Reply 85# Syik_Gojet
Sekadar Perkongsian mengenai kepentingan setem hasil / duti setem dalam mana2 kontrak perjanjian termasuk kerja
KEPERLUANPENSETEMAN
Keperluanpenseteman wujud dibawah Akta Setem 19493.Dibawah Akta ini, penseteman dokumen dilakukan bagi dua tujuan iaitu:
Pertama,
mengelak daripada dikenakan denda mengikutperuntukan dibawah seksyen 63 Akta. Seksyen 63 memperuntukkan seperti berikut:
“63(1)Mana-mana orang yang –
(a)
dengantujuan mengelak bayaran duti, menyedia, membuat, melaksana atau menandatangani,selain daripada sebagai saksinya, mana-mana suratcara4walau apapun jenisnya yang dikenakan duti tanpa ianya disetemkan sewajarnya;atau (b)
telahmenyedia, membuat, melaksana atau menandatangani, selain daripada sebagaisaksinya mana-mana suratcara walau apapun jenisnya yang dikenakan duti, tanpaalasan yang sah, gagal melaksanakan penseteman sewajarnya baginya dalam masasuratcara itu boleh disetemkan tanpa penalti dibawah Akta ini; atau (c)
………boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgi”
Kedua,
bagimembolehkan dokumen-dokumen berkenaan diterima sebagai keterangan di mahkamah,terutama semasa dikemukakan sebagai keterangan dalam tindakan sivil (terutamamenuntut gantirugi) diantara pihak-pihak. Ini penting kerana menurut peruntukanseksyen 52 Akta Setem 1949, suratcara yang tidak disetemkan sewajarnya tidakboleh diterima sebagai keterangan (kecuali didalam kes-kes jenayah5, atau apabila suratcara atau dokumenberkenaan disetemkan kemudiannya setelah membayar penalti6).
Seksyen52(1) memperuntukkan seperti berikut:
“52(1) Tiada suratcara yangdikenakan duti boleh diterima sebagai keterangan untuk apa-apa tujuan oleh manaorang yang mempunyai kuasa dibawah undang atau dengan persetujui pihak-pihakuntuk menerima keterangan, atau untuk bertindak daripadanya, mendaftar, ataumenentusah oleh orang tersebut atau oleh mana-mana pegawai awam, melainkansuratcara itu telah disetemkan sewajarnya”.
Makna“disetemkan sewajarnya” ada diberikan oleh seksyen 2 Akta Setem 1949,iaitu,
“bermaksud suratcara itumempunyai suatu setem yang direkatkan atau diterakan dengan amaun yang tidakkurang daripada yang sebenarnya dan setem berkenaan telah ditampal ataudigunakan mengikut undang yang berkuatkuasa dalam Malaysia”.
Denganitu, menurut seksyen 52 tersebut, dokumen yang dikenakan duti setem (tetapitelah tidak disetemkan secukupnya atau tidak disetemkan) tidak boleh dijadikanketerangan primer7, atau didaftarkan, ataudiakusah oleh mana-mana pegawai awam.
3
Akta 378. Padaasalnya dikenali sebagai Ordinan Setem 1949 (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu)Ordinan No. 59 tahun 1949. Ia telah disatukan dengan Ordinan Setem Sabah Bab137 dan Ordinan Setem Sarawak Bab 32 pada tahun 1989 dan dikenali sebagai AktaSetem 1949. Ia mula berkuatkuasa di Semenanjung pada 5.12.1949 dan di
Sabah serta Sarawak pada 1.10.1989.
4
Menurut seksyen 2Akta Setem 1949, perkataan “suratcara” termasuk setiap dokumen bertulis. Denganitu ia termasuklah dokumen perjanjian, polisi insurans dan lain-lain.
5
Seksyen 52(1)(b)Akta Setem 1949
6
Seksyen 52(1)(a)Akta Setem 1949
7
Mengenai hal ini lihat RafiahSalim, 1989. Evidence in Malaysia and Singapore – cases material andcommentary. Singapura: Butterworths & Co. (Asia) Pte. Ltd. m.s.344-346. Lihat juga seksyen 62 Akta Keterangan 1950 – Lihat LAMPIRAN TUJUH.
|