CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5357|Reply: 7

Kesan Zikir Terhadap Perkembangan Otak

[Copy link]
Post time 1-2-2010 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by chewan at 1-2-2010 15:21

Perkembangan Otak hanyalah rangkuman aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagimembolehkan ia berfungsi dengan sempurna.


Setiap hari 14juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraftubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atauilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksibio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabilaseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, sepertiSubhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Inimenyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasansaraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali,aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenagabio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif inimempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Denganitu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.


Otak mulamemahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dansemakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hatiuntuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil kajianmakmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalahScientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukandi Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasanPET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.


Dalam kajian ini,sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendakimembaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkanperkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabilasukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otakmempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otakdan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senaraiperkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebakpada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.


Apabila senaraiperkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembalimeningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secarasaintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatanberzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambahkemampuannya.


Oleh itu,saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizatini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerimamanfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentinganberzikir dan mengabaikannya.

kebenaran semakin terserlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2010 10:50 PM | Show all posts
jom ramai2 kita perbanyakkan zikir
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 12:28 PM | Show all posts
Banyak keajaiban alam kini semakin terserlah rahsianya apabila banyak penemuan sains telah membuktikan apa yang disebutkan di dalam al-Quran. Namun begitu ada banyak juga yang menjadi misteri dan tidak boleh diungkaikan walaupun terlalu banyak kajian dilakukan umpamanya dalam hal roh sebab dalam al-Quran telah mengatakan bahawa manusia memang tidak akan ada banyak ilmu tentang hal ini. Semuanya berlaku kerana ada tujuannya. Oleh itu tidakkah layak untuk kita mensyukuri apa yang kita terima? Ingat (zikir) lah kepada Tuhan Yang Satu (iaitu Allah swt).
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 12:58 PM | Show all posts
Apa nama scientist yang keluarkan theory ni and dia dari university mane?
Thank you.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 02:14 PM | Show all posts
widespread activation of any cortical functions could be observed in any tasks given to the patient laaa like word recalling, identification semua tu sebab  bhgn pusat otak  yang lain pun kena activate sama, itu secara logiknya - depa check cortical function dgn mengukur pengaktifan korteks dan juga penggunaan oksigen.

Ini mmg berlaku pada mana tasks yg melibatkan subjek  berfikir ( cognition) buat sesuatu ( motor ) atau membayangkan sesuatu  semaunya lah

jadi mmg  otak terbukti aktif tapi tang frasa meningkatkan kecergasan otak tu
pada saya perlukan satuy hurainan menarik ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 02:44 PM | Show all posts
jadi mmg  otak terbukti aktif tapi tang frasa meningkatkan kecergasan otak tu
pada saya perlukan satuy hurainan menarik ni
mbhcsf Post at 10-2-2010 22:14


yup, that's what I'm looking for as a justification of this article. otherwise saying other stuff repeatedly will do too.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2010 12:56 PM | Show all posts
rasa cm pernah terbaca somewhere.. majalah mastika rasanya.. tp kalau fikir2 ada kebenarannya.. subhanallah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:01 PM | Show all posts
kalau org yg suka cakap lucah n tak elok camana la otak depa??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.071786 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list