CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1043|Reply: 1

[Sarawak] MA63: Baru mahu terlibat dalam perbahasan sokong pindaan Perlembagaan

[Copy link]
Post time 24-10-2021 08:25 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian berkata beliau tidak sabar untuk menyertai perbahasan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan peruntukan sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Saya berharap pembentangan (RUU) itu nanti tidak mengambil masa terlalu lama," katanya dalam kenyataan hari ini mengulas laporan akhbar mengenai bacaan kedua RUU akan ditangguh ke tarikh baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Sabtu dipetik sebagai berkata pembentangan RUU itu akan diteruskan dengan bacaan pertama di Parlimen pada Selasa depan (26 Oktober 2021) bagaimanapun bacaan kedua yang sepatutnya pada Khamis (28 Oktober 2021) dijadual semula ke tarikh baharu.

Menjelas mengenai perkara itu, Wan Junaidi berkata ia bagi membolehkan bagi membolehkan peguam negara memberi penjelasan mengenai cadangan pindaan kepada ahli kabinet tentang perkara ini.

"Kabinet juga bersetuju menjemput peguam negara pada mesyuarat 28 Oktober ini untuk menjelaskan mengenai pindaan ini.

"Hanya selepas kabinet berpuas hati, kita akan tetapkan tarikh baru bagi bacaan kedua di parlimen," katanya sambil menambah jadual asal, bacaan kali pertama adalah pada 26 Oktober manakala bacaan kali kedua dibahas dan diputus pada 28 Oktober ini.

Tambah Wan Junaidi, RUU ini dibentang pada mesyuarat kabinet 20 Oktober lepas tetapi ada dua tiga menteri yang bertanya untuk penjelasan.

Tegas Wan Junaidi lagi RUU ini tidak ada masalah hanya persoalan penjelasan seperti yang diminta oleh menteri-menteri.

Sehubungan itu Baru memaklumkan beliau terkejut kerana pandangan peguam negara tidak diperoleh terlebih dahulu kerana perkara penting terutamanya meminda Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya pelbagai aspek RUU itu harus dipersetujui Kabinet sebelum Ahli Parlimen diberi taklimat secara rasmi cadangan pindaan semasa persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau juga berkata pengumuman penangguhan itu pastinya mengecewakan rakyat Sarawak dan Sabah yang sudah menanti sekian lama untuk pindaan itu menjadi kenyataan.
"Ini bukan pindaan yang rumit kerana ia hanya meminta hak-hak Sarawak dan Sabah dikembalikan, diambil daripada kita tanpa persetujuan kita.

"Tidak pernah terlewat untuk membetulkan apa yang salah sebelum ini dan semua rakyat Sarawak dan Sabah tidak sabar melihat RUU ini dibentangkan di Parlimen," ujarnya.


utusanborneo.com.my/2021/10/24


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2021 08:30 PM | Show all posts
Wong beri jaminan PSB akan sokong RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan


Wong pada sidang media di ibu pejabat PSB, hari ini.

KUCHING: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh memberi jaminan bahawa parti itu akan memberi sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan peruntukan sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dibentangkan pada 26 Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu berkata, sudah terkandung dalam manifesto PSB sejak penubuhan parti tersebut lagi.

"Kita percaya Perlembagaan Persekutuan dan MA63, apa yang menjadi hak-hak istimewa dan kepentingan Sarawak yang terkandung dalam MA64 yang telah terhakis sejak sekian lama kita akan terus memperjuangkannya.
"Oleh itu, PSB akan menyokong pindaan RUU berkaitan perkara ini yang akan dibentangkan nanti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PSB di sini hari ini.

Tegasnya lagi, PSB akan terus memperjuangkan dan mengembalikan semula hak-hak yang telah terhakis ini kepada Sarawak.

"Ini sudah menjadi hak dan keistimewaan kita di Sarawak (yang terkandung dalam MA63) yang harus kita pertahankan dan dikembalikan," kata Wong.

Nada yang sama turut disuarakan Presiden Protem Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Baru Edmund Stanley Jugol yang memberitahu, perkara tersebut sememangnya amat dekat dengan rakyat negeri ini.

"Pindaan ini saya rasa semua yang ada di Sarawak menyokong pindaan ini untuk mengembalikan semula hak-hak Sarawak yang terhakis," ujarnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan persekutuan akan meneruskan pembentangan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan peruntukan sejajar dengan MA63 pada 26 Oktober ini.

Bagaimanapun katanya bacaan kali kedua yang dijadual pada 28 Oktober akan dijadual semula ke tarikh lain.

Ia katanya bagi membolehkan peguam negara memberi penjelasan mengenai cadangan pindaan kepada ahli kabinet mengenai perkara ini dan secara prinsipnya kabinet telah meluluskan memorandum RUU ini pada mesyuarat kabinet 20 Oktober lalu.

"Kabinet juga bersetuju menjemput peguam negara pada mesyuarat 28 Oktober ini untuk menjelaskan mengenai pindaan ini dan hanya selepas kabinet berpuas hati, kita akan tetapkan tarikh baru bagi bacaan kedua di parlimen," katanya dalam kenyataan.


utusanborneo.com.my/2021/10/24


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.501904 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list