View: 1169|Reply: 1
|
[Sabah]
Lelaki warga asing dihukum penjara 23 tahun, 12 sebatan
[Copy link]
|
|
TAWAU: Mahkamah Sesyen, di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan tujuh sebatan terhadap seorang lelaki warga asing selepas mengaku bersalah atas kesalahan merogol, pertengahan bulan ini.
Tertuduh, Tion Amat, 26, turut dipenjara empat tahun dan lima sebatan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhi hukuman itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Tion didakwa merogol mangsa berumur 21 tahun dengan cara mengacukan pisau di lehernya di dalam lot kelapa sawit Ladang Kumansih Kalabakan, di sini, 6.45 pagi pada 17 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b)Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) kanun sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa yang berbasikal berseorangan di jalan utama Kalabakan diheret dan diancam menggunakan pisau sebelum dirogol secara paksa oleh tertuduh.
Tertuduh turut mengeluarkan kata-kata ugutan dan menggunakan pisau mengoyak seluar mangsa semasa hendak merogol.
Awang Kerisnada dalam hujahnya berkata, mahkamah wajar menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh yang melakukan perbuatan terkutuk itu, malah mengancam nyawa mangsa menggunakan senjata.
“Mahkamah juga mengambil kira trauma yang dilalui mangsa yang masih muda selain faktor keselamatan dan kepentingan awam,” katanya.
Dalam pada itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam turut dihukum penjara empat tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana, memohon supaya kedua-dua hukuman itu dijalankan secara berasingan.
Awang Kerisnada kemudiannya memerintahkan hukuman terhadap tertuduh berjalan secara berasingan berkuat kuasa dari tarikh sabitan kes iaitu penjara 23 tahun dan 12 sebatan.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
moga mereput dalam sana ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|