CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1187|Reply: 0

[Sarawak] Projek Tebingan Sungai Kampung Tambirat bakal siap 2024

[Copy link]
Post time 2-11-2021 07:51 AM | Show all posts |Read mode


Projek Tebingan Sungai Kampung Tambirat yang giat dilaksanakan dijangka siap menjelang tahun 2024.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, projek tebingan sungai tersebut menelan kos sebanyak RM23 juta.

Menurutnya, ia juga akan membangunkan kawasan Asajaya sebagai destinasi baharu tarikan pelancong.

“Kawasan ini akan menjadi salah satu daya tarikan terbaharu pelancong tempatan dan pelancong luar bagi daerah Asajaya.

“Ianya akan menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu bagi golongan belia melakukan aktiviti riadah dan sukan air,” katanya semasa mengadakan lawatan Ke Tapak Projek Pusat Penjaja Tambirat dan Projek Tebingan Sungai Kampung Tambirat pada Isnin.

Sementara itu, beliau memberitahu, projek pusat penjaja yang dibangunkan dengan kos RM7.5 juta dijangka siap dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Katanya, apabila siap kelak, pusat penjaja tersebut mampu menempatkan kira-kira 80 penjaja tempatan.

“Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) merupakan agensi pelaksana bagi projek pembinaan Pusat Penjaja Tambirat, manakala pembinaan projek kawasan Tebingan Sungai Kampung Tambirat adalah di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (DID),” katanya.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Daerah Asajaya, Rais Ahmat serta wakil dari MPKS dan juga pihak (DID).

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.570711 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list