CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5787|Reply: 10

Volvo S80

[Copy link]
Post time 15-5-2010 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Volvo Car Malaysia launches facelifted S80

Posted by: Anthony Lim

Volvo Car Malaysia officially introduced the facelifted S80 sedan at a press preview this morning, and leading the list of enhancements and improvements on the new 2.5T is a significant increase in power output.




The car's 2.5l five-cylinder twin-cam, turbocharged block - mated to a six-speed Geartronic transmission - now offers 231bhp at 4,800rpm, up from the 200bhp of before, and torque is also up, with 340Nm available at 1,200-4,800rpm, compared to 300Nm previously. Performance figures include a 0-100kmh time of 7.5secs and a 210kmh top speed.

Revisions to the exterior include a larger iron mark on the front grille and a more liberal use of chrome trim - in this case, on the front and rear eyeliner as well as on all the lower doors.




Insides, changes include the use of silk metal effect sheeting as decor trim on a new four-spoke steering wheel and centre stack, as well as on the gear selector and around the starter button. There are also new instrument dials with aluminium outlines and soft leather upholstery, finished in Sandstone Beige.

The S80 now gets equipped with a Blind Spot Information System, which uses cameras mounted in the door mirrors to register if another vehicle is in the blind spot at the side of the car.




Other technology systems present in the car include Adaptive Cruise Control, which works at speeds above 30kmh to automatically adjust - from five different selectable time intervals - the car's distance to vehicles ahead, as well as Collision Warning with Auto Brake, Driver Alert Control and Lane Departure Warning. The car also comes with Personal Car Communicator (PCC) with keyless drive as standard.

Riding on 17-inch Canicula alloy wheels with 225/50 series tyres, and available in two new additional colours, Ember Black and Ice White, the S80 2.5T is priced at RM295,000 (on the road, without insurance). As with all Volvos, the car comes with a three-year warranty and three years of complimentary Volvo On Call roadside assistance.





pak menakan aku baru beli volvo... tapi bukan s80... ni mahal lorrrr.... dia beli s60  wokeyyy lagik rasanyer.... aku tengok feature dlm tu best betu ler!!!   bajet kalu menang loteri baru ler bley afford s80 ni, hah!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2010 09:22 PM | Show all posts
beli 244  lah langgar babi confirm mati, kalu model baru langgar babi bumper pecah, dijamin nyer
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 02:20 AM | Show all posts
Design ketinggalan zaman
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 03:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by batu_bergolek at 16-5-2010 13:40

ni ker model yg boleh emergency break sendiri tuh?

pada aku S80 tak worth it beli brand new sbb depreciation value tinggi, baik beli yg volvo certified pre-owned cars yg company besar2 pakai utk diorang punya eksekutif or direktor. jadi boleh dapat murah sikit tapi pada masa yg sama still dapat warranty dari Federal Auto.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 06:32 AM | Show all posts
lama lagi lah nak pencen.....kalu tak boleh le booking S80 ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 03:24 PM | Show all posts
kenangan kecik2 dulu my family gune volvo.. memang lasak.. skarang tak mampu la nak beli volvo.. kewangan kena kukuh kalau pakai volvo nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2010 02:47 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 11:50 PM | Show all posts
volvo sedap naik...comfort...

tapi harga 2nd hand nanti jatuh gila2 tu yg tak syok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2010 07:51 AM | Show all posts
Jentera sarat teknologi

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN








BAGI mereka yang mempunyai bajet sekitar RM300,000 untuk membeli sebuah kereta, pilihan yang terhidang nyata sangat banyak. Jika dikecilkan skop itu kepada model sedan mewah dalam segmen D, beberapa jenama dari Jerman pasti akan terlintas di fikiran.

BMW, Mercedes atau mungkin Volkswagen, semuanya memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sebelum membuat sebarang pilihan, apa kata anda lihat dahulu produk terbaru yang ditawarkan oleh Volvo Car Malaysia (VCM) ini.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Volvo sering menjadi jenama alternatif. Maksudnya, ia tumpuan buat mereka yang sudah bosan atau mahu lari daripada kebiasaan yang memilih model Mercedes atau BMW sebagai pengukur kejayaan dalam kerjaya.
Namun begitu, harus diketahui bahawa pembuat kereta dari Sweden itu tidak pernah mahu mengalah. Model-model baru keluarannya tetap mendapat sambutan biarpun pun angkanya tidaklah terlalu besar untuk dicanang ke seantero dunia.

