View: 1841|Reply: 3
|
Sejarah Penjajahan Dan Realiti Semasa Akhir Zaman Dari Satu Sudut Pandang
[Copy link]
|
|
Edited by MenggapaiLangit at 27-10-2021 05:20 PM
REALITI SEMASA AKHIR ZAMAN – SIRI 1
1. Pengenalan – Suatu Sudut Pandang
Dalam kehidupan ini terdapat sudut pandang yang pelbagai. Tidak membiarkan manusia hanyut dengan sudut pandang yang keliru, Tuhan memberi pedoman melalui kitab dan utusanNya agar manusia jelas dalam hala tuju sudut pandang yang sepatutnya. Perbezaan sudut pandang seumpama dua orang yang duduk berdepan, mereka diletakkan bola yang mempunyai dua warna berbeza. Satu bahagian warna menghadap orang pertama dan satu bahagian warna lagi menghadap orang kedua. Jawapan mereka pasti berbeza jika ditanya apakah warna bola tersebut.
Tiada yang salah dalam perbezaan jawapan yang diberikan oleh mereka, kesalahan berlaku apabila mereka mula saling menyalahkan. Kesalahan yang lebih besar boleh berlaku sekiranya mereka terperangkap dengan jawapan masing-masing tanpa merasakan perlu bangun untuk melihat bola itu secara keseluruhannya. Maka tulisan ini hanya membawakan satu sudut pandang yang mungkin boleh dipertimbangkan dalam realiti kehidupan semasa. Mungkin terdapat 1001 jawapan dan alasan kepada situasi yang ingin diberikan dalam setiap tulisan ini, namun ianya tidak dapat menafikan satu sudut pandang yang harus difikirkan.
Dan apabila dikatakan kepada mereka, “ janganlah membuat kerosakan dibumi!” Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang melakukan kebaikan,”.Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidakmenyedarinya. (SurahAl-Baqarah, ayat 11-12.)
2. Kezaliman dan Pencabulan
10 tahun lalu jika dikhabarkan umat Islam tidak lagi mengerjakan ibadah Haji, tidak dibenarkan solat fardhu Jumaat,tidak dibenarkan melakukan amalan-amalan sunat utama seperti merapatkan saf solat Jemaah, pasti kita sukar untuk menerimanya. Namun dalam melalui kehidupan, ianya benar-benar berlaku. Ironinya kita tidak lagi merasa pelik. Dalam tidak sedar, kita telah terbiasa untuk merasionalkan pengubahan agama, untuk memenuhi tuntutan kepentingan urusan duniawi.
Melihatkan situasi kini, hati dan akal yang cerdas pasti dapat merasakan sesuatu yang tidak kena telah dilakukan terhadap agama ini. Masjid sebagai rumah Allah sepatutnya diperlakukan dengan hak dan peraturan yang telah ditetapkan Allah. Namun kini ianya diperlakukan untuk memenuhi hak dan peraturan yang ditetapkan oleh manusia. Ironinya hak dan peraturan yang ditetapkan itu bercanggah dengan ketetapan Allah. Islam sangat menitikberatkan keadilan, namun tanpa disangka di rumah Allah inilah berlakunya diskriminasi yang sangat jelas. Satu perkara yang boleh difikirkan ialah adakah Allah redha pada kekalutan yang dilakukan kepada agama ini?
Umpama satu persatu hak dalam kehidupan ini ditarik dan dirampas. Setelah hak itu semakin mutlak dikuasai perampasnya,manusia dikehendaki akur pada syarat-syarat dan peraturannya pula untuk mendapatkan hak-hak itu kembali. Perbuatan memaksa manusia untuk membuat sesuatu tanpa kerelaan diri sendiri apatah lagi perkara yang melibatkan anggota tubuh badan yang sepatutnya menjadi tanggungjawab hak setiap individu bolehlah dikatakan sebagai satu pencabulan. Manakala perbuatan merampas hak-hak kemanusiaan demi memastikan manusia tunduk kepada syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan sehingga terpaksa merelakan diri sendiri “dicabul” merupakan ugutan yang tidak beretika. Walaupun kelak hak itu dikembalikan bersyarat,ianya bukanlah sebuah kemenangan, namun tanda kekalahan sebuah moral kepada kezaliman dan pencabulan.
Jika hak dalam agama itu sendiri mampu dijadikan sebagai pembolehubah untuk memberi justifikasi kepada tuntutan dunia, dikhuatiri ianya akan terus berubah dan berevolusi mengikut kepentingan semasa. Sehingga umat Islam atau generasi akan datang sudah tidak mengenali agama dengan jalan yang sebenarnya. Mungkin hadis penceritaan sejarah bagaimana penyembahan berhala bermula pada zaman kaum Nabi Nuh as boleh dijadikan sebagai iktibar. Bermula dengan niat yang disangka baik membuat binaan orang-orang alim, atas dasar untuk memberi ingatan, ianya berevolusi kepada penyembahan berhala setelah berlalu generasi yang baru. Apatah lagi umat Islam kini sedang menanti ujian getir dalam hal keimanan dan akidah dalam mengharungi fitnah terbesar.
“Jika suatu masa kelak kamu tidak lagi mendengar bunyibising, gelak ketawa kanak-kanak riang diantara saf-saf solat di masjid masjid,maka sesungguhnya takut lah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian masaitu".(Sultan Al-Fateh).
