KOTA SAMARAHAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta di kilometer 9 Jalan Datuk Mohd Musa, di sini pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Kohamad Khairil Mahidi,25, dan beralamatkan dari Kampung Tanjung Bundong, di sini.
Menurutnya, mangsa semasa kejadian bergerak lurus dari arah Kuching iaitu sekitar jam 5.20 petang.
"Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta keluar dari simpang sebuah kedai hardware dan dilanggar oleh mangsa yang bergerak lurus dari arah Kuching hendak ke Kota Samarahan.
"Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
utusanborneo.com.my/2021/11/02
|