CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4715|Reply: 4

Pendayung sampan...

[Copy link]
Post time 16-3-2010 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Subject: Pendayung sampan


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu
pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak
banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun
Professor itu membuat kajian.

Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang;
selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya
Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu
mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,
"Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung
sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?

" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan
itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?"
Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu
geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni,
kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi,
"Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan.
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu
masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya
menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75
peratus dari usia kamu.

Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan
dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan
angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja
datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula
pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu
menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus
nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak
guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara
penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya
lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada
kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang
diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang
dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna
adalah kemenangan sempurna...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 04:55 PM | Show all posts


Thanks for the sharing... Very good indeed...
Be grateful with what you have & earn... Why ask more if life is already so complicated
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:30 PM | Show all posts
aku setuju ...... jangan la kita angkuh dan sombong dlm hidup yg singkat ini kerana org yg kita anggap tak berjaya tu kekadang lagi bagus dari kita.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 09:14 AM | Show all posts
arwah ayah aku pernah berkata

ada org hidup tanpa hutang keliling pinggang, matinya aman
ada org pula berhutang untuk hidup, jadi dia takut mati sebelum hutang langsai

pilih mana kamu mahu

aku sampai sekarang x de kredit kad, rumah pun kecik, kete buruk
tp aku tahu klu aku mati, aku x de berhutang ngan sesiapa

kdg2 org tua punya pengalaman berzaman yg boleh disimpulkan dlm beberapa patah perkataan, contohnya jgn lupa pada peribahasa kerana pengalaman bangsa ada dlm bait2nya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 11:38 PM | Show all posts
lec perna crita  dlm kuliah.. motivasi utk kmi suma yg down msa tue.. atas sbb2 yg tertentu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046488 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list