CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1050|Reply: 0

[Sarawak] Tiket penerbangan ke Sarawak mahal enam kali ganda bagi tarikh 2-8 Nov

[Copy link]
Post time 3-11-2021 02:20 AM | Show all posts |Read mode
Harga tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak merekodkan antara satu hingga enam kali ganda lebih mahal bagi tarikh penerbangan antara 2 hingga 8 November 2021, berbanding harga tiket pada 2019.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat hari ini laporan itu adalah berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada 27 Oktober lepas.

Bagi laluan Semenanjung ke Sabah pula, beliau berkata Mavcom mendapati harga tiket yang lebih rendah antara 30 hingga 62 peratus direkodkan bagi tarikh penerbangan 4 hingga 10 November 2021, berbanding harga tiket pada 2019.

Harga tiket penerbangan yang tinggi ini antara lain merupakan kesan daripada pelaksanaan had kapasiti penerbangan oleh kerajaan negeri sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk membendung penularan wabak COVID-19.

“... kekerapan penerbangan ke Sarawak telah berkurangan sebanyak 86 peratus berbanding sebelum wabak COVID-19 manakala bagi ke Sabah pula kekerapan penerbangan telah berkurangan sebanyak 49 peratus berbanding sebelum wabak COVID-19,” katanya.

Wee menjawab soalan Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang meminta kementerian menyatakan langkah yang diambil kerajaan untuk mengawal jumlah penerbangan dan harga tiket kapal terbang ke Sabah dan Sarawak yang melambung tinggi.

Beliau berkata kerajaan negeri Sarawak pada 25 Oktober lepas telah bersetuju membenarkan peningkatan kekerapan penerbangan ke negeri itu daripada 89 penerbangan seminggu kepada 223 penerbangan seminggu, tanpa had kapasiti penumpang, berkuat kuasa semalam.

“Kebenaran ini dijangka akan membolehkan pihak syarikat penerbangan meningkatkan kekerapan operasi penerbangan dan menawarkan harga tiket yang lebih rendah.-BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.485849 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list