3. Analogi
Jika boleh dilakukan eksperimen mudah, dikatakan pada seseorang itu jangan bergerak kerana ada nyamuk, dan kita ingin menepuk nyamuk itu, kebanyakannya tidak akan berganjak dan membenarkan kita untuk menepuk anggota badan yang disangka ada nyamuk walaupun nyamuk itu kemungkinan sebenarnya tiada. Respon sedemikian sememangnya logik memandangkan orang yang sangka dihinggap nyamuk itu berada dalam situasi panik singkat akibat info diterima serta merta yang mendorong fikirannya untuk bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin itulah analogi yang boleh dikaitkan dengan permasalahan yang dihadapi umat manusia kini. Merasakan diri dihinggap nyamuk sehingga merelakan orang lain untuk menepuk, menampar, menumbuk atau diperlakukan apa sahaja kerana telah dihinggap nyamuk yang dikatakan bukan nyamuk biasa lagi dan memerlukan tepuk yang juga bukan tepuk biasa lagi,kebergantungan kita kepada mereka juga telah berubah menjadi amat luar biasa.
Untuk memastikan kita tidak menjadi mangsa seperti analogi di atas, kita haruslah melihat sesuatu yang berlaku dari sudut naratif yang luas. Umpama menonton filem, kadang kala terpacul dialog dari mulut kita sendiri “kenapa dia buat keputusan mcm tu” atau “kenapa dia pergi dengar cakap orang tu” . Sudut pandang yang harus kita gunakan sekarang mestilah dari sudut naratif yang luas iaitu dari sudut pandang penonton yang jelas dengan jalan penceritaan, bukan dari sudut sempit watak yg hanya melalui sesuatu cerita. Mungkin kalau watak dalam cerita itu dapat mendengar nasihat dari penonton, mereka akan mengubah keputusan yang diambil. Begitulah kita dalam kehidupan seharian, sebagai umat Islam rupanya kita telah diceritakan naratif kehidupan yang dilalui melalui Al-Quran dan As-Sunnah.
Beruntungnya manusia melalui jalan Islam, telah diperingatkan oleh Tuhan tentang apa yang akan berlaku pada akhir zaman, agar manusia bersedia dan memilih kepada jalan menuju Allah. Namunalangkah sedihnya pula jika pada masa itu tiba, kita lalai pada semua ingatan itu dan memilih pula kepada jalan menuju kepada musuh-musuh Allah. Terdapat banyak ayat dalam Quran dan Hadis yang menitikberatkan agar manusia tidak menjadi lalai. Dan banyak pula hadis yang menyatakan mengenai pembohongan-pembohongan yang akan berlaku pada akhir zaman. Pastinya ingatan agar manusia tidak menjadilalai itu antaranya adalah demi memastikan manusia tidak tertipu dengan pembohongan-pembohongan yang akan berlaku lantas menjadikan iman dan akidahmanusia sebagai taruhan.
4. Pembohongan dan Kelalaian Hati.
Sabda Rasulullah SAW: Akan datang kepadamanusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar,diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar. (Riwayat Ibn Majah)
Mengulas mengenai hati yang lalai, berikut disertakan serba sedikit pengamatan yang dapat dilakukan terhadap hasil dalam penternakan lembu. Antara yang dapat diperhatikan gelagat daripada lembu-lembu itu ialah:
1. Lembu apabilasampai masa untuk dikurung dalam kandang, mereka akur.
2. Lembu apabila dilepaskanpintu kandang, mereka menikmati kebebasan meragut rumput.
3. Lembu apabila kitamemberi makanan, mereka makan tanpa persoalkan sumber apa makanannya.
4. Lembu apabilamereka sakit, kita boleh suntik apa saja ubat yang dirasakan sesuai.
Lembu terus menerus berkerja untuk kita, lembu betina disimpan sebagai pembekal anak-anak lembu yang baru, manakala lembu jantan apabila sudah cukup umur boleh dijadikan jualan daging atau korban. Mereka mempunyai mata, telinga, dan otak, namun ruang lingkupnya terhad kepada naluri yang telah ditetapkan penciptaNya. Lembu-lembu itu tidak pernah mempersoalkan sistem kehidupan mereka yang telah diaturkan. Berbeza dengan lembu, manusia dianugerahkan akal dan fikiran.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raaf : 179)
Alangkah rugi jika akal dan fikiran ini ditidurkan sehingga tidak mampu mengorak langkah bangkit menyedari bahawa ada pihak yang cuba melemahkannya. Mungkin selama ini kita lalai dalam kehidupan sehingga membuka ruang pihak lain menguasai jiwa dan diri ini yang tanpa sedar hanya memperlakukan kita seperti lembu ternakan mereka.Mereka telah membataskan penglihatan, pendengaran dan hati kita dengan menjadikan dunia ini sebagai kandang manakala isinya sebagai dedak dan umpan. Mereka terus menjadi tuan kepada ternakannya, ataupun lebih teruk lagi menjadi tuhankepada manusia yang diperhambakannya.