Pendek kata, Volvo berjaya mencipta kelompok peminat setia yang unik. Golongan yang tidak kisah jika harga jualan semula kereta mengalami susut nilai sangat ketara. Apa lebih penting adalah kepuasan memandu kereta yang sering diklasifikasikan sebagai paling selamat dalam kelasnya.

Fokus jentera kali ini adalah model saloon yang diberi nama S80. Sudah memasuki generasi kedua, ia menerima perubahan dari segala segi. Rekaan bersegi-seginya yang konservatif pada tahun 1980-an dan 1990-an sudah diganti dengan gaya lebih segar dan kontemporari.

Ia mengekalkan konsep rekaan yang tidak jauh bezanya dengan model sedan lebih kecil seperti S40 dan S60.
Paling ketara adalah penggunaan reka bentuk lampu belakang yang membuatkan sesiapa sahaja mengetahui bahawa itu ialah sebuah Volvo.

Bagi versi terbaru ini, Volvo S80 juga dibina agar lebih rendah dan kelihatan lebar. Mahu menjadikannya lebih sporty, VCM melekatkan sticker belang berwarna kelabu pada sebuah V80 putih. Hasilnya, pelbagai maklum balas yang diterima.


VOLVO kini menghasilkan reka bentuk jentera yang lebih futuristik.



Ada yang suka. Tidak kurang juga yang menyatakan gaya itu sedikit pelik untuk sebuah Volvo dan saya termasuk dalam kelompok ini. Jangan bimbang, pelekat itu tidak termasuk dalam varian S80 yang ditawarkan. Bagaimanapun, jika anda tetap mahukannya VCM pasti tidak keberatan untuk membantu.

Buat sekian kalinya, Pulau Pinang menjadi destinasi untuk sesi pandu uji. Laluannya meliputi lebuh raya dan jalan kampung yang membolehkan setiap peserta merasai pengalaman mengendalikan Volvo S80 dengan lebih intim.

Kuasa enjin S80


Tidak mahu ketinggalan dalam mengikut trend pembuat kereta dan pasaran global yang mula menggantikan enjin berkapasiti besar kepada lebih kecil dan berkuasa, perkara sama diaplikasikan kepada S80.

Sebelum ini, S80 dibekalkan dengan enjin bersesaran 3.2 liter dengan anjakan kuasa mencecah 200 hp dan tork 300Nm. Namun, penggantian enjin 2.5 liter nampaknya lebih berkuasa. Kuasa maksimum ialah 231 hp pada putaran ejin 4,800 rpm dan tork bertambah sebanyak 40Nm pada rpm serendah 1,700 hingga 4,800 rpm. Justeru, memang sukar untuk anda merasai jentera itu seperti malas hendak bergerak.

Sama ada memandu di bandar yang sesak, lebuh raya mahu pun melayani selekoh di laluan berbukit atau berselekoh, enjin itu boleh membuatkan anda tersenyum. Kuasa yang dihantar ke roda hadapan terasa begitu lancar tanpa perlu dipaksa. Agihan kuasa menerusi kotak gear enam kelajuan automatik geartronic juga dapat memenuhi apa jua corak pemanduan anda.

Andai mahu mengendalikan sendiri kedudukan gear, silakan. Tolak sahaja tuil gear dari kedudukan D ke sebelah kiri dan rasai momentum kuasa yang lebih ketara. Namun bagi saya, meletakkannya pada mode D sudah memadai.

Memang betul kerangka S80 meletakkannya berada di tempat selesa dalam apa jua piawaian keselamatan antarabangsa. Bagaimanapun penetapan sistem suspensi yang saya rasa terlebih lembut, kadangkala menghilangkan dinamik pemanduannya.


MENGGUNAKAN enjin 2.5 liter kuasa maksimum S80 mencapai 231 hp.



