kes dilaporkan. Walaupun HFMD masih dianggap sebagai endemik (lebih ketara di kalangan golongan tertentu mengikut geografi, kumpulan, tempat tinggal, daerah ataupun kawasan) dan belum mencapai tahap wabak, jumlah kanak-kanak yang dijangkiti penyakit itu di Sarawak amat mencemaskan.

Antara 15 April dan 30 Jun 1997 di Sarawak, 31 bayi dan kanak-kanak kecil yang sebelum itu sihat meninggal dunia selepas menghidap demam selama beberapa hari dan ujian mendapati kematian berpunca daripada penularan HFMD di negeri itu.



Sibu antara daerah yang terjejas teruk ketika penularan wabak itu dengan sebanyak 11 kematian dilaporkan di sana, diikuti Sarikei dengan tujuh kes kematian.

Pada 2006, kes-kes yang dilaporkan di Sibu setiap minggu sangat membimbangkan. Bermula dengan ketiadaan kes yang dilaporkan pada minggu pertama, tiga kes dilaporkan pada minggu kedua dan 10 kes dilaporkan pada minggu ketiga. Penularan ini semakin berleluasa apabila jumlah kes melonjak naik kepada 57 kes pada minggu keempat. Pada 2 Mac 2006 pula, empat kematian disebabkan HFMD dilaporkan di Hospital Sibu.

Sejak itu, pendidikan kesihatan dijalankan oleh pihak kerajaan, contohnya pengedaran risalah mengenai HFMD kepada ibu bapa melalui taska/tadika dan segmen perbualan dengan pakar kesihatan di radio dalam pelbagai bahasa. Meskipun begitu, endemik yang sangat mengancam ini masih berleluasa.

Walaupun pihak kerajaan giat berusaha menentang penularan HFMD, kita menyaksikan endemik itu semakin rancak merebak dengan jumlah kes yang sangat membimbangkan. Apatah lagi, bilangan ini tidak merangkumi kes-kes yang tidak dilaporkan. Langkah pencegahan utama dalam menentang penyakit itu adalah penekanan amalan kebersihan di kalangan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Baru-baru ini, terdapat pengumuman mengenai penghasilan antibodi monoklonal manusia yang sepenuhnya untuk melawan dan menguruskan Enterovirus 71 (EV71), satu daripada dua virus yang paling sering bertanggungjawab menyebabkan HFMD. Namun, antibodi itu hanya boleh didapati dalam masa dua tahun akan datang. Justeru itu, penjagaan kebersihan, terutama sekali pembasuhan tangan masih langkah pencegahan yang pertama dan yang tidak memerlukan kos yang tinggi.

Walaupun amalan kebersihan kini lebih diambil berat, kita masih melihat kanak-kanak menjadi mangsa HFMD, mungkin kealpaan ibu bapa dalam memastikan amalan kebersihan dititikberatkan.

Memandangkan Malaysia kini berada di peta penularan HFMD sedunia, lebih mustahak untuk kita mencari perlindungan yang sememangnya lebih handal dan berkesan. Tentu sekali sabun antibakteria yang baru dan lebih ampuh boleh membantu mengatasi isu kesihatan ini.

(Berita Harian)
http://www.bharian.com.my/Curren ... 91229093945/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2009 10:34 PM | Show all posts
bahaya tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 12:36 PM | Show all posts
anak aku pernah kena.....
tapi dlm masa tiga hari ok....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 12:30 AM | Show all posts
anak sy pon baru je kena...mula demam time subuh 2 hari..pstu naik gelembung air kat jari..merah2 kat tapak tangan+kaki...alhamdulillah sminggu sembuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.209849 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list