(bersambung ke siri 2)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MenggapaiLangit at 27-10-2021 03:38 PM
REALITI SEMASA AKHIR ZAMAN – SIRI 2
5. Langkah-LangkahPenguasaan Dunia oleh Yahudi dan Nasrani
Dari ‘Umair bin Hani’ Al ‘Ansi, ia bertutur bahwa ia mendengar Abdullah bin ‘Umar berkata,“Suatu saat kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW. Baginda berbicara tentang fitnah-fitnah dan baginda juga memperbanyak ceritanya, sampai baginda berkisah tentang fitnah Al Ahlas. Maka seseorang bertanya, ‘Apakah itu fitnah Al Ahlas? Rasulullah saw menjawab,(iaitu fitnah) ketika orang-orang saling bermusuhan dan terjadi peperangan.Kemudian fitnah sarra’ (kesenangan),kotoran atau asap berasal daripada bawah kaki seseorang dari Ahlu Baitku, dia mengaku keturunanku, padahal ia bukan dariku. Sesungguhnya para waliku hanya orang yang bertakwa. Lalu, orang-orang berdamai pada satu orang layaknya pangkal paha yang bertemunya di tulang rusuk. Kemudian fitnah Duhaima’ yang tidak membiarkan ada seseorang daripada umat ini kecuali dihentamnya. Jika dikatakan, “Dia telah selesai”, maka ia berterusan. Di dalamnya seorang lelaki pada pagi hari beriman, tetapi pada petang hari menjadi kafir, sehinggakan manusia terbahagi menjadi dua khemah iaitu khemah keimanan yang tidak mengandungi kemunafikan dan khemah kemunafikanyang tidak mengandungi keimanan. Jika itu sudah terjadi, maka tunggulah kedatangan al-Masih Dajjal pada hari itu atau esoknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Berdasarkan hadis tersebut dapat difahami bahawa terdapat 3 fasa fitnah yang berlaku pada akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal. Secara umumnya fasa fitnah itu dimulai dengan kekacauan akibat peperangan. Setelah itu dunia berlaku fasa kesenangan dan kesejahteraan dan terakhir akan berlaku fasa fitnah kemuncak sebelum turunnya dajjal.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Kalian benar-benar akan mengikut jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan memasukinya. Kami (iaitu kalangan sahabat) bertanya: "Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda SAW menjawab: "Siapa lagi (kalau bukan mereka)?" (Hadis Riwayatal-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis tersebut, dapat difahami umat Islam sendiri akan mengikut jejak langkah yahudi dan nasrani langkah demi langkah sehingga masuk ke lubang biawak. Lubang biawak mengikut bahasa ialah sebuah tempat yang sempit dan gelap yang mana tiada manusia boleh memuatkan diri memasukinya. Namun dapat dibayangkan jika manusia berada di dalamnya,pastilah berada pada situasi yang gelap dan sempit sehingga mata tidak lagi dapat melihat cahaya, telinga tidak lagi dapat mendengar, dan hatinya pula berada dalam keadaan gelap kerana sudah tidak dapat menilai kewarasan dalam ikut-ikutan. Terdapat beberapa persoalan utama yang terdapat dari hadis di atas untuk dikaji iaitu:
i. Bagaimana Yahudi dan Nasrani mengikat manusia untuk menuruti mereka? ii. Bagaimana Yahudi dan Nasrani berjaya membentuk model ikut-ikutan kepada manusia?, dan iii. Bagaimana manusia boleh mengikuti jejak langkahYahudi dan Nasrani sehingga ke tahap yang tidak masuk akal?
Kedua-dua hadis di atas bolehdikaitkan dalam sebuah kronologi masa yang boleh dipertimbangkan kemungkinannyadari satu sudut pandang.
i. Yahudi dan Nasrani mengikat dunia untuk menuruti mereka. – Fitnah al-Ahlas.
Islam hadir demi menyampaikan cahaya kebenaran dari Tuhan. Bagi golongan yang dahagakan kebenaran, Islam hadir membawa jalan yang lurus. Manakala bagi golongan yang empuk dalam kebatilan, Islam ialah sesuatu yang hanya dipandang sepi atau sebagai musuh yang harus diperangi. Bermula dengan penentangan dari kaum kafir quraisy, pemimpin dan kaumnya merasakan Islam telah merungkai kebatilan yang selama ini cuba mereka sorokkan atas konflik kepentingan peribadi masing-masing dari sudut ekonomi,agama, adat resam dan sosio budaya yang selama ini berat sebelah dan menyesatkan dari jalan kebenaran. Kaum yahudi pula merasakan Islam satu perlambangan kepada penolakan mereka sebagai kaum terpilih apabila rasul terakhir diutuskan bukan lagi dikalangan mereka.
Sesudah itu, Islam terus diperangi dari segenap penjuru kuasa. Pelbagai kuasa besar menolak cahaya kebenaran Islam dan menganggap Islam sebagai gelombang ancaman. Maka berlaku beberapa pertembungan antara Islam dengan kuasa-kuasa besar dunia yang membawa kepada beberapa siri peperangan ‘nyata’ yang berlaku kepada umat Islam. Sehingga umat Islam berjaya membentuk legasi ketamadunan yang unggul dengan ilmu dan peradaban dari Kota Baghdad ke Kota Andalusia. Manakala ketamadunan Barat melalui zaman gelap Eropah masih lagi ketinggalan walaupun dalam soal-soal asas kehidupan.
Masa berlalu, bermula dari revolusi the renaissance dan the enlightenment, Eropah telah melakukan kebangkitan dalam ketamadunan mereka. Setelah melalui beberapa siri tamparan hebat melalui jatuhnya kota-kota utama Kristian iaitu Kotakonstantinopel dan Kota Baitulmaqdis, mereka sedar cara untuk bangkit menebus kekalahan itu ialah dengan membentuk ketamadunan unggul. Melalui kesatuan yang dicapai oleh Kristian Eropah, mereka mula mengorak langkah terancang dalam kebangkitan.Mereka sedar, peperangan ‘nyata’ menentang umat Islam sukar untuk dimenangi. Sukar untuk memenangi tentera yang bukan sahaja tidak takut mati, bahkan mereka sememangnya berperang untuk mati. Jalan untuk memenangi peperangan umat Islam kelak ialah dengan cara untuk melemahkan semangat perjuangan itu.
