CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3582|Reply: 4

Journalist / Correspondent / Wartawan / Reporter

[Copy link]
Post time 7-5-2010 12:07 AM | Show all posts |Read mode
Sapa yg ada info pasal kerjaya wartawan kat sini? Jadi wartawan ni boleh dapat income 5 figure per month tak? Boleh jadi kaya tak? Apa prospeknya dari segi career dan kewangan? Yg aku tau pasal wartawan kat Malaysia ni macam A Samad Ismail, Hishamuddin Aun etc...

Sapa2 ada info tolong kongsi yer, TQ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2010 12:09 AM | Show all posts
SETIAP hari kita akan membaca berita-berita dan rencana di surat khabar atau majalah. Kita juga mendengar berita di radio atau menonton siaran berita di televisyen. Pelbagai berita dan peristiwa disiarkan dan dilaporkan kepada kita melalui media massa. Siapakah yang melakukan tugas yang mulia ini? Sudah tentu ia dilakukan oleh wartawan dan wartawan penyiaran untuk media elektronik. Tugas mereka ialah membuat liputan tentang peristiwa, kejadian, aktiviti dan sebarang kejadian yang boleh dijadikan bahan berita dan cerita untuk dilaporkan kepada pembaca, pendengar dan penonton.

Selain itu, kerjaya wartawan akan memberi peluang untuk bertemu dengan pelbagai golongan masyarakat seperti tokoh pemimpin, ahli politik dan ahli perniagaan.

Seseorang yang bercita-cita menjadi wartawan perlu mempunyai kemahiran menulis, mampu menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik serta berbakat dan juga kreatif dalam menghasilkan idea.

Tanpa memiliki ciri-ciri ini agak sukar bagi seseorang itu bertugas sebagai wartawan kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menulis dan mengarang berita dan rencana dengan baik dan difahami.

Mereka juga perlu menemu ramah sesiapa sahaja yang diperlukan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Sebagai wartawan, setiap hari mereka akan diberi tugasan membuat liputan peristiwa atau menemuramah individu tertentu.

Selepas itu, mereka akan kembali ke bilik berita untuk menulis berita atau rencana berhubung temu bual tadi.

Kemudian berita atau rencana yang ditulis itu akan disunting oleh pengarang sebelum dicetak atau disiarkan di media.

Perkembangan pesat industri media cetak dan elektronik akibat perkembangan ekonomi negara pula telah membuka peluang yang banyak kepada kerjaya kewartawanan khususnya di sektor swasta.

Banyak syarikat media cetak dan elektronik beroperasi yang beroperasi pada masa kini memerlukan tenaga kerja di bidang kewartawanan.

Selain itu, agensi kerajaan dan syarikat swasta juga memerlukan pegawai atau kakitangan yang mampu menulis dan mengarang mengenai pencapaian agensi dan syarikat masing-masing dengan tujuan menghebahkannya kepada umum.

Walaupun para lulusan dalam bidang kewartawanan dari universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang menceburi bidang ini, sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat media cetak dan elektronik cenderung memilih calon-calon yang mempunyai pengkhususan di bidang tertentu.

Ini kerana mereka mempunyai pengetahuan mendalam serta lebih memahami bidang mereka berbanding calon yang hanya mempunyai kelulusan dalam bidang kewartawanan.

Calon yang tidak mempunyai asas kewartawanan akan dilatih oleh syarikat-syarikat media cetak atau elektronik.

Kerjaya kewartawanan mampu menawarkan gaji yang lumayan dengan gaji permulaan di sekitar RM1,500 serta ganjaran lain berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja.

Beberapa universiti dan IPT menawarkan pengkhususan di bidang kewartawanan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat sarjana muda.

Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula menawarkan kursus Komunikasi Massa yang juga menjadi asas kepada bidang kewartawanan.

Semasa pengajian, para pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus kewartawanan termasuk penghantar komunikasi, prinsip-prinsip kewartawanan, laporan dan penulisan berita, pemberitaan dan penyuntingan, pengucapan awam, grafik dan reka letak, penulisan rencana, terjemahan, komunikasi foto, undang-undang komunikasi, pengurusan akhbar dan isu-isu semasa Malaysia.

Bagi yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelulusan yang bukan di bidang kewartawanan tetapi ditawarkan kerjaya ini dikehendaki mengikuti latihan kewartawanan untuk tempoh tiga bulan atau lebih di syarikat mereka bekerja.


Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Berminat dengan kerjaya ini

Mempunyai kemahiran menulis
Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
Memiliki bakat serta kreatif
Sanggup bertemu dan menemu bual individu pelbagai peringkat
Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat
Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang
Rajin mengikuti perkembangan semasa


Syarat menceburi bidang ini

Individu yang berminat menjadikan bidang kewartawanan sebagai kerjaya harus memiliki sekurang-kurangnya SPM serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan Inggeris.

Bagi yang memiliki diploma atau ijazah di bidang kewartawanan atau komunikasi mereka lebih berpeluang untuk menceburi bidang ini.

Calon-calon yang memiliki diploma atau ijazah dari bidang lain juga boleh memohon kerjaya ini.



Syarat melanjutkan pengajian

Pelajar perlu lulus dengan baik peperiksaan SPM/SPMV serta kepujian bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik.

Selain itu, pelajar perlu mendapat prinsipal yang baik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ini kerana pengambilan di kebanyakan universiti atau IPT memerlukan kelulusan STPM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat ijazah sarjana muda.

Pelajar juga boleh mengikuti pengajian ini selepas selesai program matrikulasi dan syaratnya tetap sama iaitu lulus SPM dengan kepujian bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik.

Di UIAM, bahasa Inggeris atau Arab adalah bahasa penghantar.

UKM juga ada menawarkan kursus ini secara Pengajian Jarak Jauh manakala UiTM turut menawarkannya menerusi program luar kampus.

Syarat yang diperlukan adalah seperti kemasukan sepenuh masa yang memerlukan calon lulus SPM dan STPM atau SPM dan pengalaman kerja

http://www.geocities.com/kerjayabk/WARTAWAN.html
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2010 12:55 PM | Show all posts
Reply 1# Bill

yg ko sebut ni wartawan2 yg dah berjaya.

kat luar sana bersepah2 lg wartawan macai.

x semua wartawan bleh dpt gaji 5 angka..

sometimes keje wartawan ni mcm menipu diri sendiri sbb prinsip wartawan adalah melaporkan apa yg sbnr kpd msrkt tapi sometimes kita kena buat laporan yg benar di mata bos...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2010 01:06 PM | Show all posts
Reply  Bill

yg ko sebut ni wartawan2 yg dah berjaya.

kat luar sana bersepah2 lg wartawan maca ...
otai_g Post at 8-5-2010 12:55



    Ko ada info or knowledge pasal bidang ni tak? Share la knowledge tu bro.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2010 01:14 PM | Show all posts
Reply  Bill

yg ko sebut ni wartawan2 yg dah berjaya.

kat luar sana bersepah2 lg wartawan maca ...
otai_g Post at 8-5-2010 12:55



    Yup, aku tau bersepah2 lagi wartawan cabuk yg tak cukup makan. Sebab tu aku buat decision tanak jadi journalist walaupun aku ada perfect talent untuk ni, baik aku jadi businessman...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.049263 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list