CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut kereta terbabas masuk parit

[Copy link]
Post time 18-10-2021 03:14 PM | Show all posts |Read mode


TERSEPIT: Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya akibat dari kemalangan terbabit.

SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam kemalangan di Batu 11 Jalan Seguntur di sini hari ini.

Kejadian terbabit dilaporkan berlaku kira-kira jam 8 pagi yang mengakibatkan kenderaan mangsa terjunam ke dalam parit di lokasi berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung ketika dihubungi Utusan Borneo berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 pagi sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa yang berumur sekitar 40-an itu didapati tersepit di dalam kenderaannya.

"Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, selepas pemeriksaan di kawasan sekitar kejadian terbabit dipastikan selamat, pasukan bomba kemudiannya menamatkan operasi pada jam 9.19 pagi.


utusanborneo.com.my/2021/10/18


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.439991 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list