Kristian Eropah mula merasakan adalah amat penting bagi membentuk peperangan ‘tidak nyata’ terhadap umat Islam dalam usaha mereka meluaskan penguasaan dan pengaruh ke suluruh dunia. Melalui jalan halus dan muslihat, mereka melakukan serangan demi serangan ke kota-kota utama umat Islam termasuk kota Andalusia dan kota Melaka. Manila yang suatu ketika dulu dikenali sebagai ‘Fi Amanillah’ (kota lindungan Allah) juga turut diserang oleh rombongan Ferdinand Magellan sebagai permulaan tapak kristianisasi di sana yang sehingga kini telah menjadi negara majoriti Kristian. Strategi menyerang, kekerasan, pecah dan perintah, diplomasi licik,muslihat, tipu daya, sogokan, mengadu domba dan segalanya dilakukan oleh mereka demi penjajahan mereka terhadap dunia.
Langkah ini bagi pembentukan ketamadunan baru dunia. Beberapa siri peperangan dan penderitaan telah dilalui oleh umat dunia. Bagi dunia, rentetan itu berterusan sehingga fasa siri perang dunia I dan perang dunia ke II. Bagi dunia Islam pula, siri penjajahan itu telah meruntuhkan pemerintahan kekhalifahan Islam terakhir Uthmaniyah. Ketamadunan dunia seolah bermula dari kosong semula. Pembinaan ketamadunan dunia sesudah itu merupakan satu proses jangka panjang kepada fasa dunia baru acuan mereka. Pada fasa ini berlakunya banyak peperangan, perlarian dan penderitaan, saya secara peribadi berasa bahawa fasa yang telah dilalui oleh dunia seperti kronologi diatas telah membentuk fasa fitnah Ahlas seperti di dalam Hadis.
ii. Yahudi dan Nasrani membentuk model ikut-ikutan kepadadunia dan umat Islam. – FitnahSarra’.
Dunia dilihat berada pada fasa keamanan dan kesejahteraan setelah berlalu fasa yang dinyatakan diatas. Beratus-ratus tahun berlalu penjajahan, setelah dipastikan setiap tanah jajahan tunduk kepada sistem yang dibentuk mereka, satu per satu negara bangsa dibentuk dengan jalan kemerdekaan. Negara bangsa ini dibentuk dengan persempadanan yang baru agar memudahkan urusan strategik dan percaturan geopolitik mereka di masa hadapan.Pertubuhan Negara-negara sedunia ditubuhkan melalui PBB untuk mencapai suara sejagat dunia. Dalam kebanyakan negara merasakan mereka telah merdeka dari cengkaman penjajah, rupanya kebebasan itu diberikan supaya keputusan yang dibuat seterusnya mengikut hala tuju dan acuan yang telah dibentuk oleh penjajah. Inilah permulaan kepada bagaimana umat Islam dan manusia akan terus langkah demi langkah mengikuti jejak langkah mereka.
Modus operandi mereka adalah konsisten dilakukan sejak dari dahulu sehingga kini. Mereka akan mencipta permasalahan dan mereka akan menyediakan penyelesaian kepada masalah itu mengikut acuan mereka. Mereka menjajah seluruh pelusuk dunia agar mereka dapat mempergunakan sepenuhnya hasil bumi untuk kekayaan sendiri, eksploitasi buruh penduduk setempat, dan mendoktrin penduduk negara jajahan masing-masing. Sedangkan umat Islam pada sebelumnya menjalani kehidupan yang tinggi nilai ketamadunan ilmu dan peradaban. Namun semua itu diahapuskan agar manusia berasa selama ini hidup dalam era kegelapan yang memerlukan cahaya petunjuk daripada pihak Kristian Eropah dan mengangkat mereka sebagai wira yang harus dijadikan kiblat dalam segenap penjuru kehidupan. Ini memudahkan mereka membentuk model ikut-ikutan kepada dunia dan umat Islam dan seterusnya pembentukan perang‘tidak nyata’ yang dinyatakan sebelum ini.
Mereka sedar pemimpin merupakan faktor terpenting dalam pembentukan masyarakat. Maka pemimpin yang sehaluan dengan hala tuju yang dikehendaki oleh mereka diketengahkan. Sistem demokrasi diperkenalkan sebagai sistem politik yang mesti digunakan dimana pemimpin yang diangkat adalahmereka yang mendapat pilihan majoriti masyarakat. Maka mudah untuk mereka membentuk pemimpin yang dikehendaki dengan mengangkat individu-individu yang sealiran dengan gambaran sebagai wira masyarakat. Apabila pemimpin yang sehaluan mereka diangkat, mudah pula seterusnya masyarakat yang berkiblatkan mereka dibentuk. Kitaran demokrasi ini berlangsung dari dulu hingga kini, tanpa disedari telah menjadi alat utama manipulasi dalam pembentukan masyarakat.
Sesudah itu sistem utama dalam kehidupan seperti sistem kewangan, pendidikan, pentadbiran, gaya hidup, pekerjaan dan lain-lain hendaklah mengikut acuan barat. Ianya diikuti atas dasar tidak mahu ketinggalan dalam arus pemodenan semasa. Unsur sekular iaitu pengasingan agama dalam teras sistem kehidupan telah memupuk rasa bahawa agama itu cukup sekadar urusan individu tanpa umat Islam sedar bahawa mereka sebenarnya ialah khalifah yang harus memacu teras kehidupan dengan nilai kebenaran Islam. Kelalaian umat Islam dalam peranan ini menjadikan kebanyakan darinya hanyut dalam arus kemodenan dan mula melupakan perjuangan yang lebih utama dalam kehidupan ini. Ia menjadikan umat Islam semakin lemah dan mudah dimanipulasi.
