Edited by Vellfire at 25-10-2021 02:03 PM
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211025/tangkap2.jpg)
KUCHING: Taktik seorang lelaki menyembunyikan dadah dalam kotak rokok terbongkar apabila dia ditangkap kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di hadapan pintu masuk sebuah bilik sewa di Jalan Batu Kawa malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan sekitar jam 11.45 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.
"Lelaki tersebut berada di hadapan pintu masuk sebuah bilik untuk disewa kawasan Jalan Batu Kawa ketika diperiksa oleh polis.
"Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu kotak rokok warna hitam hijau dari genggaman tangan kanan suspek dan apabila diperiksa di dalamnya terdapat satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, dadah berkenaan dianggarkan seberat 0.50 gram dengan nilai RM50.
Dalam pada itu, Abang Zainal memberitahu, saringan awal ujian air kencing suspek juga didapati positif dadah jenis Amphetamine.
Berikutan itu, tegasnya kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
utusanborneo.com.my/2021/10/25
|