CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4281|Reply: 6

SIHIR

[Copy link]
Post time 9-7-2010 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Sihir ialah penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh Teknologi Moden/Penyakit Kronik .

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

CONTOH SIHIR YANG MASIH TERKENAL


PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati


SUSUK
Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan seperti kebal, kecantikan, kuat. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna seperti emas, tembaga.





contoh ilmu susuk


Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:
Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.



Sihir dalam sejarah masyarakat dahulu
Antara perkara yang dijumpai dalam catatan Mesir purba adalah mentera khusus untuk merawat kecederaan disebabkan kebakaran, seperti kata-kata Isis dalam satu lagenda Mesir "Isis dan Orisis" untuk menyembuhkan kanak-kanak bernama Horus yang dibakar oleh ahli sihir“
Keluarlah, wahai engkau yang datang di dalam gelap dan masuk secara sembunyi-sembunyi! Adakah engkau datang untuk mengucup kanak-kanak ini? Aku tidak mengizinkan mengucupnya. Adakah engkau datang untuk mengambilnya? Aku tidak mengizinkanmu mengambilnya dariku. Aku telah melindunginya darimu dengan rumput apis yang memedihkanmu, dengan bawang yang menyakitkanmu, dengan madu yang manis dirasa oleh makhluk-makhluk yang hidup dan pahit di mulut makhluk-makhluk yang mati, dengan beberapa bahagian yang busuk dari ikan abad dan dengan tulang ikan sungai.

Kisah sihir dalam Quran
  • Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.
  • Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.
  • Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.
  • Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan sekelip mata oleh seorang manusia seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42.


Kedudukan sihir dalam Islam
Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.
Kedua-dua mazhab Sunni dan Shiah melarang penggunaan sihir. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep "barakah" yang merujuk kepada "rahmat" atau "kuasa Tuhan" yang diberikan kepada orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa. Mazhab Wahhabi bagaimanapun melihat segala penggunaan jin atau makhluk halus walaupun untuk tujuan baik sebagai syirik.

Sihir di Alam Melayu
Ilmu hitam yang dapat diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:
  • Melindung diri
    • Kebal
    • Perubatan
  • Mendapatkan kelebihan
    • kesaktian
    • Pengasih - Sejenis ilmu hitam yang dapat membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap seseorang.
    • Perapun
    • Gagah
    • Perangsang
    • Penderas
    • Pukau
  • Mengawal/Memusnahkan musuh
    • Penunduk: Digunakan untuk menundukkan orang lain seperti nasi tangas untuk menundukkan suami.
    • Tuju - Jampi-jampi yang membuat orang sakit. Juga menggunakan alatan lain seperti telur layang (telur yang telah dijampi) untuk menyakiti orang dan boleh membawa maut.
    • Pelalai
    • Cuca - Jampi yang boleh menundukkan musuh atau yang dapat mengubati luka.
  • Meramal masa hadapan
  • Alimun
  • Santau


contoh ilmu kebal

Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:-
  • Saka - Menggunakan jin/shaitan - kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll.
  • Azimat
  • Menggunakan mentera,jampi, serapah - ayat-ayat tertentu.

Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah atau cara:-
  • Menggunakan ayat-ayat suci
  • Menggunakan kuasa dalaman atau tenaga batin
  • Menggunakan bantuan makhluk halus lain.

Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa bahagin seperti:-
  • Pawang -
  • Dukun -
  • Bomoh -
  • Orang alim - melalui penggunaan ayat-ayat Al Quran.


Sihir dalam rujukan budaya pop
Di dalam media barat terutamanya yang ditujukan kepada kanak-kanak, ahli sihir sering digambarkan sebagai wanita tua yang jahat dengan kulit yang berkedut dan topi berbucu tajam, berbaju hitam atau ungu, dengan hidung yang berketuat and kadang-kadang kuku yang panjang.
Ahli sihir selalunya menaiki penyapu terbang seperti dalam cerita Harry Potter dan filem Hocus Pocus. Mereka selalunya didampingi dengan kucing hitam dan terdapat ahli sihir yang baik seperti dalam cerita Bewitched, Charmed dan The Craft.

Ahli sihir moden pula telah menukar gelaran mereka daripada nama ahli sihir kepada AHLI SILAP MATA dan sanjung tinggi oleh ramai rakyat malaysia dan luar negara sekarang. Antara rancangan popular mereka ada di tv malaysia ialah seperti Criss Angel, David Copperfield. Persoalanya sekarang, Ahli sihir atau AHLI SILAP MATA di tv sekarang diagungkan dan di biarkan oleh jabatan paling tinggi yang kononnya menjaga umat islam dan melayu atau oleh pihak media yang suka kontroversi kononnya suka menegakkan kebenaran  ,tetapi kenapa banyak ilmu perubatan , ilmu seni mempertahankan diri atau ilmu islam disekat dan dihina sebagai tak masuk akal??? Dan begitu cepat pula bende yang tak nampak di ambil tindakan tetapi benda yang jelas dan didepan mata dibiarkan sahaja seperti tiada apa yang berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 05:45 PM | Show all posts
mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
alBaqarah, 102..

ayat TT:
Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut

kan ke kontradik ngan ayat TT yg kendiannya
Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri.


