CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Sarawak] Diwarta rizab komunal bumiputera

[Copy link]
Post time 18-10-2021 03:40 PM | Show all posts |Read mode


SIMUNJAN: Sebanyak 5,585.2 hektar tanah berjaya diukur secara perimeter untuk Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) di Bahagian Samarahan setakat 30 September lalu.

Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Samarahan, Monaliza Ismail berkata, ia melibatkan 20 kawasan manakala 18 diwartakan sebagai rizab komunal bumiputera di bawah Seksyen 6 KTN berkeluasan 5,305.4 hektar.

“Bagi pengukuran lot secara individu Seksyen 18 KTN pula, sebanyak 12 kawasan berjaya diukur seluas 1,677.4 hektar melibatkan 1,773 lot. “Seluas 1,342 hektar pula dikeluarkan surat hak milik tanah Seksyen 18 melibatkan 1,259 lot dari tujuh kawasan,” katanya pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 KTN dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 (Pertanian & Kediaman) serta Majlis Pelancaran Skim Pembesaran Kampung Gedong Baru, di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu tambahnya, untuk pengukuran kampung tradisional pula, setakat 30 Semptember juga sebanyak 45 kampung diukur di Bahagian Samarahan berkeluasan 5,027.22 dengan 7,958 lot.

Menurutnya, sebanyak 6,803 lot pula dikeluarkan surat hak milik tanah Seksyen 18 KTN . “Hari ini (16 Oktober), kita akan menyaksikan penyerahan warta rizab komunal bumiputera Seksyen 6 bagi dua kawasan iaitu Kampung Gumpey dan Gedong. Bagi Kampung Gumpeng ia berkeluasan 288.33 hektar.

“Sementara satu lagi  kampung melibatkan Kampung Gedong atau kawasan Gedong; Kampung Segera Jaya atau Kampung Tengah Hulu; Kampung Lalang Hilir atau Lot RGC Gedong, Kampung Perintah Masjid Gedong, Kampung Lalang Mayak atau Lalang Tengah Gedong dan Kampung Tengah Hilir atau Kampung Tengah Lama dengan keluasan 91.6 hektar,” ujarnya.

Beliau memaklumkan, surat hak milik tanah Seksyen 18 bagi kediaman dan pertanian turut diserahkan semalam melibatkan kawasan Kampung Gumpey (kediaman) dengan 37 bilangan surat dan 34 penerima.

“Sementara Kampung Gedong (pertanian) melibatkan 101 surat hak milik tanah dan diserahkan kepada 90 penerima,” tegasnya. Dalam hal berkaitan, bagi Skim Pembesaran Kampung (SPK) Gedong, Simunjan pula ia terbahagi kepada tiga tapak iaitu A, B dan C.

“Jabatan Tanah dan Survei Sarawak merupakan agensi pelaksana projek tapak A dan B dengan kos RM15 juta di bawah projek rakyat yang berkeluasan 16.27 hektar, kedua-dua tapak ini dibina sebanyak 180 lot.

“Bagi tapak C pula pihak  Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) merupakan agensi pelaksana yang bertanggungjawab membangunkan projek ini dengan kos RM20 juta, ia juga merangkumi projek Rumah Spektra Permata sebanyak 107 lot dengan keluasan 8.95 hektar. “Jadi, jumlah keluasan tapak SPK Gedong Baru secara keseluruhan adalah 25.22 hektar yang akan mempunyai 287 lot,” jelasnya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusaan Kecil dan Sederhana merangkap Adun Gedong Datuk Mohd. Naroden Majais, Pengarah Tanah dan Survei Datuk Abdullah Julaihi, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Jabatan Ketua Menteri Datuk Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu, Setiausaha Politik Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (Motac) Mohamad Kamaluddin Mohamed Effendi (wakil Datuk Seri Nancy Shukri).


suarasarawak.my/2021/10



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.048154 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list