Pemandu dapat merasai ia seakan-akan hilang cengkaman terutama ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi. Rasa hentakan juga agak ketara, membuatkan anda rasa ia perlu diperlahankan. Saya faham bahawa penetapan sedemikian dibuat untuk memberi keselesaan maksimum kepada penumpang, tetapi saya rasa apa yang berlaku mungkin sebaliknya.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa duduk di kerusi belakang S80 membuatkan anda berasa seperti seorang ketua pegawai eksekutif (CEO). Tempat duduk kulitnya selesa, ruang kaki dan kepala yang luas, ditambah dengan sistem hiburan lengkap bersama serta skrin rata (pilihan) pasti membuatkan perjalanan jauh tidak membosankan.

Ciri keselamatan yang ada pada Volvo pula sering mendahului pesaingnya. Jika akronim yang tertera pada brosurnya memeningkan anda, mungkin ada baiknya andai saya ceritakan berdasarkan kepada pengalaman mengendalikan S80.
Pengarah Jualan dan Pemasaran VCM, Eugene Tay meminta kami agar berhati-hati dan tidak menggunakan semua sistem keselamatan yang ada pada S80. Tetapi sebagai model yang cukup premium aspek keselamatannya, pemandu sudah dapat membuat penilaian sendiri kenapa S80 layak diangkat sebegitu rupa.

Blind Spot Information System (BLIS) berfungsi memberi isyarat kepada pemandu supaya lebih berhati-hati. Isyarat dihantar menerusi kerlipan lampu merah pada tiang A, apabila kamera yang dipasang pada bahagian bawah cermin sisi mengesan kenderaan lain yang menghampiri pada sisi kiri dan kanan S80.

Amaran mengantuk
Selepas beberapa minit memandu, sistem Lane
Departure Warning akan mengenal pasti garis yang ada pada permukaan jalan. Sekiranya anda melanggar garis itu tanpa memberi isyarat membelok, ia akan berbunyi. Jika ternampak ikon kopi panas pada paparan maklumat digital, itu bermakna sistem Driver Alert Control (DAC) mendapati anda mungkin sudah penat dan perlukan rehat.


KEMASAN dalam kabin S80 boleh mendapat pujian.



Sebelum pulang dari Pulau Pinang, kami diingatkan bahawa terdapat operasi perangkap had laju di beberapa lokasi. Ini bermakna mahu atau tidak kami terpaksa memandu pada had laju kebangsaan, 110 kilometer sejam (km/j) sahaja.

Terasa amat perlahan dan membosankan, mujurlah Adaptive Cruise Control (ACC) banyak membantu. Tetapkan sahaja kelajuan pada takat 110 km/j, selebihnya biar ACC yang mengawal S80 bagi pihak anda.

ACC bukan sekadar mengekalkan kelajuan tersebut, malah akan membrek sendiri apabila terdapat halangan atau kenderaan di hadapan. Apabila halangan itu sudah tiada, maka S80 akan memecut sendiri untuk sampai semula ke kelajuan tersebut (110 km/j). Memang sangat berguna untuk mengelakkan anda daripada menerima saman oleh pihak berkuasa.




Kalau diikutkan, masih banyak sistem keselamatan yang ada pada S80. Tetapi biarlah anda sendiri yang mengujinya. Untuk semua kelebihan dan kekurangan itu, S80 ditawarkan pada harga RM296,685 seunit tidak termasuk insurans. Bagi memberi ketenangan kepada pemiliknya, S80 hadir bersama jaminan dan perkhidmatan bantuan kecemasan Volvo on Call selama tiga tahun.

Anda juga tidak perlu kerap untuk mengunjungi pusat servis kerana ia hanya perlu diservis selepas mencecah perbatuan setiap 20,000 kilometer.




jgn kata 300K; 3 hengget pun jarang aku ada.. .nak2 hujung bulan... cheh!!!  dlm mimpi ajer ler aku pakai s80 nih!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 11:42 AM | Show all posts
label kete utk org tua-2 je
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 11:48 PM | Show all posts
amazed posted on 5-6-2010 07:51 AM
Jentera sarat teknologi

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Meh pakat cari used s80 2010 ni. Mcm giler je spec dia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.645615 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list