TT, ekau kopipes dr mana ni weh??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 05:49 PM | Show all posts
semasa terbaca satu stories kat dlm laman web tu..... ilmu ni mcm berguna..so i copy sbb nak share to all la...cuba nak cari link tu balik tp dah tertutup plak td......
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 05:52 PM | Show all posts
kontradiksi tu sapa nak jawab?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 09:51 PM | Show all posts
jabatan paling tinggi yang kononnya menjaga umat islam dan melayu atau oleh pihak media yang suka kontroversi kononnya suka menegakkan kebenaran  ,tetapi kenapa banyak ilmu perubatan , ilmu seni mempertahankan diri atau ilmu islam disekat dan dihina sebagai tak masuk akal???
Lady_Ervana Post at 9-7-2010 17:38


yang nihh hamba setuju benar..... lihat saja kes BSS..... malas nak comment lebih2..... mentang2 ahli silap mata tuhh cari popularity.... menguntungkan kerajaan..... dengan siaran TV, media, pejualan tiket, sewaan dewan terkemuka dan lain2.... menyumbang pada ekonomi negara.... pada akidah???

tu lantak laa.... sebab tak semua ahli silap mata tuhh guna sihir skang... atas kerana kecanggihan tekologi yang mampu dunia capai skang..... cuma mcm tak adil..... tapi tak kesah laa.....

anyway,

pernah pada tahun 90an rasenye, uncle hamba tidak dibenarkan masuk ke dewan utama masa tuhh atas pertunjukkan DAVID COPPERFIELD.... dia di 'sound' awal2..... kalau nak masuk, jgn buat apa2 yang mencurigakan....... yang bitau tuhh salah seorang urusetia,..... heheh... takut jugak dia dgn 'orang melayu' punye ilmu ekk....

wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 10:05 PM | Show all posts
TT tertinggal BUSUNG...... dulu popular pada era 80an hingga 90an...... terhenti kejap citerr busung nihh pada penghujung 90an hingga 2005 kita dengar semula mengenai nya..... paling JAHAT nihh laa jenis ilmu nihh....

dan skang nihh.... SIHIR datang dalam pelbagai pakej dan jenis.....

1. jenis dipanggil SANTAU SEKAMPUNG.... teknologi baru golongan JIN.... mampu menyantau seluruh kampung atau pelajar di sekolah.... kita dengar nihh 3-4 tahun kebelakangan ini ramai pelajar sekolah yang mengalami nya... histeria sampai berpuluh orang satu hari....

2. yang nihh hamba tak tau nak panggil apa.... hamba berikan nama SANTAU KEMURUNGAN.... biasa dengar nenek terjun perigi, seorang lelaki bunuh satu keluarga sendiri, biasanya jenis ini menganggu perasaan habis-habisan hingga tahap kemurungan maksimum.... juga merupakan teknologi baru golongan JIN.....

3. ini pon tak tau namanya apa.... atau dipanggil SIHIR SEKAT..... asalnya ilmu ini digunakan oleh kaum chinese kalau tak silap untuk 'pelaris perniagaan' mereka.... tapi bila orang melayu mengkaji dan belajar, dimanipulate kan ilmu pelaris itu tadi jadi suatu sihir untuk MENYEKAT aktiviti perniagaan orang lain.... boleh kata kalau kena satu blok kedai boleh terkena.... telah digunakan sejak penghujung 90an..... boleh dikategorikan teknologi baru...

4. sihir yang satu ini juga dikategorikan SANTAU.... tapi hamba berikan namanya SANTAU KUAT.... santau jenis ini biasanya tidak seperti kebiasaanya melalui angin... tetapi lebih kepada diisi ke dalam makanan dan minuman........ biasanya santau biasa sememang nya ada diantaranya untuk membunuh.... tetapi santau kuat ini sesuai dengan namanya kerana pesakit yang terkena akan kelumpuhan biasanya dalam 24 jam dan akan mati dalam 14 hari akibat merana dan tidak diberikan rawatan yang sewajarnya.... suatu ilmu 'ancient' tapi diberi nafas baru dan sangat aktif kini.....

dan banyak lagi jenis kategori baru dan itu menunjukkan teknologi JIN itu sentiasa berkembang.... begitu juga para perawat.... kalau sekadar hantar kat ustaz baca ruqyah.... itu adalah teknologi rawatan yang ketinggalan.... dan syukur skang.... hasil kecanggihan teknologi bidang perawatan maka, kita dapat merapatkan jurang diantara teknologi JIN dan MANUSIA....

kerana perlu diingat.... JIN dan SYAITAN mmg sudah bersumpah dgn nama ALLAH untuk menghancurkan manusia hingga ke akhirnya iaitu hari KIAMAT.....

Assalamualaikum
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-7-2010 09:14 AM | Show all posts
huhu..mcm2 sihir ada khansss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.449571 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list