(bersambung kesiri 3)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MenggapaiLangit at 27-10-2021 03:49 PM
REALITI SEMASA AKHIR ZAMAN – SIRI 3
Nilai kehidupan yang dibawa oleh pihak barat semakin diterima baik dan mula menjadi model ikut-ikutan. Malah yang tidak mengikutinya menjadi terasing dan dikatakan sebagai ketinggalan. Maka pihak Yahudi dan Nasrani semakin galak mencipta model ikut-ikutan sehingga ke tahap yang tidak diterima akal kelak. Mereka semakin sedar perang ‘tidak nyata’ yang akan melemahkan umat Islam sedang berjalan dengan baik. Kemewahandan kemodenan ini telah menjadi suatu fitnah kepada umat Islam kerana kemewahan ini telah banyak menghanyutkan umat Islam kepada kemaksiatan dan kelalaian. Lebih menakutkan kemewahan ini telah banyak mengubah prinsip umat Islam yang mungkin dengan sedar atau tanpa sedar sanggup untuk menggadai agamanya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan tiba masanya umat yang ramai mengelilingi kalian seperti orang-orang yang mengerumuni (jamuan) hidangannya. Maka ada seseorang bertanya:Apakah kerana sedikitnya bilangan kami (kaum Muslimin). Baginda menjawab: Bahkan ramai tetapi mereka (umat Islam) pada masa itu ibarat buih buih air (dilautan). Sungguh Allah mencabut rasa takut daripada dada musuh kamu dan menimpakan penyakit al-wahn. Seseorang bertanya: Apakah penyakit al-wahn itu ya Rasulullah. Baginda menjawab: Cinta dunia dan takutkan mati.” (Hadis riwayat Ahmad).
Jika kita melihat sejarah secara ringkas, kemewahan dan kemodenan dunia yang berlaku ini tidak dapat lari dariperistiwa yang berlaku di Tanah Arab. Suatu ketika dahulu, Jazirah Arab merupakan sebahagian daripada kedaulatan empayar Islam Uthmaniyah yang berpusat di Turki. Pemerintahan pusat diketuai oleh Khalifah manakala wilayah dibawahnya dikepalai oleh gabenor. Pada masa itu, gabenor yang menjaga dua Kota suci umat Islam iaitu Kota Makkah dan Kota Madinah ialah Sharif Hussein bin Ali yang mempunyai susur galur keturunan Nabi Muhammad saw. Akibat campur tangan dan pakatan bersama British, Sharif Hussein telah melancarkan serangan melalui gerakan ‘Great Arab Revolt’ terhadapEmpayar Uthmaniyah. Kesannya Jazirah Arab keluar daripada kedaulatan Empayar Uthmaniyah.
Keluarnya Tanah Arab daripada kedaulatan Empayar Uthmaniah membuka satu lembaran baru dalam campur tangan Eropah. Perebutan kuasa di Jazirah Arab akhirnya membentuk landskap Jazirah Arab moden seperti yang dikenali kini. Pada tahun 1927 British telah mengiktiraf Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud sebagai pemerintah Hijaz dan Najad sebelum Abdul Aziz mengukuhkan kedudukannya membentuk sebuah Negara Arab Saudi pada tahun 1932. Campur tangan pihak barat tidak terhenti disitu apabila penemuan telaga minyak yang kaya di tanah Arab telah membentuk kerjasama yang semakin erat antara barat dan Arab Saudi sehinggi kini. Kerjasama Arab dan barat dalam pembangunan petroleum telah mengubah landskap tanah Arab apabila Arab menjadi semakin mewah dan maju dan sehingga ke saat ini telah menjadi hub kemewahan dunia dengan bangunan pencakar langit sebagai ikon utamanya.
Dunia juga mula berubah apabila penguasaan barat terhadap petroleum di tanah Arab telah membawa kepada revolusi dalam perindustrian dunia dalam menuju kemodenan sehingga kini. Barat telah mencorak dunia ini mengikut kemahuan mereka. Namun hasil kemewahan dan kemajuan tanpa panduan iman telah banyak merosakkan manusia dan bumi ini. Secara peribadi saya percaya inilah fasa fitnah sarra’ (kesenangan) yang dikatakan dalam hadis diatas. Umat Islam dan dunia mula mengikut corak pengaturan barat dalam menjalani kehidupan ini sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Fasa seterusnya adalah lebih menakutkan kerana kesan yang berlaku pada fasa ini akan terzahir kesan kerosakan yang berlaku kepada alam dan moral manusia. Seterusnya memungkinkan umat Islam turut serta terperangkap ke dalam lubang biawak hasil kerosakan pengaturan dunia secara membuta tuli dan mengikut hawa nafsu semata.
iii. Sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta sehingga ke lubang biawak. – Fitnah Duhaima’.
Nabi Muhammad saw merupakan Nabi terakhir yang diutuskankepada umat manusia. Setiap insan yang terlahir sesudah Nabi Muhammad saw diutuskan adalah umatnya. Al Quran dan Sunnah adalah panduan kepada keseluruhan umat ini. Pengaturan dari Yahudi dan Nasrani ini bukan sahaja kena tempias kepada umat Islam, tetapi kepada keseluruhan umat. Seperti hadis yang menyatakan berkenaan fitnah Duhaima’ tempias fitnah ini tidak meninggalkan seseorang pun daripada umat daripada terkena hentamannya.
Kehidupan dunia bergerak pantas, dunia yang suatu ketika dahulu berteraskan tatacara hidup asas berubah kepada tatacara hidup yang lebih kompleks. Sektor utama ekonomi dunia yang banyak bergantung kepada pertanian telah melalui fasa perubahan yang sangat pantas kepada perindustrian dan teknologi. Skop ekonomi bagi penjanaan hasil juga mula menjadi semakin luas dalam industri perbankan, pendidikan, kesihatan, pentadbiran kerajaan, perladangan,pelancongan, gaya hidup, pemakanan, teknologi dan bermacam-macam lagi dalam memenuhi gaya hidup kompleks. Kebergantungan masyarakat dunia kepada sistem moden ini telah membentuk masyarakat berasaskan kepentingan material.
