View: 1374|Reply: 0
|
[Sabah]
Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan di Jalan Tamparuli-Ranau
[Copy link]
|
|
![](https://wartaoriental.com/wp-content/uploads/2021/10/44305BB4-A67E-4BC2-8B54-C46468BDFCDB.jpeg)
TUARAN: Polis Tuaran memohon agar saksi kemalangan jalan raya di Kilometer 29.1, Kampung Kaung Lapai, Jalan Tamparuli – Ranau, kelmarin, tampil untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian ini, seorang maut sementara dua lagi cedera setelah kereta yang dipandu merempuh bahagian depan sebuah lori.
Insiden yang berlaku sekitar waktu tengah hari ini, membabitkan dua kakitangan Jabatan Penjara Sandakan bersama seorang penumpang atau Orang Kena Parol (OKP).
Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.
Kesemua mangsa lelaki ini berusia dalam lingkungan 32 hingga 43-tahun.
![](https://wartaoriental.com/wp-content/uploads/2021/10/3B1E8F72-7E2C-4B88-B498-D74365589406.jpeg)
Katanya, mereka dipercayai dari arah Tamparuli menuju ke Ranau telah hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh bahagian depan sebelah kanan lori dari arah Ranau, iaitu arah bertentangan dipandu seorang lelaki berumur 45 tahun.
Tambahnya lagi, pemandu berusia 33-tahun, maut di Hospital Tuaran, sementara, penumpang hadapan kenderaan, berusia 43-tahun bersama OKP yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan bahagian kepala dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Tuaran.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|