CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

[Kelantan] Belum cukup dua dos dah mendaki bukit

[Copy link]
Post time 15-10-2021 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Belum cukup dua dos dah mendaki bukit[size=0.8][size=0.9]Siti Rohana Idris
[email protected]


Anggota polis memantau pengunjung yang mendaki Bukit Panau dalam penugasan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). FOTO IHSAN POLIS



Tanah Merah: Mendaki bukit tanpa lengkap suntikan dua dos vaksin Covid-19 menyebabkan 15 remaja berusia antara 14 hingga 18 dikompaun RM2,000 setiap seorang ketika beriadah di Bukit Panau, di sini, hari ini.

Kompaun dikeluarkan hasil pemeriksaan pihak polis terhadap pengunjung di kawasan berkenaan mulai jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, kompaun itu dikeluarkan apabila mereka gagal mengemukakan bukti vaksinasi lengkap melalui aplikasi MySejahtera.

"Seramai 15 pengunjung lagi diberi amaran kerana leka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan jika diulangi, kita akan saman," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainuddin berkata, pemantauan itu membabitkan 10 anggota polis, dua kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah dan seorang anggota Rela dengan pemantauan dibuat bermula dari kaki bukit sehingga ke puncak.

Katanya, tindakan itu dijalankan mengikut Peraturan 16 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPN) P.U(A) 293/2021.

"Anggota KKM sudah membuat hebahan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi termasuk memberi nasihat kepada pengunjung berkaitan penjarakan dan pemakaian pelitup muka.

"Kita akan buat operasi sebegini secara berkala dan dinasihatkan kepada pengunjung agar terus mematuhi SOP serta perlu lengkap dua dos vaksin sebelum menjalankan aktiviti pendakian," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 15, 2021 @ 3:00pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.036008 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list