CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4372|Reply: 12

masalah pinjaman perumahan

[Copy link]
Post time 15-4-2010 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua
maaf klu topik ni tak sesuai di sini
tp aku tak tau lg nak post kat mane
sbb nak mintak pendapat dr forumers semua
Ade sorg kwn aku nih mintak aku tolong die berkenaan pinjaman perumahan die tp aku tak tau nak refer ke siapa
die ade buat pinjaman perumahan dgn bah pinjaman perumahan
masalahnya skrg, rumah tu tak siap, terbengkalai, CF tak dpt, kunci pun tak dpt
dan pemaju pun dah lari
bulan2 bayaran dipotong dr gajinya
skrg ni lbh kurang ade 30k lagi
dah jumpa lawyer n laawyer pun ckp tak boleh buat ape dah
so skrg aku nak mintak pendapat korg
mcm mane nak ketengahkan perkara ni
atau ade  any suggestion
tq sooo much

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 11:08 AM | Show all posts
bgtau ADUAN RAKYAT.....................hihii

membantu tak.......sowi kalo tak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 11:32 AM | Show all posts
hmm...ade tepikir gak nak nasihatkan kwn tu buat aduan kat aduan rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 05:44 PM | Show all posts
sblm aku komen apa2, boleh bgtau nama projek @ lokasi projek  rumah yang terbengkalai tu..? bagi nama pemaju sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 08:49 PM | Show all posts
Masalah cam nie memang dah biasa berlaku kat Malaysia. Even kalo lapor kat news paper pun, tak akan ada penyelesaian... lagi ar menyakitkan hati especially bila dah pot pet pot pet, tapi tak dok hasil... Banyak projek terbengkalai berlaku seluruh negara tapi cuma segelintir sahaja yang mendapat perhatian kerajaan...

As for me, cara yang paling effective sekali ialah dengan membawa perkara ini ke pengetahuan TV3 atau Aduan Rakyat. Tapi make sure kesemua mangsa kenalah bersepakat dengan menyalurkan segala maklumat maklumat yang berkaitan kepada pihak berkenaan... Mangsa-mangsa kenalah berbincang sesama mereka:
1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh mangsa-mangsa ke atas pemaju... Surely pemaju dah menghilang tetapi some mangsa mungkin ada maklumat-maklumat yang leh membantu berkenaan dengan pemaju ini...
2. Sekiranya mangsa telah berjumpa dengan pemaju, apakah respond yang diberikan oleh pemaju kepada mangsa..?
3. Bagaimana lak situasi mangsa-mangsa dengan bank memasing...?
4. Ada apa-apa special agreement semasa signing purchase before (paling penting). Kebanyakan manusia nie main sain jer agreement without read thru the details of the agreement...?
5. Mengapa projek terbengkalai...?
Try to gather as many info and details as possible... then baru majukan ke 3rd party... for me yang paling berkesan sekali ialah dengan membawa perkara ini ke media elektronik especially TV... Dapatkan pihak-pihak berkenaan berserta dengan ahli ahli politik turun padang sekali untuk menyelesaikan masalah rakyat... make the issue as big as possible. Tue lah gunanya ahli politik, untuk membantu rakyat...

Gud luck ... sambil tue, berdoa doa lah selalu... setiap apa yang berlaku tu pasti ada hikmah nyaaaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 12:26 PM | Show all posts
Reply 5# HaMiZiE

aku setuju ngan ko pasal bila dah masuk media massa (tv, radio la tu) barula sektor gomen nak bertindak..(tp aku tau tak sume sektor la..takut ade yg terasa pulak kang)

mmg banyak projek terbengkalai kat mesia ni. tp, perlu kita tau, projek2 tu ada yg projek komersil (bangunan komersil/perniagaan), projek industri, projek yg tidak perlu lesen (yg kurang 4 unit), projek yg tidak berlesen,  projek melibatkan pembesaran kampung (biasanya bawah kerajaan negeri), projek perumahan swasta yang berlesen dll.

aku cuma nak hilite projek perumahan swasta berlesen sbb projek2 terbengkalai kategori ni la yg kerapkali keluar media, malah kat perlimen sekali pun (kalo korg perasan kat paper).

pemaju2 bg projek perumahan swasta berlesen ini adalah syarikat2 swasta yg didaftarkan/mendapat lesen daripada kementerian perumahan dan kerajaan tempatan berdasarkan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 atau lebih dikenali sebagai Akta 118.  itu sebab ada istilah  projek terbengkalai yg dikenali sbg projek perumahan swasta terbengkalai. lagi satu, projek di bawah akta ini sahaja yg dikawal oleh kpkt. fahamkan perkataan kawal ye. maknanye, kpkt/kerajaan tidak membiaya projek tersebut hanya kawal/pantau je.