Dunia tanpa sempadan telah memberi kesan kepada ledakan teknologi dan informasi, Ianya membentuk masyarakat moden kini. Masyarakat dihidangkan dengan informasi yang pelbagai dan melimpah sehingga kadangkala informasi itu adalah sesuatu yang tidak perlu. Namun akibat sudah terbiasa, masyarakat terus mendahagakannya dan menjadi terlalu bergantung kepada informasi yang diberi. Pada masa ini, masyarakat mudah menjadi satu kelompok untuk mempercayai apa yang pihak berkepentingan inginkan. Proses kepercayaan itu menjadi semakin mudah apabila pihak berkepentingan telah menguasai pengaruh antarabangsa dari segenap segi. Setelah melalui satu proses yang panjang untuk berada pada tahap kekuasaan ini, pengaturan hal ehwal dunia menjadi mudah. Tanpa disedari,masyarakat itu sendiri telah membenarkan penguasaan ini apabila mudah menuruti hala tuju yang mereka inginkan tanpa pedoman daripada iman.
Secara peribadi saya merasakan inilah fasa dimana manusia akan mula terjebak jatuh ke dalam perlambangan lubang biawak yang mana pandangan mata dan hati menjadi gelap dan telinga menjadi tuli. Ianya dapat diselarikan pula dengan fasa fitnah duhaima’ dimana antara rentetan yang berlaku pada fasa ini ialah ; a. Fitnah atau kekalutannya tidak membiarkan seorang pun daripada umat ini melainkan akan terkena hentamannya, b. Pada masa kekalutan ini disangka mula ingin selesai namun rupanya ia masih berterusan, c. Terkandung ujian keimanan kepada manusia sehingga hatinya berbolak balik antara keimananan dan kekafiran, d. Manusia terbahagi kepada dua golongan antara golongan beriman dan munafik dalam mengharungi ujian tersebut dan e. Kedatangan Dajjal.
a. Fitnahnya melanda kesemua umat
Wabak yang melanda kini telah menjadi satu kekalutan dunia. Seiring dengan ledakan informasi dan teknologi, tatacara pengendalian wabak ini juga telah menjadi satu keseragaman. Situasinya pasti berbeza sekiranya ditakdirkan wabak ini terjadi pada tahun-tahun sebelum era ledakan informasi dan teknologi melanda dunia. Samada dari sudut tatacara pengendalian ataupun dari sudut penerimaan masyarakat. Walaupun sebelum ini telah banyak ikut-ikutan lain yang tidak masuk akal telah melanda masyarakat, namun impak pengendalian wabak penyakit ini telah melanda masyarakat dunia dan menjadi suatu ikut-ikutan berskala besar secara sistematik oleh seluruh dunia.
b. Fitnah ini berterusan walaupun disangka ingin selesai
Wabak ini bermula secara menakutkan apabila pemerintahan seluruh dunia melaksanakan tindakan drastik dan tegas dalam membendungnya. Suatu ketika, keadaan mula surut. Namun hal-hal yang berlaku di dunia seterusnya seolah menjadi ejen pembolehubah kepada peningkatan wabak. Ianya seiring dengan revolusi yang berlaku kepada wabak itu sendiri. Kemudian ubatan untuk mencegah wabak mula ditemukan dan mula diberikan kepada masyarakat umum. Namun wabak itu telah dikenal pasti tidak boleh dihapuskan dan masyarakat harus bersedia untuk hidup dalam lingkungannya dengan tatacara pengendalian yang ditetapkan. Seiring dengan revolusi yang berlaku terhadap wabak tersebut, revolusi penetapan ubat pencegahan wabak kepada masyarakat juga berlaku.
c. Ujian keimanan yang berbolak balik antara keimanandan kekufuran
Manusia ketika ditimpa ujian seharusnya sedar untuk kembali kepada jalan yang telah ditetapkan oleh Allah. Jalan ikhtiar untuk keluar daripada permasalahan haruslah dengan jalan yang diredhai oleh Allah dengan semakin mendekatkan diri padaNya. Namun sekiranya penyelesaian permasalahan itu dibuat dengan cara yang semakin menjauhkan manusia pada jalan yang telah ditetapkan oleh Allah, dikhuatiri manusia akan terus menuju jalan kegelapan. Jika diteliti, rukun dalam ibadat umpama ditambah syarat sah wajibnya, masjid hanya layak dipenuhi oleh golongan tertentu sahaja dan hak-hak utama dalam kehidupan seumpama disekat. Jalan-jalan yang dianjurkan ini dikhuatiri hanya mengundang jalan yang tidak diredhai oleh Allah. Apa yang paling ditakuti kesan daripada perkara ini ialah masyarakat menjadi lebih jauh daripada jalan agama dan mula meremehkan urusan agama itu sendiri. Jalan yang semakin jauh daripada agama dan godaan kehidupan yang semakin sukar menjadikan keimanan manusia menjadi berbolak balik antara keimanan dan kekafiran. (bersambung ke siri 4 –siri penutup)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MenggapaiLangit at 27-10-2021 04:05 PM
REALITI SEMASA AKHIR ZAMAN – SIRI 4 (Tamat)
d. Manusia terbahagi kepada dua kem.
Kekeliruan berlaku dengan banyaknya sehingga manusia saling bercanggah dalam mempertahankan pendirian masing-masing dalam mengharungi fasa wabak tersebut. Pengendali wabak menggelar mereka dengan kelompok masing-masing mengikut ciri-ciri mereka samada mengambil ubat pencegahan seperti disarankan ataupun tidak. Namun itu hanyalah pembahagian yang terlihat daripada sudut zahir yang boleh dibahagikan. Namun tidak kira dari kelompok manapun, apa yang penting adalah kesatuan dalam mempertahankan keimanan dan akidah daripada luntur ekoran kekalutan yang berlaku. Allah maha mengetahui niat hambanya, dan pasti niat yang baik tidak akan dipersiakan.
