CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 951|Reply: 0

[Sarawak] GPS tidak terlibat PRN Melaka

[Copy link]
Post time 24-10-2021 08:27 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 yang diadakan November ini.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ia kerana GPS bukan sebahagian daripada mereka yang akan bertanding di Semenanjung.
“Setakat ini, kita tidak terlibat (PRN Melaka) Bagaimanapun, kita hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka yang bertanding.

“Paling penting prosedur operasi standard (SOP) harus dijaga" katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Tengah Hari Bersama Pemimpin Tempatan di Kampung Kolong 2, Matang di sini, hari ini

Ketika ditanya mengenai kemungkinan mana-mana ahli GPS yang ingin terlibat dalam pilihan raya itu, Fadillah berkata, ia terpulang kepada individu berkenaan.

"Terpulang kepada mereka kerana kita mengamalkan demokrasi. Tapi, kita tidak terlibat dengan mana-mana parti dari Semenanjung," katanya.

Mengenai PRN Sarawak ke-12 yang akan datang, Fadillah yang merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya berkata bahawa ketiga-tiga kerusi di bawah kawasan parlimennya sentiasa siap siaga.

"Sejak dari PRN terdahulu, semua sudah mula bekerja (turun padang). Inilah yang menjadi budaya GPS dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu berkhidmat sepanjang masa, bukan sahaja semasa pilihan raya," katanya.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berharap agar perbentangan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan bagi meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diluluskan seperti yang dimahukan oleh Sarawak dan Sabah.

"Pindaan itu, jika diluluskan, akan menggambarkan semangat pembentukan Malaysia. Jika tidak, Perlembagaan hanya akan menyerlahkan semangat Semenanjung Malaysia sahaja," katanya.

Terdahulu, Fadillah menyampaikan bantuan galakan pendidikan bernilai RM3,200 kepada 16 pelajar Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok di Kampung Kudei Baru Iban.

Selepas itu, beliau mengunjungi lima buah rumah warga emas untuk menyampaikan bantuan wang tunai dan bakul makanan kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di DUN Samariang.

Beliau turut menyampaikan bantuan bakul makanan berjumlah RM1,800 kepada 30 penduduk serta bantuan kebajikan berupa kerusi roda, susu dan lampin dewasa untuk golongan miskin di DUN Tupong.


utusanborneo.com.my/2021/10/24

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.049731 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list