CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3291|Reply: 16

RELA ATAU SESUATU?

[Copy link]
Post time 10-8-2010 02:05 PM | Show all posts |Read mode
nak tnya pendapat kes ni...
rsanya anak dia dh dipukau atau mmg kawin dengan rela hati...
kcian tiba2 mak bapak ble 'hilang' anak mcm tu je...

myMetro   Setempat
       Hati saya hancur luluh    Oleh Rashidi Karim

2010/08/10
        

   
              
KANGAR: “Hancur luluh hati saya apabila  dia enggan keluar dari Pejabat Pertubuhan Darul Islah di Mata Ayer, dekat sini, bertemu kami sekeluarga yang terpaksa menunggu beberapa jam di luar pekarangan bangunan itu.  “Tetapi itu tidak mematahkan semangat dan bertekad mengambil semula anak sulung daripada cengkaman guru silat itu  walaupun terpaksa menghabiskan banyak   wang,” kata ibu  Mohd Firdaus Mohd Fuzi, Jamiah Hamid, 55, semalam.

  Jamiah, seorang ustazah berkata, dia kecewa apabila diperlakukan anak sendiri sedemikian rupa dan tindakan itu boleh dianggap derhaka, tetapi sedia memaafkan perbuatan Mohd Firdaus kerana menyedari anaknya itu sudah dipengaruhi seseorang dan mungkin dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, anaknya itu dikatakan enggan keluar dari bangunan berkenaan kelmarin yang menjadi kediaman tetapnya untuk bertemunya yang hadir bersama suami, Mohd Fuzi Mohd Zain, 57, dan anak ketiga, Mohd Fikri, 24.

  “Saya menunggu hampir tiga jam di luar pekarangan bangunan itu, bagaimanapun dia enggan keluar, sebaliknya menghantar orang tengah untuk berbincang sebelum membuat pendirian enggan bertemu kami.

  “Saya begitu sedih dengan sikapnya walaupun dia menyedari saya dan keluarga datang jauh dari Setapak, Kuala Lumpur hanya semata-mata bertemunya.

  “Ibu mana tidak sedih dengan perbuatan anak sebegini, malah saya sudah 26 hari tidak bertemu dengannya,” katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di Taman RPA Kangar, di sini, semalam.

  Bagaimanapun, katanya, dia tidak akan berputus asa dan tidak akan pulang ke Setapak selagi tidak bertemu anaknya itu.

  Menurutnya, dia percaya anaknya sudah dipengaruhi bapa mentuanya, Zubir Mat Isa yang turut mengatur pernikahan rahsia dan Mohd Firdaus mempunyai didikan agama dan mengetahui perbuatannya itu menyalahi hukum syarak.

  “Zubir pernah memarahi kami sekeluarga kerana enggan menikahkan Mohd Firdaus dengan Zuraida seperti dikehendaki lelaki itu pada 1 Ogos lalu. Apabila kami minta ditangguhkan perkahwinan dengan alasan Mohd Firdaus masih belajar, dia terus enggan berbincang sebelum bertindak menyembunyikan anak saya,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 02:07 PM | Show all posts
saye sayang emak saye..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 08:35 PM | Show all posts
aku rasa kena pukau...takkan la sggup buat mak camtu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 08:39 PM | Show all posts
Zubair si guru silat tu banyak MASALAH!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:11 PM | Show all posts
aku pn tgk pic budak lelaki tuh kat paper rase cam pelik...muke die cam blur x macam muke bini die yg agak epi.. adekah die dah melakukan kesalahan yg membuatkan bapak mertua die nikahkan diorang secepat mungkin??? sekadar bertanye..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 10:02 PM | Show all posts
Zubair si guru silat tu banyak MASALAH!
azredclaw66 Post at 10-8-2010 20:39



ko kenal ker zubair ni? agaknya anak beranak tu mmg bermasalah..

aku pun berpendapat mcm tt...kesian kat mak bapak firdaus.

mmg pelik pun..tetiba jer nak paksa anak org sruh kawen ngan anak perempuan dia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2010 10:58 PM | Show all posts
slalu nye pompuan yg kena paksa kawen....neh lelaki plak....
pelik gak haku.....dah tuh takan ler mak ko dtg ko tanak jumpa langsung kan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 08:27 AM | Show all posts
boleh x speku
ank zubair termengandung ank ore len,
paksa jante len bertanggong jwb

nauzubillahh
first ramadhann....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2010 09:03 AM | Show all posts
sian mak die...:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 09:26 AM | Show all posts
carly rasa dia x sedar dgn tindakan dia tu... selalunya kan perempuan jer kena pukau utk kawin dgn lelaki.. kali ni dah terbalik...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 10:28 AM | Show all posts
mcm ade sesuatu jek.. xkn xleh tangguh kwen sblm grade khennn..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 11:42 AM | Show all posts
ore kapong meme bodo gini lah.
pukau la gapo.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 07:52 AM | Show all posts
kesian emaknye..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 09:01 AM | Show all posts
KAWIN PUN X LAMA TU....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 09:24 AM | Show all posts
cam abg ipar aku la
cam kena kawin paksa even masa tu dia lom cukup duit pun nk kawin
pas dia bercerai, baru la dapat tau yg bekas mak mertua yg mandrem dia kawin ngan anaknye secepat mungkin time tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 01:00 PM | Show all posts
ore kapong meme bodo gini lah.
pukau la gapo.
Mek_Kelate Post at 11-8-2010 11:42



    ko bukan org kampung ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2010 01:22 PM | Show all posts
hurm..ntah ler..hanya dia saje yg tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.569020 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list