Entah tidak diketahui apa cabaran dan tekanan yang akan berlaku pada masa akan datang sehingga semakin kuat iman sekelompok manusia dan semakin hilang pula iman sekelompok yang lain. Namun dapat dibayangkan pada masa itu sekiranya manusia meletakkan keyakinan dan kebergantungan yang bulat kepada Allah, maka walau apa jua tekanan yang dilalui hanya akan menambahkan keimanannya, begitu juga sebaliknya. Seperti mana yang berlaku dalam kisah Ashabul Ukhdud, Sumayyah, Asiah dan pendandan rambut Firaun, mereka sanggup menggadai nyawa menghadapi tekanan dan penyeksaan daripada pemerintah zalim demi mempertahankan akidah dan iman terhadap Allah swt.
Musuh menyangka tekanan dan penindasan yang dilakukan termasuk dari perancangan mereka untuk mencapai kemenangan yang batil, namun mereka lupa bahawa Allah juga merancang. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh mereka menjadi sebahagian daripada rancangan hebat yang akan memberi kekuatan dan kemenangan luar biasa dalam perjuangan antara yang hak dan batil. Maka perancangan Allah jua yang lebih baik. Terutama bagi hamba-hambanya yang sabar.
e. Kemunculan dajjal
Rasulullah saw bersabda:“Dajjal tidak akan muncul sehingga manusia melupakannya dan para Imam meninggalkan untuk mengingatnya di atas mimbar-mimbar.” (HR Ahmad)
Perkataan Dajjal antara merupakan perkataan yang sensitif untuk disebut pada masa kini. Yang memperkatakan mengenainya dengan mudah dicop sebagai ahli konspirasi, pesimis, dan tidak realistik. Dajjal datang dengan membawa pembohongan yang besar dimana dikatakan dalam hadis tiada fitnah yang lebih besar sejak kejadian Adam as melainkan fitnah yang dibawa oleh dajjal. Mungkin atas faktor pembohongan dan manipulasi besar itulah yang menyebabkan masyarakat juga turut dibohong untuk merasakan dajjal itu sesuatu yang jauh dan tidak penting. Sedangkan pada masa masyarakat merasakan persoalan dajjal itu tidak penting dan melupakannya itulah kelak dajjal akan muncul. Para pendakwah yang ingin dilihat selari dengan pendirian masyarakat semasa pula tidak memperkatakan mengenainya lagi bagi mengelak digelar sebagai tidak relevan dan rasional dalam penilaian isus emasa.
Dajjal merupakan anak Adam yang diberikan kelebihan oleh Allah swt dengan usia yang panjang namun tidak beriman. Sejarah membuktikan apabila orang tidak beriman menguasai dunia, mereka cenderung untuk mengangkat diri sebagai tuhan, Ianya berlaku pada Firaun dan Namrud. Namun dengan umur dajjal yang panjang ia mampu membuat perancangan yang rapi untuk memenuhi cita-citanya. Sejarah moden membuktikan dunia ini mampu dicorak kesan manipulasi oleh pihak barat. Pihak barat pula mampu dicorak kesan manipulasi pihak yahudi. Walhal populasi yahudi hanyalah tidak sampai 1% daripada populasi dunia. Dan tidak mustahil yahudi itu sendiri mampu dicorak kesan manipulasi daripada seorang individu.
Sahabat Rasulullah saw Hudhayfah b. Asid pernah berkata “sekiranya dajjal muncul pada zaman kamu sekarang ini (pada zaman itu), nescaya budak-budak akan baling dia dengan batu, tapi dajjal bakal keluar nanti, dizaman ketika merebaknya kebencian sesama manusia, serta longgarnya pegangan agama masyarakat, juga buruknya hubungan komuniti kemasyarakatan sesama mereka”.
Benar dajjal tidak akan muncul di tengah masyarakat ketika dia masih belum mempunyai kematangan pengaruh dan kuasa. Dapat dibayangkan sekiranya dajjal keluar pada masa sebelum zaman internet, teknologi dan informasi mungkin masyarakat hanya menggeleng kepala menyangka orang kurang siuman yang mengaku diri sebagai tuhan. Namun masa berlalu.
Raja seluruh bumi, dari timur sampai barat ada 4 orang, dua mukmin dan dua kafir. Dua raja mukmin, Sulaiman bin Daud dan Dzulqarnain. Dua raja kafir, Bukhtanshar dan Namrud bin Kan’an. (Riwayat Thabari).
Jika diteliti kepada ketamadunan dunia moden sekarang ini pasti diri akan rasa kagum dengan seni bina bangunan, kecanggihan teknologi, kemewahan material, kepesatan ketenteraan dan lain-lain. Namun jika ditanya siapakah penguasa kepada ketamadunan dunia moden ini, tiada siapa yang waras untuk mengaku. Namun kesemua kelebihan yang ada ini sekiranya mampu untuk dimanipulasi untuk memenuhi cita-cita individu pastinya ialah dajjal. Yang bukan saja akan menggunakan segala pengaruh yang telah dimiliki hasil manipulasinya untuk menjadi penguasa dunia, malahan untuk menjadi tuhan jadian. Dalam meneliti hal ini bolehlah dirumuskan bahawa kemunculan dajjal kelak didorong oleh faktor pendorong dan faktor penarik.
