CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Kambing bukan punca darah tinggi-Daging kambing tak bahaya kepada kesihatan

  [Copy link]
Post time 8-7-2010 11:28 AM | Show all posts
jadik kalo ada yg geli ngan daging kambing sebab dia busuk, dan suka daging lembu sebab dia sedap, fikirkan balik apa benarkah daging lembu lebih berkhasiat???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 11:33 AM | Show all posts
Reply 3# reyust


   

sebab tuh aku suka makan daging kambing nih
kadang2 fenin gak
mentaliti aku salah sebab mitos la ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:34 AM | Show all posts
Reply 539# MelahJanda


    terer kak melah tafsir kan pasal lembu kambing dan kambing ni khan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:42 AM | Show all posts
kambing comel. aku suka kambing. masa kecik2 dulu, ada sekor mak kambing ni da mati , ada anak baby lagik, so aku bagi anak dia minum susu tepung taruk dalam botol air gas.lelama anak kambing tu pun mati...

sebab tu aku tau kambing sensitip
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 12:02 PM | Show all posts
baru smlm p mkn kt puncak mutiara kafe..
restoran di kawasan ladang kambing...
lamb chop memang  sgt2 sedap melekat..
tapi akibatnya pening2..mcm mabuk sementara...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 12:44 PM | Show all posts
Kalau lamb chop atau black pepper lamb, mmg aku boleh makan lar. Asalkan bau kambing tu tak kuat sangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2010 09:43 AM | Show all posts
Daging kambing tak bahaya kepada kesihatan
Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


PERSEPSI negatif terhadap daging kambing perlu diubah. - Gambar hiasan




KUALA LUMPUR - Tanggapan bahawa orang yang menghidap penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung tidak dibenarkan memakan daging kambing adalah kurang tepat.
Pakar Makanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd Razak berkata, kandungan kolesterol dalam daging kambing adalah hampir sama dengan daging lain.
"Daging kambing tergolong dalam kumpulan daging merah seperti lembu, kerbau serta biri-biri dan boleh dikatakan kesemua jenis daging ini tidak banyak perbezaan kandungan kolesterol.
"Apa yang paling penting ialah pengambilan daging perlu dikawal dan dimakan dalam kuantiti yang sederhana mengikut keperluan dan tahap kesihatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Shahriza, pandangan bahawa daging kambing tidak sesuai diambil oleh penghidap penyakit darah tinggi atau jantung hanya merupakan satu persepsi sehingga menyebabkan orang ramai takut untuk makan daging tersebut.
Katanya, tahap kesihatan seseorang individu itu boleh terjejas sekiranya daging yang dimakan tanpa mengira jenis diambil tanpa kawalan atau mengikut keperluan yang sepatutnya.
Sementara itu, Pensyarah Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Fatimah Arshad berkata, kandungan kolesterol dalam daging akan menjadi rendah setelah dibuang lemaknya.
Katanya, kandungan kolestrol dalam daging binatang terletak di dalam lemak dan sebab itu lemak yang terdapat pada daging perlu dibuang sebelum dimasak dan dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 10:09 AM | Show all posts
aku ok jer klu mkn kambing nie..pastu rase die pun lain dr daging2 biase ..klu wat rendang lg sedap nyam..nyam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071180 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list