CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Sabah] Penerima vaksin Cansino boleh masuk premis perniagaan

[Copy link]
Post time 18-10-2021 03:15 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Penerima vaksin jenis dos tunggal (Cansino) dibenarkan memasuki premis-premis perniagaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ianya mestilah selepas tempoh masa yang telah ditetapkan daripada tarikh menerima vaksin.

"Vaksin jenis Cansino ini adalah vaksin jenis dos tunggal. Ianya bersamaan dengan vaksin jenis dua dos yang lain.

"Tiada halangan bagi mereka yang menerima vaksin jenis dos tunggal untuk masuk ke mana-mana premis perniagaan atau untuk melakukan urusan.

"Tetapi ianya mestilah selepas 28 hari dari tarikh mereka mendapatkan vaksin jenis Cansino," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah itu berkata, usaha pemberian vaksin kepada orang ramai akan tetap diteruskan walaupun dengan penutupan beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini.  

"Walaupun beberapa PPV telah ditutup, terdapat 16 buah PPV lagi yang masih dibenarkan beroperasi di kawasan-kawasan yang masih memerlukan.

"Bagi kawasan yang sudah tidak mempunyai PPV, pemberian vaksin akan dilakukan di klinik-klinik kesihatan yang berdekatan" katanya.

Shahelmey juga mengingatkan orang ramai agar terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak dijangkiti virus COVID-19.

"Dengan peralihan dari fasa pandemik ke fasa endemik ini, saya ingin mengingatkan orang ramai untuk tetap mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat" katanya.



utusanborneo.com.my/2021/10/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.045171 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list