Faktor pendorong ialah lemahnya pegangan agama dan keyakinan serta kebergantungan kepada Allah dalam melalui ujian kehidupan. Terdapat dalam hadis bahawa sebelum kedatangan dajjal manusia akan melalui ujian tahun-tahun kemarau. Dajjal akan mambawa faktor penarik dengan pengaruh dan kuasanya dengan menawarkan makanan, kemewahan, kesuburan dan pelbagai keajaibanyang mampu memperdaya hati manusia. Dajjal akan muncul kelak dengan pengaruh dan kuasa yang dimiliki sehingga mampu melaksanakan propaganda secara besar-besaran mengaku diri sebagai tuhan. Dajjal semestinya telah menguasai hasil dunia dengan teknologi, ketenteraan, media dan pelbagai akses lagi lantaran dajjal telah membangunkan sistem ini secara tersusun dan stabil sekian lamanya.
Terdapat kata-kata bahawa tidak perlu untuk mengkaji mengenai dajjal dan akhir zaman, tapi cukup dengan menjaga iman dan perihal akhir hayat sendiri. Tanpa disedari fitnah besar yang dilakukan oleh dajjal itu mampu untuk menyelinap dalam iman yang lalai daripada menghadapi ujian besar itu sehingga mampu mengubah keimanan. “Siapa yang mendengar keberadaan Dajjal, hendaknya dia menjauh darinya. Sungguh demi Allah ! Ada seorang mendatanginya dalam keadaan dia mengira bahwasanya dia itu beriman, namun pada akhirnya dia malah menjadi pengikutnya, disebabkan syubhat-syubhat yang dia sampaikan.” (HR. Ahmad).
Pengetahuan mengenai dajjal dan akhir zaman adalah penting untuk difahami agar diri sendiri, keluarga dan masyarakat terhindar daripada terpengaruh untuk mengikutinya. Taruhan yang dibawa oleh dajjal sangat besar dengan menjadikan akidah sebagai gadaian. Sedangkan Allah telah memperingatkan tentang dosa syirik yang tidak terampun dengan neraka sebagai balasan.
Terdapat beberapa hadis mengenai pentingnya untuk mengukuhkan keimanan dan amal soleh sebelum ianya menjadi semakin sukar atau terlambat sebelum kedatangan dajjal ;
1. Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah melakukan amal soleh (sebelum datang) tujuh perkara. Apakah yang kamu perlu tunggu melainkan kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada beramal), atau kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas, atau penyakit yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran, atau kematian yang cepat (secara tiba-tiba), atau adanya Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling ditunggu-tunggu, atau datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat dan lebih sukar.” (HR Tirmizi)
2. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya.(Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi”. (Riwayat Muslim)
Atas panduan hadis yang telah diberikan oleh Rasulullah saw, dapatlah difahami bahawa persediaan untuk memperkukuhkan akidah, iman dan amal haruslah dilakukan dari awal agar ianya tidak menjadi terlambat. Persediaan dan peringatan itu dapat dilakukan dengan lebih kemas apabila memahami realiti fitnah yang dibawa oleh dajjal. Dikhuatiri kelalaian daripada diperangati tentang dajjal pada waktu sekarang menjadikan manusia tidak bersedia dan terjerumus sama dalam syubahah yang dibawa olehnya. Sifat kebergantungan kepada makhluk secara bulat pada waktu kini dikhuatiri mudah mendorong untuk mengenepikan rasa kebergantungan kepada Allah kelak.
Fasa-fasa fitnah yang dinyatakan di atas melalui satu tempoh masa tertentu. Berdasarkan kronologi pendapat yang diberikan di atas,fasa ahlas itu sendiri memakan masa ratusan tahun, fasa sarra’ memakan masa puluhan tahun. Bagi fasa fitnah duhaima’ ianya mungkin mengambil masa yang panjang namun tidak sepanjang fasa ahlas dan fasa sarra’. Fasa sebelum turunnya dajjal itu sendiri mempunyai kronologi yang telah diberitakan melalui hadis antaranya tahun-tahun kemarau dan kedatangan Imam Mahdi. Namun ciri-ciri yang berlaku kepada masyarakat sebelum kemunculan dajjal semakin jelas kelihatan seperti banyaknya pembohongan, masyarakat semakin berpecah dan pegangan agama yang semakin longgar. Semoga kita semua terhindar daripada fitnah besar ini.Wallahua’lam.
6. Penutup
Terdapat beberapa rumusan yang seolah menyatakan apa yang berlaku kini tidak boleh dikaitkan dengan Yahudi, Nasrani,Dajjal dan konspirasi. Namun sekiranya apa yang berlaku adalah yang disebaliknya, dikhuatiri kelekaan dalam menyedarinya menyebabkan umat terjebak dalam hal-hal syubahat yang halus. Ingatan berkenaannya akan menjadikan manusia lebih bersedia terutama melalui amalan yang dianjurkan melalui jalan agama sebagai perisai menghadapi fitnah itu. Walaupun kadangkala ianya diceritakan secara fantasi oleh sebahagian pihak sehingga menimbulkan fitnah yang lain pula, namun fokus terhadap ingatan melalui jalan agama haruslah sentiasa diberi penekanan. Peringatan melalui Al Quran dan Sunnah termasuk hadis-hadis haruslah sentiasa dijadikan panduan dan rujukan yang sentiasa relevan sepanjang zaman.Agar akal sentiasa cerdas dan hati sentiasa terang dalam menempuhi fitnah terbesar ini. Jika panduan dalam agama itu tidak lagi digunapakai sebagai penyuluh dalam kehidupan, apakah nilai yang ingin diletakkan pada diri ini lagi.
Wallahua’alam sedang ilmu dan kebenaran ituhanya milik Allah. Allah jua yang maha mengetahui.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|