CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10570|Reply: 19

Legasi Teh Boh

[Copy link]
Post time 5-1-2010 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Teh darah daging Russell

Oleh JULIA ISMAIL


Meneruskan legasi datuknya, John Archibald (J.A) Russell membuka ladang dan perniagaan teh, Caroline Russell mempunyai impian supaya Boh terus menjadi minuman kebanggaan rakyat Malaysia.





SEJAK kecil teh bukan asing dalam hidupnya. Walaupun baru berumur setahun jagung, Caroline Russell sudah pandai membezakan rasa teh di hujung lidahnya.

Sehingga kini apa sahaja aktiviti yang ingin dilakukan akan dimulakan dengan secawan teh yang diminum bersama susu segar tanpa gula.

Wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an itu merupakan waris ketiga keluarga pemilik ladang teh sejak dimulakan oleh datuknya John Archibald (J.A) Russell pada tahun 1927.

Semasa kecil Russell dan keluarganya tinggal di Kuala Lumpur. Bapanya, Tristan Russell akan membawa Caroline dan abangnya ke ladang teh di Cameron Highlands sekerap mungkin. Di Cameron, mereka menginap di sebuah banglo yang dibina sekitar tahun 1930-an.



SETIAP teh mempunyai rasa dan aroma yang berbeza.

"Saya gemar bermain di ladang teh. Ketika itu saya mempunyai seekor kuda dan saya akan menunggangnya mengelilingi ladang setiap petang," ujar Russell mengimbas memori zaman kecilnya.

Menyingkap sejarah kewujudan ladang teh di Malaysia, ia bermula apabila J.A Russell yang ketika itu berusia tujuh tahun tiba di Malaysia pada tahun 1890 bersama bapanya.

Mendapat pendidikan di England, sekembalinya J.A Russell ke Malaysia dia bekerja dengan Straits Trading Company. Lebih istimewa, dia fasih berbicara dalam lima dialek bahasa termasuk bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Setelah terlibat dalam perusahaan getah, perlombongan dan pembukaan kawasan-kawasan baru, J.A melihat potensi teh sebagai hasil tanaman yang mampu menjana ekonomi Tanah Melayu yang ketika itu dijana oleh getah dan bijih timah.



RUSSELL bercita-cita mahu menjadikan jenama teh Boh minuman nombor satu di Malaysia.

Berbekalkan sebuah jentera penggelek, beberapa pekerja dan beberapa pedati J.A dan penanam teh veteran dari Ceylon, A.B. Milne mengubah hutan di Cameron Highlands menjadi ladang teh pertama Malaysia.

J.A meninggal dunia pada tahun 1933 ketika umurnya 50 tahun. Perniagaan beliau diambil alih oleh anak lelakinya Tristan Russell. Hari ini ia diwarisi oleh Caroline Russell. Russell menyertai Boh ketika syarikat itu telah pun stabil.
Kerja keras


"Saya tidak menjawat jawatan tinggi ketika menyertai syarikat ini, sebaliknya saya bekerja di bahagian pemasaran selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari University of Edinburgh, Scotland," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada tahun 1998, Russell dilantik sebagai pengurus besar syarikat sebelum menjawat jawatan sebagai ketua pengawai eksekutif lima tahun kemudian. "Walaupun mewarisi perniagaan datuk, namun sama seperti pekerja lain saya bekerja keras untuk sampai ke tahap ini," jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boh Plantations Sdn. Bhd. itu tanpa berselindung.

Sepanjang lebih dua dekad menerajui syarikat tersebut, Russell telah membuka sebuah ladang teh di Sungai Palas, Cameron Highlands. Sebelum ini Boh Plantations memiliki ladang di Habu dan Fairlie, Cameron Highlands.



SALAH satu pemandangan menarik di Pusat Teh Boh Boh, ladang teh
Sungai Palas, Cameron Highlands.

Seiring dengan perubahan zaman, Russell mengakui penggunaan alat bantuan memetik daun teh sehinggalah mengilanngnya juga berubah.

"Dahulu daun teh dipetik dengan tangan. Hari ini mereka menggunakan alat khas bagi membantu mempercepatkan proses itu. Bagaimanapun kualiti setiap daun yang dipetik perlu dijaga dengan teliti," kata wanita yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu.

Sebagai peneraju jenama teh nombor satu negara, tanggungjawab yang dipikul oleh Russell bukan calang-calang. Beliau perlu memastikan produknya sentiasa digemari pengguna selain memenuhi kehendak pengguna baik dari segi kualiti mahupun harga.