pagi tadi aku dengar berita nasional, dato'seri kong chong ha, menteri perumahan announce ada 150 projek perumahan swasta terbengkalai di semenanjung sahaja. why semenanjung shj? sbb sabah dan sarawak ada akta perumahannya sendiri. dr total tu, 30 dah siap/diselesaikan, lagi 44 sedang dipulihkan, balance masih terbengkalai/dlm perancangan awal pemulihan.

tt, reason aku nak mintak nama projek, lokasi n nama pemaju tu sbb nak semak  samada projek tu bawah kpkt ke bawah sektor lain. (ko pun boleh semak dekat laman web jabatan perumahan negara).

kalo bawah kpkt, ko boleh suh kawan ko tu pegi jabatan perumahan negara, pusat bandar damansara utk mintak surat pengesahan projek terbengkalai. surat pengesahan ni gunanya adalah utk ke bawak ke bank yg dipinjam/bhg. pinjaman perumahan. kegunaan surat bg bhg pinjaman perumahan utk:

i) batalkan pinjaman dan diberi peluang utk pohon pinjaman baru (pinjaman penuh spt pinjaman kali pertama) atau
ii) tangguhkan kenaan faedah pinjaman (4%) spnjg tempoh projek dipulihkan atau selama 5 tahun, mana2 yg terdahulu.

tp kan, harus diingat, sbrg pertimbangan ke atas pengurangan faedah dan penstrukturan semula pinjaman tertakluk kpd penilaian dan berdasarkan merit stp kes..case by case basis le.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-4-2010 05:28 PM | Show all posts
Reply 6# rhys88


    tq yer rhys88
akuu akan dapatkan segala info tu dr kwn aku
susah juga nak dptkan dlm mase terdekat ni sbb die duduk di johor sana
ape2 pun aku akan mintak die bg info tu kat aku
n terima kasih juga pd yg sudi bg pandangan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 05:39 PM | Show all posts
Reply 7# rina79

no problem..sharing is caring..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2010 11:17 AM | Show all posts
oklah, hari ni baru aku berkesempatan jumpa dgn kwn aku pasal masalah dia ni. So di sini aku nyatakan nama pemaju n projek terbengkalai tu. N ape yg dia dah buat so far. Dia dah pergi ke bahagian pinjaman perumahan, then bah. pinjaman perumahan mintak dia pergi ke jab perumahan negara, pastu jab perumahan negara cakap takleh kelaurkan surat tu, tendang plak  my fren ke pinjaman perumahan. So, kat cni, nak taulah ape yg patut die buat.
Nama projek : Taman Desa Pingitan
Nama Pemaju :  Actral Fairway Sdn. Bhd.
Lokasi :  Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, Neg. Sembilan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 05:14 PM | Show all posts
Reply 9# rina79

aku dah semak projek Taman Desa Pingitan tu kat sini, tapi tak tersenarai dalam projek terbengkalai under kementerian perumahan. itu sebabnya jabatan perumahan negara, kpkt, tak nak keluarkan surat pengesahan projek terbengkalai pada kawan ko tu. sebenarnya, bukan tak nak, tapi memang tak boleh..coz bukan di bawah pemantauan kementerian tu.

antara opsyen lain yg boleh kawan ko cuba, buat semakan dengan kerajaan negeri, projek tu di bawah pemantauan @ seliaan atau berdaftar dengan siapa sebenarnya..
setakat tu je aku boleh bagi nasihat..since projek tu bukan d bawah kpkt...

nway, aku doakan kawan ko berjaya dapat haknya dan dipermudahkan segala urusan..amin..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 08:01 AM | Show all posts
oklah, hari ni baru aku berkesempatan jumpa dgn kwn aku pasal masalah dia ni. So di sini aku nyataka ...
rina79 Post at 4-5-2010 11:17



ko g jumpe exco perumahan atau mb sndiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2010 03:26 PM | Show all posts
Reply 10# rhys88


kira complicated juga masalah ni yer
dah lah member aku tu nak kawin ujung tahun ni
konon2 dapatlah die dok umah baru, tp nampaknye peluang nipis mcm ni
dah lah duit gaji kena potong lg
hmmm..neway tanx ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2010 03:27 PM | Show all posts
Reply 11# hr_ikhlas


nnti aku bitau kwn aku
masalahnye 10/5 ni die nak kena p kursus 3 bln
mmg takde masa nak menghadap org2 tu
anyway, nasihat dr kwn2 aku akan bentangkan kat dialah nnti
tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.351228 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list