CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 1

[Johor] 'Kami terlepas cakap, harimau betul-betul muncul depan mata'

[Copy link]
Post time 27-10-2021 07:55 PM | Show all posts |Read mode
'Kami terlepas cakap, harimau betul-betul muncul depan mata'[size=0.8][size=0.9]Mohamad Fahd Rahmat
[email protected]


Kelibat harimau yang sempat dirakam Nurhidayahlaily ketika terserempak dengan haiwan itu di Jalan Jemaluang menuju ke Tenggaroh di Mersing hari ini. Foto Ihsan Mohd Shahrum Salleh



Mersing: "Tak sangka, baru sahaja kami terlepas cakap dan tak lama kemudian, betul-betul terserempak dengan Pak Belang," kata Mohd Shahrum Salleh, 36.

Mohd Shahrum berkata, dia dan isterinya, Nurhidayahlaily Su'alman, 32, melalui Jalan Jemaluang menuju ke Tenggaroh pada 8 pagi hari ini bagi melakukan perkhidmatan sanitasi.
"Waktu itu hujan gerimis, memang kami tergamam dan saya terus memberhentikan kereta, apabila saya cuba jalan (pandu kereta), harimau itu bangun.

"Kemudian harimau itu melintas, memang berderau darah melihat fizikalnya yang besar dan badannya yang melayut menjejak jalan.

"Dalam masa kira-kira dua minit itu, kami memang cemas, isteri yang sempat merakam gambar pun terketar-ketar dan selepas hilang dari pandangan, saya segera bergerak meninggalkan kawasan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia kerap menggunakan laluan itu untuk bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lalu dan itu adalah kali pertama mereka mengalami pengalaman itu seumur hidup.

"Biasanya memang kami suka memberi monyet liar makan roti atau pisang di tepi Jalan Jemaluang itu, kalau nak kata gajah itu biasa kami nampak.

"Patutlah sejak empat hari lalu tidak kelihatan monyet di tepi jalan itu, rupa-rupanya ada Pak Belang di situ," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminudin Jamin ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu.

Pada 20 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan mengenai rakaman video harimau belang (panthera tigris) yang didakwa ditemui beberapa individu ketika menaiki pacuan empat roda di Hutan Simpan Lenggor, Kluang.

Disiarkan pada: Oktober 27, 2021 @ 7:37pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 04:59 AM | Show all posts
pak belang tu jln ke depan ke camne? jiran aku ckp kalo jln mengiring tu makhluk halus...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.214814 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list