"Ketika saya menyertai syarikat ini ia sedang menyambut ulang tahun yang ke-60. Tahun ini Boh menyambut ulang tahun ke-80. Genap dua dekad saya menyertai syarikat ini," kata ibu kepada dua anak yang berumur antara empat hingga enam tahun itu.

Karakter teh


Sebagai seorang ibu dan isteri Russell memberitahu, dia perlu bijak membahagikan masa antara kerja dan keluarga.
"Dengan jadual kerja yang padat, saya akan pastikan sentiasa berada di sisi anak-anak pada acara penting sekolah mereka," jelasnya.

Meskipun berbangsa Inggeris, namun Russell mengakui Malaysia terlalu dekat di hatinya. "Saya adalah warganegara Malaysia. Begitu juga dengan dua anak saya," ujarnya yang dibesarkan di Kuala Lumpur sehingga umurnya 12 tahun.
Russell kemudian dihantar ke sekolah berasrama di United Kingdom dan kembali ke Malaysia selepas menamatkan pengajiannya.

Dibesarkan dalam keluarga yang menerajui perniagaan teh, Russell mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai teh. Namun Russell amat meminati bidang antropologi dan arkeologi serta pernah bercita-cita mempunyai karier dalam bidang tersebut.

"Saya minat Sejarah tapi apabila melanjutkan pelajaran di peringkat universiti saya tidak mengambil bidang itu sebaliknya melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan.

"Mungkin ia sudah menjadi darah daging saya. Selepas tamat pengajian saya terus menyertai syarikat dan meneruskan legasi yang ditinggalkan keluarga," katanya.

Apakah pandangan beliau tentang Cameron Highlands dulu dan kini? "Cameron Highlands dahulu dan sekarang memang banyak perbezaannya. Dulu, Cameron Highlands adalah tempat bagi orang Inggeris melarikan diri daripada kesibukan kota bagi menikmati suasana segar dan sejuk. Kini, ia sudah semakin membangun dan terdapat laluan alternatif untuk sampai ke sana," katanya.

Russell juga bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak bahawa cuaca di Cameron Highlands tidak sesejuk seperti zaman kecilnya.

Mewarisi perniagaan teh, hidup Russell seakan tidak lengkap tanpa minuman tersebut. Bahkan, lidahnya sudah sebati dengan teh sehingga beliau boleh menentukan sama ada minuman yang diminum itu jenama Boh atau sebaliknya.



DARI kanan: Tristan Russell, Bekas Exco Negeri Pahang, Maznah Mazlan
dan Caroline Russell bertemu pada majlis perasmian Pusat Teh Boh
di Cameron Highlands tiga tahun lalu.


"Anak-anak saya juga begitu. Setiap teh mempunyai karakter yang berbeza dan unik walaupun ia datang dari ladang yang sama. Kita boleh tahu melalui rasanya.

"Sebab itulah Boh mempunyai pelbagai produk mengikut selera masyarakat tempatan. Ada yang lebih keras rasanya seperti jenama asli Boh dan juga yang lebih ringan seperti Cameronian," katanya.

Cara mengilang, faktor cuaca, tanah dan juga cara pembuatan minuman juga boleh menjejaskan karakter teh tersebut.
"Jika saya menikmati teh di hotel saya tidak dapat membezakan sama ada ia teh Boh atau tidak kerana cara penyediaan di hotel telah merosakkan karakter teh tersebut. Di hotel kebiasaanya mereka menggunakan air yang dipanaskan semula.

"Mereka juga sering meletakkan jag di atas pemanas dan ia dipanaskan berulang kali. Teh sebaiknya dihidangkan dengan air yang baru dimasak," jelas Russell bahawa Boh juga komited dalam usaha melindungi spesies haiwan terancan seperti Orang Utan.

Pertemuan Russell dengan sekumpulan penyelidik di Kinabatangan membuatkan dia berminat dalam melakukan kerjasama dalam meningkatkan kesedaran ramai mengenai haiwan-haiwan terancam ini.

"Ramai orang mengenali Orang Utan tetapi sejauh mana mereka tahu bahawa habitat haiwan ini semakin terancam dan kita harus membantu memberi haiwan-haiwan ini keselesaan. Tidak ramai juga menyedari usaha-usaha yang dilakukan penyelidik dalam mengkaji spesies ini.

