View: 397|Reply: 2
|
[Sarawak]
Pesara Bomba yang dermawan. Dia dah... anda bagaimana?
[Copy link]
|
|
Sejumlah 145 pints darah bersamaan lebih kurang 82 liter darah telah didermakan oleh seorang pesara bomba yang dermawan. Jumlah itu menjadikan PBK II (KUP) 3494 Vixonsday anak Francis Ketir, seorang pesara bomba telah dianugerahkan sebagai Prestigious Top Blood Donour of The Year daripada Red Crescent Kuching Branch.
Mengimbas kembali sejarah beliau memulakan perkhidmatan bermula daripada era Council lagi iaitu pada tahun 1979. Kemudian setelah Perkhidmatan Bomba diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan, beliau telah diserapkan ke dalam jabatan pada tahun 1983. Beliau bergiat aktif dalam aktiviti menderma darah semenjak tahun 1980.
Ketika ditemui oleh PKPgB Muhammed Mirza Dzalmira Miraj, Pegawai Pehubungan Awam di rumahnya di kampung Stenggang, Bau pagi ini, beliau juga memaklumkan -PRO Sarawak- bahawa ayahnya (ABTB Francis Ketir) dahulu adalah merupakan salah seorang anggota bomba yang berpangkat Ahli Bomba Tingkatan Kanan yang bertugas di Balai Bomba Padungan.
Pada zaman mudanya, Vixonsday merupakan seorang yang sangat aktif bersukan. Beliau merupakan salah seorang pemain bola tampar (posisi setter) jabatan. Apa yang lebih menarik, beliau juga pernah beraksi dalam perlawanan bolasepak -PRO Sarawak- bersama lagenda bola sepak Ngap Sayot Sarawak, iaitu Mohd Ali Shafiee (ayah Mohd Ali Syafiee juga merupakan pesara bomba yang pernah bertugas di Balai Bomba Padungan).
Vixonsday, kini telah bersara pada 16 Julai lalu dan didoakan supaya beliau sentiasa sihat bersama keluarga tercinta.
-Pegawai Perhubungan Awam-
BOMBA SARAWAK
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terimakasih acik
moga sentiasa sihat selalu ... ramai yang menghargai sumbangan dari acik ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|