KUCHING: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menjalankan usaha bersepadu menjejaki golongan yang enggan menerima vaksin.
Bagi beliau punca perlu dikenal pasti kerana terdapat segelintir masyarakat berasa takut untuk disuntik vaksin.
Manakala selebihnya tidak mempercayai fungsi vaksin.
Menurut, Abdul Rahman golongan ini perlu diberi kaunseling menerangkan kepentingan vaksin.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkaitan golongan antivaksin yang mungkin terpaksa berdepan kesukaran kerana tidak dibenar menikmati kemudahan kelonggaran seperti individu yang sudah lengkap menerima suntikan dua dos vaksin.
sarawakvoice.com/2021/10/20
|