"Banyak program menarik kami sediakan terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah. Sambutannya sangat luar biasa," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2010 08:24 AM | Show all posts
hmm org puteh jugak yang pandainya...tanah org malaysia habis dia kerjakan siap jadi kaya raya plak tuh..anyway, boh ni lagi sedap dari lipton..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 08:58 AM | Show all posts
Baru ku tahu Teh Boh ni orang putih punya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 10:55 AM | Show all posts
hmm org puteh jugak yang pandainya...tanah org malaysia habis dia kerjakan siap jadi kaya raya plak tuh..anyway, boh ni lagi sedap dari lipton..
Pygmalion Post at 5-1-2010 08:24



aku rase lipton lg sdap..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 11:32 AM | Show all posts
aku xminum teh daa.... sbb angin... japg aku sakit pwot huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 12:15 PM | Show all posts
tp nape ek yg aku tgk kt kedai jual teh tu gambor india gituw.. n one of the cashiers there is their heir... dia cakap tu gambar atok dia, owner kilang boh ni.... ke mcm mana ek? konpius aku....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2010 12:44 PM | Show all posts
Aku ni world teabags collector, kalau orang luar mintak teabags aku bagi Boh la since ini keluaran Malaysia ... banyak flavors Boh dah kuar, tak silap aku hampir 20 flavors tapi tak semua ada kat market mcm Cardamom (susah nak cari kat hypermarket).  History Boh ni pun aku tak tau sangat, aku suruh foreign friends refer kat website Boh jer.

Bagi aku, flavor Boh yang sedap ialah yang Gold dan Sirap Laici (yang ni sedap kalau taruk madu liar) ... Lime Ginger & Lemon Mandarin pun ok gak, yang lain mcm Peppermint, Mango, Camomile, Cardamom tu memang tak sedap ... aku bagi kat foreign friends jer.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 01:10 PM | Show all posts
suka boh laici..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 11:27 AM | Show all posts
pes time dgr boh laici...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 06:35 PM | Show all posts
lipton lg sdp kot dr boh  ... tp sbb diaorng ni la sungai2 kat cameron tu dh macam TEH SUSU ... bengang je aku tgk dh la x sejuk cam dulu .... abis ditarah sume bukit kat cameron tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 09:08 PM | Show all posts
aku beli sekotak teh mau setahun tak abes2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 10:20 PM | Show all posts
Some Pictures to share..

Ladang Teh BOH Sungei Palas, Cameron Highland
Nak sampai kat ladang nih  punya la mencabar jalan dia tapi bila dah sampai...wahhhh memang terrrkagum..besar gilerr ladang nih..gambar ni diambil hujung tahun lepas..





tempat minum2 teh..jauh atas bukit..kena mendaki dulu baru sampai


rumah pekerja2 ladang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 12:28 AM | Show all posts
ok la rakyat malaysia gak ...1 malaysia kata kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:01 AM | Show all posts
Up,
+ 1 Credit
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:38 AM | Show all posts
xkre la die bangsa apa pon...yg penting org luar kene m'hormati adat,budaya n sultan kita...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 10:59 AM | Show all posts
Dr aku kecik teh ni je yg bleh aku trima... yg lain x brapa gemar sgt rasanya hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 10:14 PM | Show all posts
xkre la die bangsa apa pon...yg penting org luar kene m'hormati adat,budaya n sultan kita...
etoz Post at 12-4-2011 10:38 AM


Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:36 AM | Show all posts
Teh cap mesjid sedap, teh ceylon rasa boleh tahan la, teringat kamung, teh lipton sangat suka bila buat kurang manis dan teh boh kene buat manis sikit baru keluar rasa teh dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 03:39 PM | Show all posts
ingat teh boh nye founder orang malaysia...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 04:49 PM | Show all posts
aku memang teh person... cume 2 - 3 tahun lepas kompeni susu pekat dah tak keluarkan full cream milk pasal depa keluarkan sweetened creamer aku dah tak suka minum teh.  Sweetened creamer ni rasa manis je, tak berlemak.  So aku switch pada kopi-O atau kopi susu.  Aku tak berapa suka teh-O.  Tapi lately ni aku tengok depa dah keluarkan balik full cream milk.  Dan aku pun resume balik minum teh susu... aku suka lipton dari boh.  Aku rasa boh punya character ada sikit kuat berbanding lipton.  Lipton man-man je, minum pun syiok.  Teh timbang mamak dah lama aku tak minum semenjak metro ke kosmo tulis pasal penggunanan serbuk teh recycle pastu campur perasa & pewarna tiruan yang memudaratkan.. sekian tima kacih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.276403 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list