CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 5

[Sarawak] Pemuda tak mengaku rogol teman wanita

[Copy link]
Post time 19-10-2021 09:03 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merpgol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan.

Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000.

Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh mer0gol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini.

Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa.

Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangkan tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Hakim Jason Juga seterusnya menetapkan 23 November depan untuk pengurusan kes.

Mahkamah turut mengingatkan tertuduh untuk tidak mengganggu mangsa dan ahli keluarga mangsa.




Oleh Hafizah Abdul Hamid
Kategory Mahkamah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2021 02:02 PM | Show all posts
sbb bwh umur ja dikira rogol...entah2 suka suki gitu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya memang suka sama suka ni. Tapi bila dah mengandung, family perempuan akan buat charge merogol. Lagipun undang undang dah tetapkan bila bawah 18 consider rogol.

Aduhaiiii kenapa la nak rosakkan masa depan sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2021 04:21 PM | Show all posts
acikbrown replied at 19-10-2021 03:02 PM
Biasanya memang suka sama suka ni. Tapi bila dah mengandung, family perempuan akan buat charge merog ...
kan ...
selalu nya pihak perempuan memula akan minta lelaki tu bertanggungjawab ...mungkin dia takmo ...tu kena report ...

senang citer la ...
tak kira la dak pompuan tu bawah umur ke tak bawah umur ... lelaki yang baik tak kan buat tak senonoh ...



Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka sama suka je ni..  Tapi laporan polis dibuat oleh seorang doktor.. Not the family..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2021 12:33 AM | Show all posts
ease replied at 20-10-2021 12:04 AM
Suka sama suka je ni..  Tapi laporan polis dibuat oleh seorang doktor.. Not the family..
Doktor pun terpaksa buat laporan sebab kes bersalin bawah umur ...

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.278523 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list